Sasteraku Duniaku
Thursday, 19 April 2012
ANAK JANTAN MELAYU TAK AKAN TAKUT MATI!
KALAU MEMETIK DAUN GELENGGANG
BUKAKAN DULU KAIN SARUNG
MARI PENDEKAR MASUK GELANGGANG
SIAPKAN KERIS UNTUK BERTARUNG
1
Unlike
·
·
Share
You and
81 others
like this.
Syaipul Tengku Andhika
Ze@pergi ke toko membeli gelang...gelang di beli si emas murni..kalau di suruh masuk gelanggang..tak pakai kerispun aku berani..
Yesterday at 9:53am
·
Unlike
·
3
Halim Lim
mari memetik daun glenggang,,batang kayu dibelah-belah,,kalau keris sudah dipegang,,pantang melayu mundur selangkah,,
Yesterday at 10:00am
·
Unlike
·
6
Yoes Rokan
haahhaaa...mantap...THE BEST buat pak
Zairi Erie
Yesterday at 10:05am
·
Unlike
·
2
Syaipul Tengku Andhika
Batamg kayu di belah belah...dibelah di samping rumah..takkan melayu mundur selangkah...walau harus bermandikan darah..
Yesterday at 10:06am
·
Unlike
·
3
Ian Basten
pisang batu pisang kelat mri d msak d atas batu,jgn mentang pndai besilat mari kite satu lawan satu.
Yesterday at 10:06am
·
Unlike
·
2
Rahmad Pijha
daun gelenggang daun mengkudu
dipetik oleh Si raje melake ..
Klo sudah masuk masuk k gelanggang
Sedikit ilmu badan binase..
Yesterday at 10:25am
·
Unlike
·
2
Edwar Abuhasan
Dari ladang terus kepasar,hendak membeli si daun jarak,jika musuh datang mencabar,Pantang melayu untuk menolak...
Yesterday at 10:37am
·
Unlike
·
3
Rabeah Mohd Ali
Pendekar melayu pantang dicabar,
Turun ke gelanggang berbekalkan ilmu;
Di gelanggang ini setapak pun takkan kuundur,
Biar kepahlawanan melayu satu dunia tahu.
Yesterday at 10:57am
·
Like
·
2
Rabeah Mohd Ali
Sedikit ilmu badan binasa,
Akan kusahut cabaranmu itu;
Bertulangkan besi beruratkan suasa,
Satu lawan satu aku sedang menunggu.
Yesterday at 11:02am
·
Like
·
2
Rabeah Mohd Ali
Guruku namanya Pendekar Mastur,
Maha Guru Silat yang terhandal di Sumatera;
Katanya bila dah sampai ke gelanggang jangan mundur,
Biar bermandikan darah namun semangat tetap membara.
Yesterday at 11:10am
·
Like
·
1
Rahmad Pijha
Sungguh indah Bunge yang Mekar
Jike di petik Layu daun nye...
tak ade gune saling mencabar
Melayu bersatusaling menyatu
Yesterday at 12:01pm
·
Like
·
3
Rabeah Mohd Ali
Janga mudah melayu melatah,
Bukan siapa hendak mencabar siapa;
Hanya mahu menakutkan musuh,
Agar musuh tahu anak jantan itu siapa.
Yesterday at 12:16pm
·
Like
·
2
Rabeah Mohd Ali
Kalau engkau malu mengaku pendekar,
Aku ke gelanggang dicabar Maha Guru Zairi;
Makanya aku takkan berundur,
Kan ku perjuangankan jiwa melayu sampai mati.
Yesterday at 12:19pm
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
Aku tahu aku tak sehebatmu pendekar Rahmad,
Tapi jangan diduga laut yang dalam;
Pendekar melayu bersatu mendapat Rahmad,
Diwarisi kependekaran dengan jiwa mendalam.
Yesterday at 12:24pm
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
Satu lawan satu itulah anak jantan,
Pukulan maut takkan ku gentar;
Ayuh! Maju cepat kita berlawan,
Biar apa terjadi jangan mundur.
Yesterday at 12:27pm
·
Like
·
1
Nooraini Hamim
kalau memetik daun gelengang
buka duli c kain sarong
bukan hamba tak mahu masuk gelanggang
takut nnt kalah bertarong...
