Sasteraku Duniaku
Friday, 7 October 2011
PESAN AYAHANDA CHIK ,'TANYALAH HATI TERUSKAN USAHA'
Rabeah's Profile
·
Rabeah's Wall
Rabeah Mohd Ali
Malam indah diserikan rang bulan,
Diserikan lagi taburan bintang-bintang;
Hajat hati nak menempa kejayaan,
Rupanya rintangan selalu menghalang.
Like
·
·
Unfollow Post
·
11 hours ago
near
Kuala Lumpur
Ayahanda Chik
,
Mai Az
and
Mahabbah El-ahMead
like this.
Ayahanda Chik
anak rantau menjeruk rasa,
terang malam di sinar cahaya;
halangan dan cabaran perkara biasa,
itulah adat orang nak berjaya...
3 hours ago
·
Like
Ayahanda Chik
terang malam di sinar cahaya,
halangan dan rintangan perkara biasa;
tepuk dada tanyalah selera,
tanyalah hati teruskan usaha...
3 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Teman gembira ramai yang ada,
Teman menangis menjauh diri;
Terima kasih ayahanda chik yang dihormati,
Kerana sudi memberi sokongan pada diriku ini.
3 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Kupintal impian menjadi realiti,
Tapi talinya putus disambar petir;
kucuba memintal lagi,
Biarpun terpaksa menempuh pahit dan getir.
3 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Di malam hari diserikan purnama,
Nun di sana sang pungguk sedang merindu;
Berkarya bukan mencipta nama tapi mahukan karyaku ternama ,
Alangkah rugi jika kulupakan cita-citaku.
3 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Ilham datang amat kusyukuri,
Terakam di minda lalu dicatatkan;
Jika hilang amatlah rugi,
Menulis tanpa jemu terus- terusan.
3 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Tanyalah hati teruskan usaha,
Itulah pesanan seorang shaabatku;
Menjadi semangat untuk aku berusaha,
Berusaha tanpa jemu hinggalah ke akhir hayatku.
3 hours ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI WALL)
7 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment