Wahai anak muda..
Di manakah adab mu..
Di manakah sopan santun mu..
Di manakah bahasa mu..
Di manakah hormat menghormati mu..
Wahai anak muda..
Tidakkah engkau sedar akan sikap mu..
Tidakkah engkau sedar akan tingkah laku mu..
Tidakkah engkau sedar akan perbuatan mu..
Tidakkah engkau sedar akan perangai mu..
jiwa muda itu tidak lagi seperti jiwa muda dahulu..
di manakah silapnya..
wahai anak muda..
sedarlah wahai dikau..
dikaulah permata masa hadapan..
dikaulah pemimpin akan datang..
dikaulah pejuang bangsa yang akan dilahirkan...
kembalilah ke pangkal jalan.. · · · Yesterday at 11:11pm near Klang
Rabeah Mohd AliWahai anak muda bangunlah dari lenamu yang panjang...
Masa sudah lama kau bazirkan
Kau telah ketinggalan ke belakang
Biarpun kau melalui zaman serba canggih
Zaman teknologi terkini tapi malangnya
kau tetap ke belakang
mana minda kelas pertamamu?
kejayaan ada di hadapanmu
peluang untuk berjaya ada di mana-mana
cumanya kau sengaja membutakan matamu
kau sengaja tidak mahu mendengar seruan kejayaannya dunia akhirat
bangunlah anak muda
selagi nyawa belum sampai di kerongkong
kejayaan dunia akhirat terbuka seluasnya
seluas langit yang terbentang
gapailah sedayamu!
aku mendoakan kejayaanmu
dan akulah orang pertama yang mengucapkan tahniah!
Syukurku dalam sujudku!
No comments:
Post a Comment