Yesterday at 12:37pm
·
Unlike
·
2
Rabeah Mohd Ali
Pendekar melayu tak mudah mengaku kalah,
Ayuh yakin pada dirimu sendiri;
Ingat pesanan guru jangan mengalah,
Kerna pendekar melayu tak takut mati.
Yesterday at 12:49pm
·
Like
·
1
Is Kandar
hbislh kemik kepale oghang bwh tu..
Yesterday at 2:06pm
·
Like
·
1
Noordien Nashroel Haqy
Gelanggang laksmana raja di laut berbukit batu
hempaskan kris gayungkan senjata
wahai kang
Zairi Erie
salam rindu
kapan2 bolehlah makan bersama...
Yesterday at 4:03pm
·
Like
·
1
Sri Bona
org yg di atas awas buang Angin. kwkwkw.
21 hours ago
·
Like
Ayah Muz Ilyashah
Duduk di bawah pepohon getah
Sambil menguyah ubi dan pengat
Membujur lalu melintang patah
Sidiranmu itu naikan semangat
20 hours ago
·
Like
·
1
Ayah Muz Ilyashah
Sudah ku siap masuk gelangang,
Sila lah turun mengatur langkah,
Darah Melayu di cabar pantang,
Sekali ku hembus tak akan mengalah
20 hours ago
·
Like
·
2
Donni Dofiandi
kapan nak lawan nya nih ayo siapa yang mau maju aku beli...
17 hours ago
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
Aku tahu ilmu persilatanmu penuh di dada,
Sebab itu kau tak masuk berlenggang;
Biarpun keris mu itu dihunjam di dada,
Rela ku mati dalam gelanggang.
Tapi awas! Jangan sekali mencuri tikaman,
Berlawan jangan ada tipu daya yang menipu,
Setiap langkahmu semuanya dalam perhatian,
Sekali kau menendang 10 kali aku membalas tendanganmu itu.
4 hours ago
·
Like
·
1
Ayah Muz Ilyashah
Aku tak perlu menghunus keris ku, Langkah ku atur mengikut rasa,Bukan di kau lawan bagi ku,Aku lah yang bergelar Wan Perkasa. Wan Perkasa turun gelangang, Jangan cuba buka lipatan,Ku tepis semua serangan yang datang,Rusuk mu bertubi tubi ku beri tumbukan.... hahaha... Aku bukan sebarang aku, aku datang menabur ilmu, Jangan rapat dengan diri ku... Kelak kau akan terkena sengatan dari ku
4 hours ago
·
Like
·
2
Rabeah Mohd Ali
Siapa pun gelaranmu tak kan ku gentar...
Kerna aku diajar guruku
Jangan mundur sebelum berjuang
Tahu kah engkau aku ini anak jantan melayu
Anak jantan melayu pantang dicabar
Kau tepis aku melompat
Lihatlah keris digengamanku ini
Pasti akan terhunjam di dadamu
Awas!!! Wan Perkasa!! hehehhe
4 hours ago
·
Like
·
1
Candra Ican
aduh nampak parang panjang melintang lintang takutlahlahtu cerite ajelah... mane ade jiwe kstria jaman sekarang.. kalau ndak mohlah kite betikam hehehehehehehhehe
3 hours ago
·
Unlike
·
2
Rabeah Mohd Ali
Siapa bilang jaman sekarang tak ada jiwa kstria...??? Tak belajar belajar sejarah kepahlawan melayu jaman Hang Tuah ke? Sumpahnya melayu tak akan hilang di dunia makanya jiwa kstria akan wujud hingga kapanpun! Kerna engkau anak jantan melayu tak tahu sejarah Hang Tuah...cepat turun ke gelanggang kita bertarung habis-habisan ! Biar engkau tahu sumpah Hang Tuah itu adalah benar! Biar keris laksamana Hang Tuah ini menjadi saksi kepada penderhaka seperti engkau anak jantan yang pengecut!!!!! hihihihi
3 hours ago
·
Like
·
2
Ayah Muz Ilyashah
Wahai anak siapa nama mu,
Pipi mu masih kehijau hijaun,
Aku tak gentar dengan suara mu,
Aku takut kau yang dulu pengsan
hahahahaa
Dadaku bukan untuk di tikam,
Sebelum kau sempat menghunus keris mu,
Kau akan terasa Gamam,
Pabila kau tahu siapa diri ku
2 hours ago
·
Like
·
1
Rabeah Mohd Ali
