Sasteraku Duniaku
Wednesday, 16 May 2012
GURINDAM RINDU KARYA WERDYS KALBARY & WAN SUWANDY & PUTRI RIMBA NIAGARA
Options
Werdys Kalbary
♥ GURINDAM RINDU ♥
tak nyenyak tidur kanda semalam
dibuai lamunan ombak rindu
tak habis fikir tak habis faham
mengapa mestinya kita bertemu
golek ke kiri golek ke kanan
mata terbuka enggan terpejam
rasa gelisah sekujur badan
hati merana merindu dendam
terbayang dinda wajah pualam
diayun bayu desau menghimbau
berhari bulan rindu ku pendam
terbayang-bayang di dalam igau
dinda kini rinduku larut
air mata tetes menderas hanyut
gurindam rindu pantun bertaut
rindukan dirimu ikhlas menyahut...
indah gurindammu menyapa jiwa
menautkan hati di tautan cinta
menarilah madah di segala rasa
memagut rindu beribu rupa
aduhai adindaku Rabeah sang pujangga cinta
indah larik mu ombak beralun
luahan rasa memikat sukma
memasung rinduku beribu kurun
jikalah tidak karena DIA
tidaklah mungkin bertemu cinta
sekian lama dalam kembara
memapah asa di laman lara
adinda kini kemarilah dikau
ku raih jemarimu di ambang haru
ku lingkar cincin indah kemilau
sebagai ingatan kita bertemu...
--------------Sintang West Borneo, 13 May 2012
— with
Wan Suwandy
.
Unlike
·
·
Unfollow Post
·
Sunday at 11:29pm
You and
2 others
like this.
Wan Suwandy
~
duhai kanda luahan jiwa..
manakah jawabanmu yang menuang tuba
kutunggu hingga tak ingat masa
manis di rasa melekat di jiwa
duhai kanda pelakar kata
ucapkan lagi gemalai cinta
indah menyurai terang suria
menyentuh jiwa damai selesa
~lajooock khe lajooock jock bro
Werdys Kalbary
...
aphay ghix lolauw the , ghasshock amp kahkahkahakah..
Sintang 2012
Wan Suwandy
Sunday at 11:39pm
·
Like
Rabeah Mohd Ali
SEABADI CINTAMU CINTAKU CINTA-NYA
Duhai kanda penawar jiwa di kala lara
Igaumu igauku jua
Kita sehati sejiwa untuk mengukir nama
Di pelangi cinta
Di pelangi cinta kita menyimpulkan
Sebuah tali ikatan suci dalam redho Ilahi
Sebentuk cincin cinta bertahtakan
Permata dari Syurga
Kemilaunya seperti purnama malam
Bila kanda melafazkan cinta kerana-Nya
Dinda kucup cincin cinta Syurga
Air mata berjuraian
Tertetes di cincin cinta Syurga
Dalam kemilaunya batu permata cincin cinta Syurga
Tertera kalimah Allah
Allahu Akhbar
Allah merestui pertalian suci ini
Kita bersama bersumpah setia
Untuk saling
Mengalah
Mengerti
Mengimani
Kenapa kita diketemukan
Dalam sebuah ikatan suci
Hanyalah semata
Untuk persiapan
Membawa bekalan
Pulang
Ke negeri
Abadi
Seabadi cintamu cintaku cinta-Nya
Terpatrilah cinta kita
Dari dunia hingga ke Syurgawi
Insya-Allah Aamin
Dinda Putri Rimba Niagara
16 Mei 2012
about an hour ago
·
Like
·
1
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KEBUN SASTRA)
16 Mei 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment