Ya Allah jangan Kau ambil nyawaku tika aku sedang lalai
Tika aku lupa mengingatiMu
Tika aku asyik dengan kelalaian dunia yang menipu
Tika aku sombong dan berbangga diri dengan pujian manusia
atas kekuasaan, kekayaan dan ilmu yang setitis ini
merasakan akulah yang terhebat di dunia ini
Minta dijauhkan Ya Allah
Dengan sifatMu Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kau Kurniakan aku cahaya dari segenap penjuru
Agar cahaya itu juga dapat menerangi
Alam kuburku
Alam akhiratku
Sebelum nyawaku Kau ambil
Berilah aku peluang siapkan bekalan yang Kau Terima
Agar Kau Redhai hidupku
Agar Kau Redhai rohku
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Rha NS
22 Disember 2011
Like · · Unfollow Post · 9 hours ago near Petaling Jaya
Suzanah Azu, Athaya Nabila and 4 others like this.
(PETIKAN DARIPADA PENAWAR BAGI HATI)
22 Disember 2011
No comments:
Post a Comment