Sasteraku Duniaku
Wednesday, 2 November 2011
AGAR DIREDHAI HIDUP MATIKU
Ayahanda Chik
Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat teman yang jauh di mata;
Salam dihulur tandanya mesra,
Moga selamanya hidup bahagia....
Unlike
·
·
See Friendship
·
17 hours ago
You like this.
Rabeah Mohd Ali
Waalaikumussalam apa kabarmu disana,
Jauh di mata dekat di hati;
Sudah lama takku dengar kabar berita,
Adakah dirimu merajuk hati.
7 hours ago
·
Like
·
Rabeah Mohd Ali
Terima kasih kerana sudi bertandang,
Singgah bertandang di laman wall ku ini,
Kebahagiaan keluargamu tanda kasih sayang,
Kasih sayang keranaNya membawa ke Syurga nanti.
7 hours ago
·
Like
·
Rabeah Mohd Ali
Boleh ku tanya berapa cahaya matamu.
Bertuah mereka mendapat bapa penyayang;
Kasih sayang sejati takkan pernah jemu,
Sebuah ikatan kekeluargaan saling sayang menyayang.
7 hours ago
·
Like
·
Rabeah Mohd Ali
Pada puterimu anis sampaikan salamku padanya,
Salam sayang salam rindu;
Salam kemaafan dariku padanya,
Ku buka akaun fb lagi satu khas untuk peminatku.
(Hihihi)
7 hours ago
·
Like
·
Ayahanda Chik
Budak-budak mencari lokan,
Mencari lokan di tepian rumbia;
Banyak urusan kena dibereskan,
Ada masa kita kembali bersua.....
7 hours ago
·
Unlike
·
Ayahanda Chik
Ke Tanjung Tuan menaiki perahu,
Lama rasanya tidak bertemu;
Duhai sahabat kuingin tahu,
Apa namanya akaun fb barumu....
6 hours ago
·
Unlike
·
Rabeah Mohd Ali
Duhai sahabatku yang jauh nun di sana,
Fb baruku dalam perancanganku saja;
Fb baru istimewa untuk remaja & kanak2 saja,
Teristimewa untuk peminat sastera kanak2 dan remaja .
4 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Buat masa ni tak ada lagi peminatku,
Kalau dah ada nanti baru buka akaun itu;
Dunia sasteraku duniaku,
Demi kasih dan sayang kuberkarya tanpa jemu.
4 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Sebelum mereka menjadi peminat setia sasteraku,
Akan kuberitahu hanya mereka yang sudi menyokongku;
Yang tak sudi jangan berkecil hati padaku,
Hendak buat macam mana sudah kehendakku begitu.
4 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Bukan untuk berlagak sombong,
Apa tah lagi mendesak mereka;
Berfacebook kerana kasih sayang,
Saling berkasih sayang dalam redhaNya.
4 hours ago
·
Like
·
Rabeah Mohd Ali
Ku tak penting teman facebook yang ramai,
Yang ku pentingkan saling berkomunikasi;
Mereka dan rakan fbku tak menyendiri,
Saling bertukar fikiran saling menghormati.
4 hours ago
·
Like
Ayahanda Chik
Hendak dibuang terasa sayang,
Hendak dimakan terasa jemu;
Kalau hati dah berbunga riang'
Teruskan sahaja niat murnimu....
4 hours ago
·
Unlike
·
Rabeah Mohd Ali
Terima kasih duhai sahabatku,
Kerana memahami apa yang tersirat di kalbu;
Kusanjungi persahabatanmu denganku,
Moga Allah limpahkan kerahmatanNya buat keluargamu.
4 hours ago
·
Like
·
Ayahanda Chik
Ke Kota Lukut pergi berkelah,
Langit mendung kembali cerah;
Hidup jangan menyerah kalah,
Hanya Allah tempat kita berserah....
4 hours ago
·
Unlike
·
Rabeah Mohd Ali
Hanya Allah tempatku berserah,
Hanya pada Allah aku mengadu;
Segala takdir aku berserah,
Agar Diredhai hidup matiku.
4 hours ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL AYAHANDA CHIK)
2 November 2011
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment