malam ini aku ingin bercinta denganMu
berjanjilah Kau akan merahsiakan segala kalimahku
kerna aku tahu hanya Kau sahaja yang sangat mengerti
setiap makna lafaz ku itu
Engkau rahsiakan juga setiap desah nafas rinduku
kerna semua itu hanya buatMu
hanya Engkau sahaja yang tahu membalas dambaan ku
tanpa sedikit membekas ragu dikalbuku
aku ingin bercinta denganMu
memugar ghairah tak bertepi
membius segala indah duniawi
merebah lelah seluruh indera dari pesona
mengusir amarah meminggir
hanya aku dan Mu..
pada janji yang tak termungkir
hanya kita...
No comments:
Post a Comment