BILA BACA KARYA PUTRI RIMBA SAYA MENADAH TANGAN KERANA KARYA YANG DITULIS ADALAH DOA
JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMI-MU INI
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini Kau terimalah taubatku Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku Aku mahu taubatku Kau terima dan semua manusia pun maafkan aku Kerana niatku berhidup di bumi-Mu ini ingin berbuat baik dengan-Mu dan semua hamba-Mu Tiada niat untuk berlaku zalim pada-Mu dan pada sekalian hamba-hamba-Mu
Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumi-Mu ini Matikan aku dalam keadaan bersujud pada-Mu membaca Qalam-Mu berzikir pada-Mu berkata yang baik-baik menulis yang ada nilaian di Sisi-Mu berbuat kebaikan...bersangka baik dengan-Mu dan manusia
Ya Allah Tuhan Yang KuCinta Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah Jika itulah yang dapat kulafazkan Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar Akulah hamba-Mu yang bertuah Kerna aku mahu mati dalam redha-Mu
Ya Allah aku hamba-Mu yang terlalu hina Kerana amalan tak seberapa ingin masuk Syurga-Mu Amalan tak setimpal dengan balasan Syurga-Mu Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia Tapi semuanya kerana-Mu Ya Allah ...Pandangan-Mu yang kumahukan dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan Syurga-Mu Tapi semata kerana mendapat redha-Mu ...mendapat balasan cinta dari-Mu
Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redha-Mu Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah untuk mendapat redha-Mu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaan-Mu ini
Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redha-Mu Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumi-Mu ini Amin Ya Rabbal A'Lamin
No comments:
Post a Comment