Sasteraku Duniaku
Wednesday, 9 May 2012
MOGA PERSAHABATAN KITA SEPERTI AHLI -AHLI SYURGA DAN BERSAMA DI SYURGA NANTI. AAMIN
Rabeah Mohd Ali
shared
Sonny H. Sayangbati
's
photo
.
Wall Photos
"Cintailah yang di bumi niscaya yang dilangit akan mencintaimu."
Rumi
By:
Sonny H. Sayangbati
Unlike
·
·
Share
·
Yesterday at 8:03am
·
You and
Love Manja
like this.
Rabeah Mohd Ali
PANTUN BERSAHABAT DAN BERCINTA KERANA ALLAH
Kumahu hidup bagaikan di Syurga,
Apabila berbicara seperti ahli Syurga;
Bersahabat mereka impikan Syurga,
Moga terpilih menjadi ahli Syurga.
Tiada lebih berharga di dunia ini,
Mendapat sahabat beroleh hidayahNya;
Biarpun jauh tapi tidak sendiri,
Saling ingat mengingat dalam Nur KasihNya.
Tiada diduga perkenalan kita,
Semuanya kehendak Allah Yang Esa;
Moga saling berbaik sangka sesama kita,
Mengeratkan talisiraturrahim mendapat redhaNya.
Bersahabat atas dasar kerana Allah,
Saling berkorban untuk redhaNya;
Berkorban biar dipandang Allah,
Kupanjatkan syukur mendapat restuNya,
Seorang sahabat hatinya tulus,
Sentiasa ingat mengingati;
Demi persahabatan suci ikhlas,
Apabila tiada akan diingati.
Duhai sahabatku yang disanjungi,
Hidupmu seperti pelangi;
Apabila bertutur setulus hati,
Moga dikau menjadi sahabat sejati.
Hidup penuh keceriaan dalam keikhlasan;
Perkenalan kita tidak disengajakan;
Moga persahabatan berkekalan,
Dibalas Allah dengan keberkatan.
Jangan dipendam segala perasaan,
Sahabatmu ini sedia dengari;
Pasti hidupmu tiada kesepian,
Agar ceria hidupmu setiap hari.
Ibumu sakit hatimu bimbang,
Hatimu pilu bukan kepalang;
Jasa ibumu takkan hilang,
Kau jaganya dengan kasih dan sayang.
Irma kalau itu bagai dikata,
Akulah sahabat paling bertuah;
Gembira hati tidak terkata,
Ikatan persahabatan jangan mengalah.
Kuucapkan salam perkenalan,
Untukmu duhai sahabatku;
Di alam maya kita disatukan,
Senyumanmu menghiburkan hatiku.
Nandaku... kau bagaikan anakku,
Rangkaian kasih ibumu yang tiada;
Justeru sentiasa doakan ibumu,
Budinya membawamu ke alam Syurga.
Duhai rakanku yang dikasihi,
Balaslah cintanya kerana Allah;
Kerana itu kau akan dihormati,
Menjadi isteri soleha dalam Rahmat Allah.
Kita tak boleh menilai diri sendiri,
Tapi pandanganku kau seorang yang baik;
Jadikan usia remajamu hidup menyinari,
Moga dikau menjadi insan terbaik.
Tiga sahabat wajah berseri,
Melakukan ibadat umrah seikhlas hati;
Mendapat keredhaan Allah itu dihajati,
Murah rezeki panjang umur datanglah lagi.
Alhamdulillah syukur tidak terucap,
Kerana dikurniakan sahabat sepertimu;
Kehadiranmu penyeri hidup,
Moga sahabat dunia akhirat itu mahuku.
Semua orang berhak jatuh cinta,
Kerana itu lumrah manusia;
Cintamu ditolak jangan terasa,
Kerana hatinya sudah dimiliki cinta.
Cintailah dia kerana Allah,
Cinta seutuhnya membawamu ke Syurga;
Membalas cintamu kerana Allah,
Barulah cintamu seperti penghuni Syurga.
Rupamu menawan seindah budi,
Tutur katamu menawan hatiku;
Andai dikau menjauhkan diri,
Hancur segala ikatan murni.
Jika cinta telah tertulis di Sana,
Itulah cinta seutuhnya;
Kehadirannya membawamu ke Sana,
Bersyukurlah cintanya cintamu dalam restuNya.
Cintailah pilihanmu kerana Allah,
Jangan seiring kehendakmu;
Biarlah seiring kehendak Allah.
Pasti cintamu tiada rasa jemu.
Jangan ada benci di antara kita,
Kerana itu jauh dari rahmat Allah;
Tutur katamu seperti di Syurga,
Moga bersama di Syurga dimakbulkan Allah.
Yang baik itu dari Allah,
Yang kurang dari diriku sendiri;
Bertalisiraturrahim kita kerana Allah,
Tiada langsung perasaan iri.
Bersahabat bercinta kerana Allah,
Serasa hidup di alam Syurga;
Berkasih sayang kerana Allah,
Nikmat kehidupan seperti di Syurga.
Karya: Putri
Rimba
Niagara
5 Mei 2011
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
8 Mei 2012
Yesterday at 9:17am
·
Like
Rabeah Mohd Ali
CINTA ITU INDAH
Salam sejahtera untuk semua rakanku yang dikasihi...
Walaupun ku tak mengenali kalian
Sudilah terima puisiku sebagai tanda kasih sayang dariku untuk kalian
Moga di sini kita semua dapat berpuisi nan indah-indah
Kerana Cinta Itu Indah ...
Seindah terbitnya pelangi di malam hari
Bahasa-bahasa cinta pun indah-indah
Jika bahasa cinta itu di luar batas ...
Akan membuatkan kita rasa cinta itu menghinakan
Kerna cinta itu indah
Gunakan bahasa yang indah-indah
Cinta itu suci
Sucikan dengan ikatan murni
Barulah cinta itu menjadi CINTA SYURGA
Cinta Oh Cinta...
Ku hargai dan sanjungimu
Kerna kau membuat hati-hati berpelangi cinta
Pabila dalam hati ada taman pelangi cinta
Senyuman pun terukir
Pelangi cinta suci
Sesuci CINTA SYURGA
Pasti bahagia membahagiakan
Cinta yang terpatri di dunia
Bawa ke Syurga-Nya...
Makanya burulah cinta
Yang boleh membawa ke Syurga-Nya...
Cinta...Oh! Cinta...
Aku memburumu tak kira di mana kau berada...
Cinta kepada:
Tuhanku Yang Mencipta Alam ini
Semua penghuni bumi dan langit
Bahagia rasa hati pabila hidup
Mencintai semua yang ada
Kerana-NYa
Sebab itulah CINTA ITU INDAH!
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
2 Mei 2012
Yesterday at 9:39am
·
Like
Love Manja
Like so much..
Yesterday at 9:53am
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
Terima kasih Love Manja...moga persahabatan kita seperti ahli-ahli Syurga dan bersama di Syurga nanti. Aamin.
Yesterday at 10:02am
·
Like
Love Manja
Aameeen kak
Rabeah Mohd Ali
... doakan saya ye?
Yesterday at 11:05am
·
Unlike
·
1
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
9 Mei 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment