Sasteraku Duniaku
Saturday, 7 April 2012
MOGA KITA MENIKMATI KEINDAHAN YANG INDAH INI DI SYURGA YANG INDAHNYA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN OLEH PEMIKIRAN MANUSIA AAMIN
with
Saeed Sajid Malekpur
and
20 others
in
Brunei
.
3 hours ago
Unlike
·
·
Share
You,
Minak Nur
and
18 others
like this.
Rabeah Mohd Ali
PANTUN NUR HIDAYAH KASIH
Allah Allah Allah Kau yang kuPuja,
Allah Allah Allah Kau yang kuAgungkan;
Di mana saja Kau tak kulupa,
CintaMu Maha Agung sentiasa dizikirkan.
Allah Maha Besar Sebesar BesarNya,
KuasaMu mengatasi segala yang ada;
Rugi dunia akhirat jika melupakanNya,
Yang diburu saham akhirat sebagai membalas cintaNya.
Maha Suci Allah,
Kau wujudkan daripada tiada kepada ada;
Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah,
Aku pasrah atas segala ketentuanNya.
Allah dan Muhammad nama yang kupuja,
Dari lubuk hati bawa ke mati;
Moga Kalimah Laa ilaaha illallah setiasa dijaga,
Kerana kalimah itu membawamu ke Syurga nanti.
Laa ilaaha illallah kumohon keredhaanMu,
Ya Allah lancarkan lidah mengucapkan di hari nazakku;
Agar dapat kutinggalkan jasadku dalam redhoMu,
Rohku tenang bertemuMu Ya Allah Perkenankan doaku.
Segala ada di langit di bumi kepunyaan Allah,
Janji Allah semuanya benar;
Tetapi manusia melupakan Allah,
Sampai di negeri akhirat baru tahu benar.
Ya Rasullullah Ya Kekasih Allah,
Kurindumu terbawa dalam mimpi;
Perjuanganmu tidak pernah mengalah,
Terimalah aku mendapat syafaatmu nanti.
Wangian cintamu pada umatmu seharum kasturi,
Cintamu pada kami tidak akan dilupai;
Kasihmu pada kami akan terpatri,
Dunia dan akhirat menjadi saksi.
Kelihatan bebayang masjid di tapak tanganku,
Air wuduk disapukan ke wajahku:
Moga Nur Hidayah KasihMu terpancar diwajahku,
Aku bersyukur dalam sujudku.
Di bumi ini aku bersujud padaNya,
Dengan penuh keinsafan terimalah taubatku;
Segala Kerajaan Bumi dan Langit Kau yang punya,
Di bumi ini juga aku kembali kepadaMu.
Tika aku bersujud padaMu,
Serasa Kau hampir denganku;
Kubersujud penuh kusyuk,
Moga Kau terima solatku.
Takbir rukuk dan sujudku keranaMu,
Kusahut panggillanMu pabila sampai waktu;
Berkata-kata denganMu roh dan jasadku,
Moga Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Berzikir memujiMu mengundang rindu,
Semakin kulafaz ZatMu meresap di qalbu;
Rohku syahdu dalam sendu,
Jasadku bersyukur dalam qalbu.
Membaca KalamMu hatiku pilu,
Mengalunkan KalamMU penuh syahdu;
Seolah berada di Taman SyurgaMU,
Berkata-kata denganMu rasa tak jemu.
Setelah solat kuberdoa padaMu,
Mohon Kau perkenankan doaku;
Kuterus merayu dalam doaku,
Agar Kau terimaku menjadi kekasihMu.
Di pagi yang hening ini,
Munajatku dengan linangan air mata;
Kutahu Kau mendengar rintihanku ini,
Kupohon hidayah KasihMu selagi hayatku ada.
Al-Quran sentiasa di sampingnya,
Dibaca berulang kali tanpa jemu,
Setiap surah dihafal dalam mindanya,
Menjadi peguam bela di kuburmu.
Tunas pepohon iman dewasa dalam iman,
Hidup dan mati dipasrahkan kepadaNya;
Tiada apa yang berharga melainkan kemanisan iman,
Apabila cinta padaNya mengatasi segalaNya.
Wajah berseri bak penghuni Syurga,
Senyuman ikhlas menawan iman;
Hidupmu ke dunia seperti ahli Syurga,
Mengundang Hidayah Kasih dalam keimanan.
Ceriakan hidupmu setiap hari,
Jadikan sahabat terbaik untuk sahabatmu;
Setiap hari saling ingat mengingati,
Hingga ke mati dikenang jasamu.
Duhai yang dihormati sahabatku,
Kau menyampaikan ilmu tanpa jemu;
Moga ilmumu mengusik qalbu,
Qalbu jasad dan roh rakan-rakanmu.
Ya Allah Kau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Kasih sayangMu tidak terbatas;
Suburkan hati kami saling sayang menyayang,
Hanya semata keranaMu kasih yang Teratas.
Karya: Rha NS
31 Mei 2011
2 hours ago
·
Like
·
1
Ratu Sukma Nilam Nirwana
very nice...seolah-olah bangunan itu dlm perahu pulak.
about an hour ago
·
Unlike
·
2
Rabeah Mohd Ali
Hamba pun rasa macam tu....seolah berada di kayangan pulak.
about an hour ago
·
Like
·
1
Minak Nur
yu mari kita berjabat tangan walau tak berbentuk jasat
about an hour ago
·
Unlike
·
2
Rabeah Mohd Ali
BAPAKU PERGI KETIKA SUJUD
Bapaku seorang hamba
hamba taatkan Allah
setiap masa tawaduk
menjaga solat
bersolat jemaah di
surau dan masjid
itu amalan bapaku.
Hujung minggu
kami sekeluarga
akan pergi
mencari surau lama
membawa peralatan pembersihan
membersihkan surau
sambil membersihkan
kami berselawat
kami berzikir
sungguh bahagia
kami sekeluarga
tika itu.
Sebelum bapaku
ke masjid pada malam Jumaat itu
bapaku berjubah dan berseban putih
berpakaian serba putih
mencalit minyak attar di jubah
dan bercelak di mata.
Malam Jumaat itu
selepas solat maghrib
bapaku meminta izin
dari imam untuk membuat
pengumuman kepada semua jemaah masjid
permintaannya dipenuhi
bapaku berkata dengan linangan air mata
kepada seluruh jemaah masjid
memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
jika ada sebarang perbuatan dan perkataan yang telah
dilakukan samada secara sengaja atau tidak
dia memohon jika ada hutang-piutang yang belum dijelaskan
harap beritahunya agar dia dapat jelaskan hutangnya
dan akhir sekali dia memohon agar dia diizinkan
untuk melaungkan azan Isyak
permohonannya dipenuhi.
Bapaku melaungkan azan penuh syahdu
hinggakan semua jemaah masjid menitiskan air mata
setelah habis laungan kalimah
Asyhadu anlaa ilaha illallah,
wa asyhadu anna muhammadar rasulullah.
laungan azan terhenti
bilal naik ke menara
bapaku sedang bersujud
didapati bapaku telah pergi
berjumpa dengan Tuhannya
tika bersujud!
Karya: Rha NS
19 Jun 2011
( Sempena Menyambut Hari Bapa )
about an hour ago
·
Like
ليلى زيدان
Salam (^_^)
about an hour ago
·
Unlike
·
1
Azhura Usman
subhanallah cantik banget, i like it :D
about an hour ago
·
Like
·
1
Minak Nur
moga bapak tuan ditempatkan oleh Allah SWT pd empat yg selayaknya Amiin Yobbal Alaamin
about an hour ago
·
Unlike
·
1
ليلى زيدان
amiin ^^
about an hour ago
·
Unlike
·
1
Azhura Usman
btw, sebenarnya ini tempat apa yah? dan berada di mana?
about an hour ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Hamba pun nak tahu juga..
about an hour ago
·
Like
Minak Nur
suana yg cantik membuat kita kita tapakur dan tawadduk saudaraku
about an hour ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Rasanya roh kita sudah sampai ke sana...cuma jasad je belum sampai....betul tak Minak Nur?
about an hour ago
·
Like
Minak Nur
benar saudaraku
about an hour ago
·
Unlike
·
1
Azhura Usman
yah friend Rabeah Mohd Ali>>> rasanya udh melayang layang roh nie, temenung seakan akan berada dalam perahu menatap indahnya bangunan itu,,,, hmmmm tapi sayang itu hanya hayalan semata :D
about an hour ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Kalau di Syurga bukan hayalan kan3 mana tahu kita semua menikmati keindahan yang indah ini di Syurga yang indahnya tak dapat hendak digambarkan oleh pemikiran manusia. Aamin.
about an hour ago
·
Like
Minak Nur
moga Allah Subhanallahuwata'ala menghendaki Nya
58 minutes ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
57 minutes ago
·
Like
Azhura Usman
tak ada yang sulit bagi ALLAH SWT, amin....
54 minutes ago
·
Unlike
·
1
ليلى زيدان
Ini Brinei .. ^^ semoga kita bisa dapat tempat seindah itu di syurga ... Ameeenn
13 minutes ago
·
Unlike
·
1
Minak Nur
insya allah allahuma amiin
12 minutes ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Moga persahabatan kita ini bagaikan di Syurga dan di akhirat juga menikmati SyurgaNya bersama-sama. Aamin .
11 minutes ago
·
(PETIKAN DARIPADA WALL SEGHAYO SUTTAN PESIRAH DI PUNCAK NUR)
7 April 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment