Assalamualaikum semua sahabatku tersayang
Moga hari ini lebih baik daripada semalam
Moga hari ini bertambah membara-bara untuk berkarya
Karya yang menusuk kalbu karya yang bukan kelabu
Karya yang membuatkan mereka tak suka membacanya
Karya yang takkan ada bahasa-bahasa yang negatif
Karya yang takkan ada Bahasa Inggeris sepatah pun
Karya yang takkan ada tulisan ringkas-ringkas sepatahpun
Semuanya karya yang bernas-bernas dan puitis
Karya yang menusuk kalbu meresap di jiwa dan jasad
Kita memang tidak lari dari kesilapan tika berkarya
Kerana kita insan yang tak sempurna
Tulis ringkaslah...
Berbahasa Inggerislah
Tersalah taiplah
Berbahasa negatiflah
Mengumpat mengejilah
Berbangga dengan kepandaianlah
Dan bermacam-macam lagi kesilapan yang disedari ataupun tidak
Jika selalu diungkap tak ada apa-apalah
Dan takkan nak berubah
Makanya jadilah impian tinggal impian
Apa yang dimahukan oleh pengasas pertubuhan ini
Mulai detik ini dan saat ini kita sama-sama berubah
Demi mencapai misi dan visi Kumpulan Karya Kita - Bahasa Menunjukkan Bangsa
Sekiranya ada mana-mana ahli sudah ditegur masih juga melakukan kesilapan makanya tahulah apa admin mahu lakukan
Mana-mana artikel yang ada berbaur lari dari fokus sebenar perjuangan suci ini admin berhak memadamkan artikel tersebut daripada berada di dinding KARYA KITA kerana selagi disiarkan akan mencacat celakan dinding KARYA KITA
Dalam hal ini tidak terkecuali siapapun mereka samada admin ataupun peserta
Di kumpulan karya kita tak akan ada...
Jatuh menjatuh
Cantas mencatas
Hina menghina
Berbangga diri dengan ilmu yang tinggi
Yang ada di kumpulan Karya Kita hanyalah karya...karya...karya...
Karya yang menusuk di kalbu meresap di roh dan jasad
Setiap ahli amat dihargai, dihormati, disanjungi dan disayangi
Kehadiran setiap ahli amat bermakna
Lebih bermakna dengan karya-karya yang menusuk di kalbu
Lebih bermakna dengan kata-katanya yang mencetus inspirasi para ahli untuk berkarya...
Lagi-lagi karya....lagi-lagi karya...karya...karya...karya...
Karya yang ada isi
Karya yang berkualiti
Karya yang ingin dipersembahah kepada mereka yang tersayang yang masih hidup dan yang bakal ditinggalkan kepada cucu cicit makanya setiap apa yang ingin dipersembahkan fikirlah sedalam-dalamnya dulu
Bahasa yang tak cantik ...dicantik-cantikkan
Bahasa yang hodoh-hodoh jangan difikirkan sama sekali sebab buat orang jadi dungu
Bahasa yang menyakitkan hati simpan saja di hati muhasabah diri
Ayuh...para pejuang bahasa bangsaku semua...
Mari kita saling sokong menyokong
Merealisasikan misi dan visi KUMPULAN KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
Menjadi Kenyataan!
Moga menjadi kenyataan bila tiba masanya...
Hanya Dia Yang Maha Tahu bila tiba masanya menjadi kenyataan
Asalkan kita saling bersangka baik sesama sendiri
Bersangka baik kepada Allah
Moga Allah perkenankan hajatku hajatmu hajat kita semua hajat anak cucu cicit kita
Amin Ya Rabbal A'Lamin
No comments:
Post a Comment