Wahai pendekar perkasa...yang tak perkasa...aku tak heran pun sapa diri engkau...jangan aku dipandang sebelah mata dengan mengatakan aku masih lagi kehijauan....Ciss bedebah engkau! Anak jantan melayu pantang dicabar...lautan dalam jangan di duga...kalau engkau hendak tahu...darah yang mengalir ditubuhku ini adalah darah pahlawan hulu balang raja bugis! Moyangku berpesan ...sahut cabaran jika dicabar! Makanya demi sumpah setiaku pada moyangku aku tak akan berundur walau seinci pun rela kumati dalam gelanggang ini. Ayuh!!! Tunjukkan taring harimaumu itu ... kalau kau benar perkasa!!! heheheheh
2 hours ago
·
Like
·
1
Moelkan Hasan
Kayu sama kayu,
Kayu mana boleh ditebang
Melayu sama melayu
Melayu mana boleh betentang
2 hours ago
·
Like
·
1
Ayah Muz Ilyashah
hahahahahahaha rupa nya kau marah di tengah gelangang..kasihan aku pada mu..anak muda tak dapat nak menahan kemarahan....jangan kau tikam musuh kerana marah, jangan kau mengata ciss..cuba kau katan cheese boleh kita makan bersama...hahahaha nah ambil dari ku ini... Bila kau tahu siapa diriku,
Pasti gementar seluruh tubuh mu,
Cepat cepat kamu berlalu,
Sebelum melayang penangan dariku
Langkah kaki ku tak pernah ternoda,
Kencang bagaikan angin nan terbang,
Sebelum kerisku menikam dada,
Lebih baik kau keluar dari gelangang
Hahahahha...
2 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Aku takkan keluar dari gelanggang...
Biarpun mati aku rela
Daripada undur dimedan juang!
Biar aku mati bermaruah daripada aku mati digelar sebagai pengecut! Segala seranganmu akan kutangkis, tulangku besi beruratkan dawai ...mana mungkin kutewas ditanganmu itu
Tengkukmu itu akan kupatahkan dengan siku ini..!Sebelum kau cedera parah di tanganku ini lebih baik kau suruh pendekar zairi erie sediakan ambulan untuk mengusung kau ke hospital!!!! hehehehe
2 hours ago
·
Like
·
1
Ayah Muz Ilyashah
Bukan kau tak tau yang aku ini Wan Perkasa,
Pantas dan pintas bermain senjata,
Atupun kau saja berpura pura,
Nak curi ilmu yang aku ada
Jangan kau harap aku nak beri,
Langkah gerak cengkaman maut,
Pergi lah engkau cari sendiri,
Ilmu ku sudah cermat ku balut
Sangkabuana itu guruku,
Di Bukit Saga aku bertemu,
Kau tak akan dapat sentuh tubuhku,
Sebelum kau sempat terbakar jantung mu
hahahahaa..kau marah lagi wahai anak muda..sampaikan ambulan nak kau sedia...untuk aku kau kata..rupa nya kau dah lupa Zaman Hang Tuah mana ada itu semua...cuma mak bidan sama tok pawang sahaja..geli hatiku tak terkira..dalam diam kau curi ilmu ku juga ..tapi tak akan berjaya sebab aku tak pernah mengijazahkan kapada sesiapa..cuma murid2 ku sahaja....Tok maharaja lela salah satu dari nya...ku serahkan pada nya..kau hanya layak berdepan dengan dia..sebab ilmu mu itu tak seberapa..lagi pun aku nak hantar kau naik ambulan ka hospital Sultan Ismail dekat dgn taman daya..hahahahahaha
2 hours ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Begitu angkuh kau berkata-kata...siapa yang heran dengan ilmu persilatanmu itu...sekali aku cekak dan kubaling kau ke bumbung atap rumahmu jatuh terguling-guling kau di situ..sebelum jatuh terguling akan kusambut dikau kerana aku tak tega melihat kau mati pendekarku...biarlah kau mati dalam gelanggang ...jangan mati di luar gelanggang...itulah prinsip aku pendekar melayu ..anak jantan melayu yang tak akan takut mati ! Hehehehehe
about an hour ago
(PETIKAN DARIPADA WALL ZAIRI ERIE)
18 April 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment