Sasteraku Duniaku
Wednesday, 25 April 2012
CINTA KERANANYA
.
Rabeah Mohd Ali
CINTA KERANANYA
Cinta ungkapan terlalu mudah disebut
Untuk menjadikan cinta itu seikhlas hati
Agak sukar dimengertikan
Mula cinta jadi benci
Mula sayang akhirnya melayang
Mulanya bicara manis
Akhirnya menjadi bicara yang merosakkan hati
Lalu hati terluka
Masing-masing tidak berkenan di hati
Apakah itu namanya cinta?
Makanya sebelum melahirkan ungkapan
Cinta dan sayang
Tanya pada diri
Adakah aku ikhlas mencintainya?
Atau aku saja untuk menyakitkan hatinya?
Pabila dia kecewa itu adalah matlamatku....
Kalau beginilah cinta pura-pura terjadi
Amat malanglah yang empunya diri
Membalas cinta pada si pendusta cinta!
Makanya sebelum hati terlara segera putuskan
Kerna akan meracuni jiwamu
Jika hatimu terlara kerana cinta palsu
Binalah keyakinan semula
Menyatakan
Allah sayang padamu
Kerna Dia
Telah merencanakan cinta yang terbaik untukmu
Cinta yang boleh membawamu ke SyurgaNya
Jika kau sabar dengan setiap KETENTUANNYA
Pasti kebahagiaan dunia akhirat menanti
Di masa itu baru kau tahu betapa nikmatnya
Penantian cintamu keranaNya
Bercinta keranaNYa
Membalas cinta keranaNya
Terpatri cinta dari dunia hingga ke Syurgawi
Insya-Allah Aamin
Karya Putri Rimba.
25 April 2012
Like
·
·
Unfollow Post
·
14 hours ago
Vra Bella
likes this.
Vra Bella
diri ini,mengertinya
4 hours ago
(PETIKAN DARIPADA WALL DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
25 April 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment