Sasteraku Duniaku
Sunday, 11 March 2012
HENDAK MENGGAPAI SEBUAH KEINDAHAN ITULAH YANG SUSAH UNTUK DICAPAI TUANKU AZMAN...
Jamhuri Abd Rahman
Sy ingin berkongsi soalan jiwang2 dgn anda semua.Bagaimana perasaan anda bila sudah dilamun cinta?apa perbezaan nya bila sudah dilamun cinta atau sebelum nya?Apa kah anda percaya pada CINTA masa kini?? Sy bertanya ni sbb sy kurang faham dn dlm hidup sy tiada perasaan cinta,yg ada hanya kasih dan syg..
Like
·
·
March 6 at 4:54pm
·
33 people
like this.
50 of 55
Jamhuri Abd Rahman
Betul kata
Amy Aminah
...
March 6 at 5:10pm
·
Like
·
1
Amy Aminah
kasih sayang amy melimpah ruah utk anak cucu,family dn kawan2....
March 6 at 5:13pm
·
Like
·
1
Ivan Loke
Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka
Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
March 6 at 5:18pm
·
Like
·
3
Jamhuri Abd Rahman
Sy pernah memberi cinta petama pada seseorng dlm usia 19Tahun hingga ke alam perkawinan,tetapi cinta itu musnah dan sy tidak ada perasaan cinta yg kedua kali..
March 6 at 5:19pm
·
Like
·
2
Yan Ismail
Bila mencintai dan dicintai sesaorang..kita rasa kehidupan tu penuh tiada kekosongan lg.masa kite terasa dipenuhi..kite rasa sebuk melayani perasaan rindu.ingin sentiasa bertemu..seolah2 waktu terlalu cemburu pada kita..bila bertemu terasa amat teruja. Rasa bahagia..rasa diperlukan rasa diri manja dan dimanjakan..
Rasa dihargai..bila berjauhan terasa amat rindu.rs kosong...
March 6 at 5:20pm
·
Like
·
2
Siti Zaleha Pesonalady
CINTA adalah anugerah yg dtg dari hati yg tulus ikhlas...krn CINTA kita akan cepat merajuk,cemburu,kecil hati dgn prkara2 kecil..krn CINTA membuat kita rindu dan ingin di manja&di belai spt ank kecil..
March 6 at 5:20pm
·
Like
·
3
Jamhuri Abd Rahman
Tp kebayakan cinta skrg byk yg pura2 dn tidak ikhlas...tak sama cinta masa zaman ibu & bapa kita dulu kala...Sebenar nya bg pandan sy..Sy sendiri tidak percaya pada cinta...mengarut dan memening kan kepala.
March 6 at 5:25pm
·
Like
·
3
Jamhuri Abd Rahman
Kekadang tu ada juga sy lihat org kawen tampa ada perasaan cinta.perkahwinan itu utk menutup dari pandangan masyarakat shj..
March 6 at 5:50pm
·
Like
Siti Zaleha Pesonalady
mmg sgt indah bila kita jatuh cinta terutama bila org itu jga ada perasaan yg sama pada kita...bila bercinta semua nya indah bagai dunia ni kita yg punya...
March 6 at 5:51pm
·
Like
·
2
Siti Zaleha Pesonalady
Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati!
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.Cinta bukanlah murah dan mudah utk dituturkan dgn kata2 tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.
Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir
March 6 at 7:41pm
·
Like
·
1
FY Qaseh
Lv is smothing so unique difficulty wth words spoken.....but rmembr tht lve was de 1 who cn destroy us!!!LOVE is not meant only 4 lover but 4 all of us human....
March 6 at 7:55pm
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
Kasihkan Allah SWT Kasih Yang Teratas
Kasihkan Nabi Muhammad SAW sentiasa bertahta di hati
Kasihkan Raja hingga ke hujung nyawa
Kasihkan rakyat melebihi kepentingan sendiri
Kasihkan negara nyawa jadi taruhan
Semuanya dikasihi dan diperjuangankan adalah keranaNya
Apa yang dimahukan adalah redhaNya dan cintaNya
"CINTAILAH KERANANYA DAN BALAS CINTA KERANANYA...NIATKAN CINTA UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH SWT INSYA-ALLAH CINTA DI DUNIA BAGAIKAN SYURGA DAN TERPATRI HINGGA DITERUSKAN KE KE SYURGANYA'
March 6 at 8:41pm
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA
Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.
Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.
Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
Karya: Rhs NS
9 Ramadhan 1432H
9 Ogos 2011
March 6 at 8:43pm
·
Like
·
2
Rabeah Mohd Ali
GURINDAM UNTUK KANDA
Kanda...oh kanda...
kanda buah hati dinda
kanda cinta pertama dan terakhir dinda
Kanda...oh...kanda...
terima kasih kerana sudi mencintai dinda keranaNya
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
Kanda...oh...kanda...
moga cinta kita sentiasa membara
tak jemu dan tak bosan
cinta kita bukan kerana harta atau darjat
cinta kita lahir dari hati nan tulus dan ikhlas
tiada apa yang dapat mengubah cinta kita
kecuali kematian memisahkan kita
Kanda...oh kanda...
