Sasteraku Duniaku
Wednesday, 30 May 2012
MELENTUR LONGLAI AKU GAGAHI BERSAMA SISA-SIA SEMANGAT
Rabeah Mohd Ali
shared
Lisa Arif
's
photo
.
Wall Photos
sebatang aku
dalam mengharung detik ini
aku terasa kesendirian
naif meredah kes
eorangan
punya langkah memberat
susunan lemah
tiada bermaya
angin lembut menghempas
tubuh sebatangku meliuk
melentur longlai aku gagahi
bersama sisa-sisa semangat
bengkak dan berdenyut
By:
Lisa Arif
Unlike
·
·
Share
·
Monday at 7:13pm
·
You and
Nur Hidayati
like this.
Rabeah Mohd Ali
DI OMBAK RINDU AKAN KUNANTIKAN KARYAMU
Duhai rakan sastraku yang disanjungi
Maafkan aku kerana tak dapat setia denganmu
Aku cuba pertahankan kesetiaan
Untuk setia selamanya denganmu
Tapi tak tahu entah badai mana
Yang datang hingga aku tak tega
Mempertahankan kesetiaan
Ketahuilah kau
Sekali tangan berjabat salam
Selamanya akan setia
Sesetia ombak pada pantai
Aku tak tega terjangan ombak
Teramat dahsyat
Hingga aku dilambungkan tinggi
Lalu dihempaskan
Tanpa ehsan
Kecederaan di tubuhku
Masih lagi aku boleh bertahan
Tapi luka parah di hatiku
Bagaikan ditoreh-toreh
Hancur berkecai
Hingga aku tak mampu
Untuk mengungkapkan
Kata-kata bermadah
Pujangga pada mu
Aku tak tahu
Apa khilafku
Hingga ombak
Yang mengaku setia pada awalnya
Telah berubah
Madu yang kuberi
Racun yang dibalas
Ombak bicaralah padaku....
Apa salahku padamu?
Kenapa kau mengundangku
Untuk merinduimu
Tapi setelah kuberikan hati setulusnya
Ini balasan yang kau berikan padaku?
Bilang samaku? Bilang? Bilang?
Jikalah terjanganmu itu boleh
Memuaskan hatimu
Karna ingin membalas dendam
Tapi kenapa aku????
Apa dosaku padamu?
Jahat sangat ke aku
Hinggga kau lukakan
Hatiku sebegini rupa
Air mataku yang mengalir deras ini
Lukaku yang parah ini...
Boleh membuatkan kau ketawa puas
Silakan...
Jika kau rasa tak bersalah silakan
Karna aku tak tahu apa salah aku
Padamu...
Biarlah pena bisu ini menjadi saksi
Yang aku telah buangkan namamu
Di ombak rindu
Biarpun hatiku menafikan
Aku kena akur
Yang kau bukanlah kawan
Yang boleh menjanjikan bahagia
Untuk aku berkarya bersamamu...
Ketiadaan aku... berkaryalah semahumu
Percayalah dari jauh aku sentiasa
Menyokong kamu berkarya
Karna dunia karyamu adalah duniaku
Maafkan aku rakan sastraku
Karna terpaksa berpisah denganmu
Tanpa pintaku
Moga kau bahagia di samping
Teman-temanmu yang hebat
Berpuisi...
Apapun aku ucapkan terima kasih
Pada mu yang telah mengundang aku
Ke group mu untuk berkarya...
Salam kemaafan puisi
Salam perpisahan untukmu
Cuma satu harapanku sudi doakan aku
Kebahagiaan dunia akhirat untukku
Setiap karya mu sentiasa
Tersemat di hati ku
Biarlah aku selamanya menjadi
Pungguk rindukan rang bulan
Di ombak rindu kan ku nantikan
Karyamu ...
Karya Putri Rimba Niagara
28 Mei 2012
Monday at 7:15pm
·
Like
·
1
KARYA LISA ARIF & PUTRI RIMBA NIAGARA
31 Mei 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment