KAU REDHAI DAN TERIMALAH ROH DAN JASAD KAMI NANTI
Subhanallah Allahamdulillah Allahu Akhbar
Betapa kerdilnya aku Ya Allah
Tersyahduku dalam sendu
Betapa Kau Maha Pemberi Hidayah pada sesiapa saja yang Kau suka
Kepada hambaMu yang sentiasa mahu mencari redhaMu dan cintaMu
Benarlah apa yang dikata
Allah tidak mengira bermulanya kamu
Tapi Allah mengira di manakah akhirnya kamu berada
Moga di pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini
Mulai detik ini dan saat ini hingga ke akhirnya
Terimalah penghijrahan kami ini dengan segala kebaikan yang kau redhai dan terimalah roh dan jasad kami ini nanti bersama-sama roh-roh hambaMu yang Kau Cintai dan Redhai
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
24 Febuari 2012
Puisi ini di karang istimewa untuk Rush Cash
No comments:
Post a Comment