kanda cinta dinda
dinda cinta kanda
kita sama-sama cinta
kita sama-sama sayang
moga ikatan kita
terpatri selamanya
di dunia hingga ke Syurgawi
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Rha NS
19 Febuari 2012
(Gurindam ini kuhadiahkan kepada sahabatku yang tersanjung di hatiku jika hatimu sudah ada taman cinta dan dia menjadi permaisuri cinta hatimu ...hadiahkan gurindam ini agar dapat mendendangkan padamu setiap malam sebelummu terlena agar dapat menyuburkan cinta-cintamu yang sudah lama kegersangan cinta....hihihi)
March 6 at 8:53pm
·
Like
·
2
Ivan Loke
Ehhh, kak Rabeah.. bleh ke tulis dalam satu note dan kongsinya di wall Datuk Jamhuri? Agak panjangnya utk dibaca disini..hehe.. Kongsi di wall dan tag agar kita senang utk mencari dan membaca baliknya nanti... Satu karya yg baik dan bermakna yg kak kongsikan itu... terima kasih. :)
March 7 at 5:18am
·
Like
·
1
Ivan Loke
Itulah hidup uncle
Jamhuri Abd Rahman
! Penuh dgn dugaan dan godaan.. Dlm hidup ingin kita berharap utk menjumpa seorang dan menghabiskan hayat kita bersamanya, mungkin kekasih pertama mahupun yg hendak dikahwinkan, apa yg berlaku bukan kehendaknya... "Sesuatu yg berakhir adalah satu permulaan yg baru dlm hidup, seperti sebuah buku..." Hendak mendapat cinta yg tulus ikhlas bukan senang uncle, pandangan uncle sama dgn Ivan.. Tetapi janganlah uncle putus asa, utk cinta kekal byk usaha dan pengorbanan perlu dilakukan. Sabar saja. Kita sama2 doakanlah utk yg terbaik.
March 7 at 5:29am
·
Like
·
1
AbdRahaman Rasid
Kata orang cinta itu buta....
March 7 at 6:17am
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
Terima kasih Ivan Loke kerana sudi menghargai tulisan akak...bukan apa... akak nak bagi motivasi pada uncle Jamhuri Abdul Rahman supaya hatinya ada taman...taman cinta...rugi kalau hati tiada taman cinta kan Ivan....tapi yang peliknya uncle jem ramai dikelilingi rama-rama pelbagai rupa yang cantik-cantik yang suka dan minat padanya dan ingin mendapatkan bukan kasih dan sayang je tapi cinta sejati daripada uncle jem...tapi kesian rama-rama tak dapat cinta uncle jem kerana hati uncle jem sudah dikunci kerana cinta terluka yang pernah di alaminya suatu tika dulu.
Biarpun uncle jem cuba menyembunyikan kesepiannya dengan sikap sempoynya pada rakan-rakannya...biarpun di tergelak-gelak namun hatinya tetap sepi ...biarpun uncle jem punyai kekayaan namun dia tetap sunyi dan dia perlukan cinta sejati untuk menyerikan hidupnya kerana itu Tuhan diciptakan Hawa untuk Adam agar Adam tidak sunyi lagi.
Dengan tulisan yang akak lahirkan itu...moga terbuka hati uncle jem menerima cinta sejati daripada rama-rama yang ramai di taman kasih sayangnya itu...tentu ada yang uncle jem sayang ...tentu ada yang ucle jem suka.....sama-sama suka....sama-sama sayang....dan bila dah suka dan sayang...hatipun berbunga cinta ....jika dah saling cinta mencintai...keduanya akan bahagia dan terisilah permaisuri untuk menemaninya seumur hidupnya berdasarkan cinta hingga ke Syurga.
Sebagai rakan fbnya akak selalu berkata padanya,' BAHAGIAMU BAHAGIAKU '
Kita sama-sama doakan kebahagiaan uncle jem ye Ivan...
moga cinta sejati bertandang di hatinya dan dimilikinya.
March 7 at 6:18am
·
Like
·
1
Zieda Halem
Wah, jiwanglah pulak Dato Seri kita hari nie..hehehhehehehe..bagi saya, kalau ada perasaan cinta timbullah rasa kasih sayang tidak kita cinta pada manusia, negara ataupun manusia sejagat...kita sendiri akan tahu bila dtgnya cinta..sukar nak dinyatakan dgn jelas bagaimana perasaannya...kira cukup rasalah...hehehehhehe amacam dengan penjelasan say Dato Seri?
March 7 at 1:17pm
·
Like
·
1
Jamhuri Abd Rahman
Betul lah tu
Zieda Halem
tp bg sy cinta hanya satu dan sekali apa bila sy sudah berikan cinta sy itu tetapi disalah guna maka utk yg kedua kali nya sudah tidak ada lagi.
March 7 at 3:31pm
·
Like
·
1
Wan Azizah
Cinta tak harus memiliki..kadangkala kita harus melepaskan cinta tersebut..kerana cinta yg sejati selalu ingin membahagiakan org dicintainya...:)..
March 7 at 10:23pm
·
Like
·
2
Wan Azizah
Cinta tak dapat dipaksakan..cinta juga tak dapat dipujok dan digoda...klau ada jodoh cinta akan muncul dgn tiba2 tanpa diduga dan dicari...
March 7 at 10:49pm
·
Like
·
2
Tuanku Azman
CINTA memang INDAH jika ianya di hargai
March 7 at 10:55pm
·
Like
·
1
Wan Azizah
Cinta adalah fitrah hati...lahir tanpa diminta dan dipaksa...namun Tuhan sentiasa menguji..apakah cinta itu suci atau sebaliknya....
March 7 at 10:56pm
·
Like
·
1
Jamhuri Abd Rahman
Hendak menggapai sebuah keindahan itu lah yang susah untuk dicapai
Tuanku Azman
..
March 8 at 12:08am
·
Like
·
1
Aleysa Sofea
What u give .. U get back dato.. Itulah cinta..
March 8 at 7:59pm
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL JAMHURI ABD RAHMAN)
12 Mac 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment