Sasteraku Duniaku

Tuesday, 4 October 2011

ABDUL RAZAK KHASBULLAH PENCETUS INSPIRASI PANTUN HOSPITAL PENYAYANG PESAKIT DISAYANG


Mesyuarat Khas J/Kuasa Alumni STAR - 2/10/2011 - 9.30 pagi

By Abdul Razak Khasbullah (Albums) · Updated on Sunday · Taken at Di Dewan Makan Asrama Star, Bandar Klang

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Alumni STAR di Dewan Makan Asrama STAR dan dipengerusikan oleh Dr Mohamaed Rafi
· Share


  • 4 people like this.

    • Abdul Razak Khasbullah Perancangan program : Sembelihan Korban,Kem Kesihatan Amal, majlis makan Malam Di Raja 2012 dan banyak lagi......
      Sunday at 6:03pm ·

    • Delima Merah Syabas ARK dan Alumni STAR....
      Sunday at 6:33pm ·

    • Abdul Razak Khasbullah Sepakat,muafakat Insya- Allah akan membawa berkat.
      Sunday at 7:05pm ·

    • Rabeah Mohd Ali
      PANTUN HOSPITAL PENYAYANG PESAKIT DISAYANG


      Hospital kerajaan dan swasta berbudaya tinggi,
      Kelengkapan merawat serba moden;
      Pesakit datang berharapan tinggi,
      Kesihatan pesakit kerajaan utamakan.

      Klinik 1Malaysia rakyat sanjungi,
      Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
      Menabur budi bukan untuk dipuji,
      Demi semata rakyat tercinta.

      Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
      Asalkan rakyat hidup sempurna;
      Hospital kerajaan ada di mana-mana,
      Diberi rawatan amat sempurna.

      Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
      Kerana amalkan konsep 1Malaysia;
      Pelbagai kaum semua dirawati,
      Asalkan rakyat sihat sentiasa.

      Kami sedia membantu anda,
      Kedatangan anda kami nantikan;
      Kami utamakan kesihatan anda,
      Kesembuhan anda kami doakan.

      Warga hospital kerja secara profesional,
      Berkerja berpasukan bersungguh-sungguh;
      Pesakit datang saling kenal mengenal,
      Sayang menyayang sakit pun sembuh.

      Apabila banjir cepatlah bertindak,
      Berpindah segera sebelum terlambat;
      Itu tandanya orang yang bijak,
      Dapat menjauhi segala penyakit.

      Apabila sakit berjumpa doktor,
      Pergi farmasi mengambil ubat;
      Terima kasih kerana bersabar,
      Kerana sabar menantikan ubat.

      Pesakit sakit doktor rawat,
      Pesakit sembuh doktor gembira;
      Semua sakit boleh dirawat,
      Asalkan usaha tawakal dan doa.

      Wad kecemasan sentiasa kesibukan,
      Doktor bekerja penuh komitmen;
      Dugaan datang penuh kesabaran,
      Kesabaran anda mendapat ganjaran.

      Bilik pembedahan sunyi sepi,
      Pakar bedah bekerja penuh teliti;
      Menjalankan pembedahan berhati-hati,
      Pesakit sembuh senang hati.

      Sabarlah pesakit atas dugaan,
      Ku doakan dikau segera sembuh;
      Warga hospital penuh sopan,
      Penyayang mereka buat mu sembuh.

      Cucilah tangan sebelum makan,
      Jaga kebersihan mesti diutamakan;
      Segala penyakit dapat dijauhkan,
      Anda sihat terukir senyuman.

      Doktor bekerja tak tentu masa,
      Nyawa pesakit amat diutamakan;
      Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
      Agar pesakit dapat disembuhkan.

      Terhibur hati terima senyuman,
      Senyuman warga hospital hati terhibur;
      Kurangnya sakit bila tersenyum,
      Bicaramu sopan lagi teratur.

      Tiada langsung bersikap sombong,
      Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
      Warga hospital hormat kerana penyayang,
      Mereka bekerja tanpa diarah.

      Ketua Jururawat seorang berpersonaliti,
      Menggalakkan jururawat berpekerti tinggi;
      Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
      Kesembuhan pesakit itu dihajati.

      Sabarlah duhai pesakitku,
      Sakitmu sakitku juga;
      Kudoakan segera sembuh untukmu,
      Moga Allah perkenankan semua yang berdoa.

      Gembiranya hati dapat layanan,
      Warga hospital baik budi;
      Semua pesakit mendapat rawatan,
      Sakit dialami dapat diubati.

      Ucapan terima kasih warga hospital,
      Merawat pesakit dalam kesabaran;
      Datang ke sini saling kenal-mengenal,
      Moga Tuhan membalas segala kebaikan.

      Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
      Segera sembuh itu doaku;
      Sembuhmu kebahagianku,
      Kesihatanmu keutamaanku.

      Karya: Rha NS
      8 Julai 2011

      23 hours ago · · 1 person

    • Rabeah Mohd Ali
      PUISI WARGA HOSPITAL PENYAYANG


      Duhai warga hospital kusayang…
      Kusanjung setiap budimu.
      Kau bekerja tanpa
      mengenal penat dan lelah.

      Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
      kau layani mereka dengan penuh
      tanggungjawab,
      prihatin dan
      kasih sayang.

      Ikhlas kerjamu!
      Suci kerjamu!
      Sopan santun tutur katamu!
      Terubat hati terima senyuman ikhlasmu.
      Sakitku kau ambil peduli.
      Lukaku kau ubati sambil berkata,
      “Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku.”
      Terkedu aku mendengar katamu itu.
      Kudoakan moga segala kebaikanmu
      dibalas oleh Tuhanku.
      Amin Ya Rabbal A’Lamin.

      Karya Rha NS
      8 Julai 2011

      23 hours ago · · 1 person

    • Abdul Razak Khasbullah Terima kasih RMA....
      9 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Sama-sama ARK...pantun dan puisi hospital penyayang pesakit disayang telah diabadikan di blog saya : sasterakuduniaku.blogspot.com
      9 hours ago · · 1 person

    • Abdul Razak Khasbullah RMA, saya sungguh terharu atas pantun yang berkualiti dan memberikan suntikan semangat setiap program dan aktiviti yang telah saya laksana.Terima kasih.....
      8 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali ARK...adalah salah seorang pemimpin yang serba boleh...memahami suka duka rakyat...biarpun rakyat dalam keadaan sakit tetap dibela dengan menjalankan aktiviti kesihatan untuk rakyat. Kerana itu jugalah memberi sumber inspirasi kepada saya untuk mengilhamkan pantun,'Hospital Penyayang Pesakit DiSayang'. Terima kasih ARK ...Moga perjuanganmu membela rakyat mendapat redha Allah. Amin Ya Rabbal A'Lamin.
      8 hours ago · · 1 person

    • Abdul Razak Khasbullah Amin Yarabbal A'Llamin.....
      11 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA ABDUL RAZAK KHASBULLAH WALL)
    4 Oktober 2011
     
Sasteraku Duniaku at 03:21
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.