Sasteraku Duniaku
Sunday, 11 March 2012
DERITAMU DERITAKU KITA LONTARKAN KE LAUTAN YANG TERBENTANG LUAS!
Norliza Liza
~Rinduku semakin dalam~
Unlike
·
·
Unfollow Post
·
Friday at 12:56pm
You and
2 others
like this.
Rabeah Mohd Ali
BERKOMUNIKASI MELALUI BAHASA PUISI
Sahabatku biarpun cuma di alam maya kita bertemu
Kita bergandingan berpuisi bersama
Suka duka bersama
Airmatamu yang mengalir
Airmataku yang mengalir
Biarpun sama-sama diheret ombak mengganas!
Lalu dihempas ke pantai
Lalu kita meraung di laut yang terbentang luas bersama
Tanpa disedari kerna deritamu deritaku
Makanya kau sentiasa memahami aku
Dan aku memahami kau
Kita saling faham
Saling mengerti
Berkomunikasi melalui bahasa puisi
Dan kita menghayati bahasa itu
Penuh indah...penuh syahdu
Cuma kau dan aku saja yang faham
Isi hatimu
Isi hatiku
biarpun kita tanpa bicara
kalbu tetap memahami
deritamu
deritaku
dan pada Allah
kupohon dariNya
agar datangkan
takdir bahagia
untuk kita berdua
lalu kita bersyukur
atas KurniaanNya!
Karya Rha NS
8 Mac 2012
Yesterday at 4:36am
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
AGAR CINTA ITU PERGI BERSAMA OMBAK RINDU
Pabila kasih jadi tersisih
Pabila cinta jadi benci
Pabila kata nan indah jadi racun
Semuanya buat hati jadi luka perih
Kata-kata kasih dan cinta sudah tak bermakna
Kasih dan cinta hilang terpadam di hatinya
Biarpun rayuan maafku turut dipadamkan
Lalu ku tak bisa memohon ehsan kasih dan cinta lagi
Dan ku sudah lupa akan cinta tersisih cinta perih memerihkan
Biarpun aku dihukum hukuman tanpa salahku dengan cinta terluka
Dan demi kebahagiaannya aku lupakannya
Dan di ombak rindu telah kuhanyutkan segala
Kasih tersisih
Cinta terluka
Agar cinta itu pergi bersama ombak rindu
Dan tak akan kucuba mengingatinya lagi
Aku sudah relakan kebahagiaanya bersama ombak rindu
Dan rindu ....kasih ....cintaku padanya pun terpadam
Kini aku tenang berkarya...berkarya...berk
arya...
tentang ombak rindu
tentang cinta terluka
agar tidak dialami dan dirasai orang lain yang berkasih bercinta
dan aku bahagia kini dengan dunia karyaku...
dunia fantasi tapi realiti
yang kubina cinta seluhur kasih nan indah keranaNya
itulah dunia cinta yang mahu kuciptakan di kalbu setiap insan!
Karya Rha NS
10 Mac 2012
a few seconds ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL GROUP PUISI ILLAHI)
11 Mac 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment