Sasteraku Duniaku
Thursday, 19 April 2012
INDAHNYA SEPERTI HADIRNYA PELANGI DI WAKTU MALAM
Rabeah Mohd Ali
shared
Saving MyHeart
's
photo
.
Cover Photos
By:
Saving MyHeart
Unlike
·
·
Share
·
8 hours ago
·
You like this.
Rabeah Mohd Ali
INDAHNYA SEPERTI HADIRNYA PELANGI DI WAKTU MALAM
Indahnya malam itu
Seakan berada di alam Syurga
Yang tak mahu dilepaskan pandangan mata
Walaupun sesaat
Indahnya memukau mata
SUBHANALLAH
Hebatnya Penciptaan-Mu di langit malam
Terbias keunguan panorama di malam itu
Hingga nampak bulan bintang di langit
Ke air tasik penuh keunguan
Seakan bercantum bulan di langit dan di bumi
SUBHANALLAH
Aku terbius
Aku teruja
Aku terpukau
Keindahan Ciptaan-Mu
Gambungan warna warni yang memukau
Bertambah seri lagi dengan kehadiran kerdipan bintang
Taburan bunga-bunga ungu di tepi tasik mencantikkan lagi suasana
ALLAHU AKHBAR
Indahnya
Seakan berada di Syurgawi
Biarpun keindahan Syurgawi tidak terjangkau oleh pemikiran manusia
Tapi Ya Allah dengan Kuasa-Mu Tanpa Batas Kau nampakkan bunga-Bunga Syurga di Permukaan bumi-Mu ini
Syukur Alhamdulillah Ya Allah
Kau perlihatkan keindahan panorama malam ini padaku
Indahnya seperti hadirnya pelangi di waktu malam
Tiada apa yang dapat kulafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Karya Putri Rimba.
19 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA)
20 April 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment