Wednesday, 21 December 2011

JASAMU MENYINARI ALAM SEMESTA

Assalamualaikum sahabatku yang baik hati di sana,
Moga kebaikan janganlah jemu;
Kerana besar ganjarannya di Sana,
Menjadi bekalan akhirat itu dimahu.

Sabar itu separuh daripada iman,
Kupujuk hati sabar menunggu;
Perjuanganmu penuh kebaikan,
Moga Allah memberkati hidupmu.

Kalau tak sudi nak buat ulasan tak mengapa,
Mungkin kesibukan masa tidak mengizinkan;
Kufaham keadaanmu itu duhai sahabat di sana,
Menabur jasa pada rakyat tak pernah kau lupa.

Kukagumi perjuanganmu,
Perjuanganmu tak pernah jemu;
Rakyat sayang padamu,
Mereka kenangi semua jasamu.

Hari-hari membuat kebaikan,
Membantu rakyat yang derita;
Budimu laksana bulan,
Sinarnya menyinari alam semesta.

Sifat riak bukan kamu orangnya,
Di mana saja merendah diri;
Bercakap besar bukan kamu orangnya,
Kerana kamu orang yang sedar diri.

Moga Allah sentiasa di sisimu,
Merahmatimu setiap masa;
Memberi hidayah kasih padamu,
Itulah balasan orang yang menghargai masa.

Sampai di sini pantun terhenti,
Di lain kali Insya-Allah berjumpa lagi;
Di alam maya perkenalkan diri,
Moga dirimu diriku Allah berkati.

Karya Rha NS
21 Disember 2011
Like · · Unfollow Post · 38 minutes ago near Petaling Jaya

Suzanah Azu and Mata Hati like this.

(PETIKAN DARIPADA PENAWAR BAGI HATI)
21 Disember 2011

No comments:

Post a Comment