Awang Karim Kadir
Terima kasih di atas kprihatinan tokoh2 fb semua;JAD,RJ,DOS,RMA,LA dalam hal kemiskinan rakyat dan terima kasih juga di atas maklumat dan peluang untuk membantu menyalurkan mereka untuk mendapatkan kemahiran, sefikir inilah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kita dalam institusi kemasyarakatan, memerhatikan keadaan hidup mereka dan membantu mendapatkan bantuan serta peluang supaya mereka juga dapat menyertai arus pembangunan negara secara berkesan. Saya sendiri macam kehilangan kepercayaan kepada segelintir wakil rakyat YB dan pengawai2nya yang hanya tahu menunggu projek kerajaan atau menyalurkan bantuan kepada sasaran yang kadang2 bukan kepada yang sepatutnya. Contohnya, baru2 ini pemberian Laptop 1 Malaysia, banyak kontraktor, taukeh2 ( yang berkemapuan ) dan anggota keluarga yang dapat lebih daripada satu laptop, sedangkan ramai lagi yang kurang mampu dan memerlukan tidak dapat peluang memiliki pemberian SKMM itu. Pendekatan kerajaan sudah cukup baik, tetapi pengurusan yang kurang teliti akan memberi efek dan mengecewakan yang lain. Kita semua adalah Wakil Masyarakat walau pun bukan Wakil Rakyat; tapi masih tetap sama2 YB; mereka Yang Berhormat, kita Yang Berkhidmat. Mereka bergaji, kita hanya Yang berbakti. Tapi tanggungjawab kita terhadapat negara bangsa masih tetap sama...
(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR & RABEAH MOHD ALI)
21 Disember 2011
No comments:
Post a Comment