Sasteraku Duniaku

Wednesday, 2 November 2011

PEJUANG SENIKU KEHADIRANMU BAGAIKAN PELANGI MENYINARI CITA-CITAKU


  • Pejuang Seni and Norawi Hj Kata like this.
    • Pejuang Seni Semoga berjaya menggenggam IMPIANMU... amin.
      September 24 at 8:21pm ·
    • Rabeah Mohd Ali
      MENGGENGGAM IMPIAN SEPERTI MEMINTAL ILUSI MENJADI REALITI

      Semua orang ada impian...
      Impianku tinggi menggunung
      Sudah puluhan tahun aku mendaki
      Terlalu banyak onak dan duri kulalui
      Biarpun onak dan duri sudah sebati dalam diriku
      Adakalanya aku putus asa untuk menggapai impian
      Ribut petir selalu membunuh anganku menggapai impian
      Hinggakan aku tak mampu untuk bertahan lagi...

      Tapi dek kerana misi dan visi ku yang sudah lama kudambakan
      Ku terus...dan terus...memburu impian ....
      Biarpun datang berjuta halangan tak kupedulikan lagi
      Kerna ku sudah kesuntukan masa untuk berleka memburu impian

      Impian...oh! Impian....
      Impianku menjadi bahan lawak
      Kerana impianku di luar kotak pemikiran
      Kerana siapalah aku untuk menggapai impian itu

      Mana mungkin aku seorang untuk merealisaikan impianku itu
      Kerana impian ku tak pernah padam
      Hingga saat ini ku masih pertahankan impianku biarpun berseorangan
      Terkial-kial dalam pendakian yang entah bila penghujungnya

      Biarpun hangus terbakar jemariku... Ku tetap menggenggam impian
      Hingga sampai penghujungnya
      Menggenggam impian seperti, ' Memintal Ilusi Menjadi Realiti

      Mana tahu hadirmu tanpa dugaku...
      Berganding bahu denganku...
      Berkongsi segala bebanan yang kupikul
      Bagaikan sinar pelangi yang takkan padam...
      Mengiringi pendakianku memburu impianku
      Kerana impianku seiring dengan impianmu
      Kerana kita punyai minat yang sama
      Malatlamat yang sama
      Ingin jadikan impian menjadi kenyataan
      Terima kasih pelangiku kerana sudi berganding bahu bersamaku
      Moga indah warna-warni pelangimu takkan hilang hingga bila-bila
      Selagi nafasku ada...Syukurku pada Alllah
      Kehadiranmu selalu kunantikan dalam ilusiku
      Tapi kini bukan illusi lagi
      Berkat keikhlasan hatimu padaku
      Amat mengharukan aku...
      Moga kau dan aku seia sekata
      Senada seirama
      Sama-sama menggenggam impian
      Impianku impianmu berpadu menjadi realiti
      Biarpun tak menjadi realiti
      Setidaknya kita telah mempunyai impian yang sama
      Ayuh...sama-sama kita jayakan
      Mana tahu...impian jadi kenyataan!

      Aku mesti bersangka baik dengan Tuhanku
      Dia Maha Berkuasa Untuk Menjadikan Impianku Satu Realiti
      Jika ianya satu realiti kusyukur dalam sujudku
      Kerana tiada daya upayaku melainkan dengan izinNya

      Karya Rha NS
      25 September 2011
      September 25 at 2:43am · · 1
    • Pejuang Seni ‎... amin.
      October 29 at 12:27am · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      October 29 at 9:00am · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terima kasih sahabatku Saudara Norawi Haji Kata kerana sudi menyokong perjuanganku...Sasteraku Sasteramu Sastera Semua Sastera Untuk Semua!
      October 29 at 9:03am · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
    3 November 2011
Sasteraku Duniaku at 19:17
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.