Sasteraku Duniaku
Wednesday, 9 May 2012
SINARKAN TALISIRATURRAHIM INI DENGAN SINARAN NUR IMAN
Putri Rimba shared
Mardiah Hj Karim
's
photo
.
BERTALISIRATURRAHIM HANYALAH MAHUKAN REDHA-MU
Ya Allah talisiraturrahim itu
sesuatu yang amat Kau sukai
makanya jika ada dalam bertalisiraturrahim itu tidak sewangi hatiku hatinya makanya wangikan dengan sinar Nur Iman
agar persahabatan kami sentiasa berbaur keimanan
bukan mengundang prasangka yang mengheret kami ke lembah kehinaan-Mu
aku tak mahu Ya Allah
aku tak mahu setelah bertalisiraturrahim
kerna berprasangka antara kami akhirnya menjadi kebencian dan akhirnya menjadi dendam yang tidak kesudahan...
jika itu wujud Ya Allah
ampunkan aku
ampunkan dia
ampunkan semua
kerna kami jahil dalam menjaga
hubungan bertalisiraturrahim kerana-Mu
Jika terjalin talisiraturrahim
jagakan lidah kami daripada
saling menyakiti
saling menfitnah
saling berdengki hati
saling cemburu
saling merendahkan
saling menghina
saling berbangga diri dengan ilmu yang setitis cuma
saling sepi menyepi
saling tidak bertanya kabar
saling tidak berkomunikasi
hanya mementingkan diri sendiri
kedekut ilmu yang ada
sibuk mengejar dunia
sibuk dengan kerja dunia
Jauhkan kami dari persahabatan yang saling mementingkan diri sendiri
dan hati yang penuh kebusukan mahu memusnahkan hidup dunia dan akhirat kami...jauhkanlah Ya Allah...jauhkanlah Ya Allah
Cuma yang ada dalam persahabatan kami....
Saling sokong menyokong
Saling berbagi ilmu dunia akhirat
Saling berbelas kasihan
Saling sayang menyayangi
Saling faham memahami
Saling hormat menghormati
Saling bantu membantu
Dengan terjalin talisiraturrahimi yang ikhlas kerana-Mu
Mengundang rahmat dari-Mu
Moga keberkatan kami bertalisiraurrahim kerana-Mu
Pabila sampai masanya nanti Kau redhai di hari kematian kami
Itulah yang kami dambakan dalam bertalisiraturrahim
Moga Kau Perkenankanlah Ya Allah
Menghadirkan sahabat bertalisiraturrahimi
Hanya untuk mendapat keredhaan-Mu
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
9 Mei 2012
3 hours ago
·
Like
MEMBURU HIDAYAH ALLAH
MENGUNDANG REDHA ALLAH
Duhai...teman...
Aku selalu berangan-angan
Agar aku memiliki teman-teman budi bahasanya semurni hati
Bersih kalbunya seperti bayi baru dilahirkan ke dunia...
Bukan bermaksud mengatakan aku insan yang terlalu baik
Tapi niat di hatiku hanyalah mahukan kebaikan
Baik tutur kata semurni hati...
Aku impikan bahasa-bahasa Syurga...
Aku impikan berurusan dengan insan yang berhati murni
Insan yang impikan hidup di dunia bagaikan Syurga
Sebelum melangkah ke Syurga sebenar ..Aamin
Kalau mahu masuk Syurga
Mesti ikhlas
Ikhlas bermakna segala yang dilakukan kerana Allah
Bukan kerna mahu mendapatkan balasan Syurga
Syurga adalah tempat yang paling istimewa yang dikhususkan
kepada semua hamba-Nya yang diredhoi-Nya
Makanya jika mahu redho Allah
Hidayah perlu ada dalam diri
Hidayah tak datang sendiri
Perlu dicari dan diusahakan bersungguh-sungguh
Bukan sambil lewa
Kalau sambil lewa ...
Tahu-tahu sudah ada di alam kubur
Menyesal pun sudah tak guna lagi
Makanya semasa ada usia yang tersisa ini
Dan masih ada peluang
Kita usahakan sungguh-sungguh
Untuk mencari hidayah Allah
Jika hidayah Allah
Tersirna di qalbu
Insya-Allah
Redha Allah dikabulkan Allah
Itulah yang kita dambakan
Dalam hidup ini
Pulang ke negeri abadi
Dalam redha Ilahi
Sebuah negeri yang tiada penamatnya
Yang tiada kematian selepas itu
Hidup sampai bila....bila....tiada noktah
Dengan DiKurniakan nikmat Syurga
Akan tiada penderitaan ujian selepas itu
Yang ada bahagia abadi selama-Nya
Dan nikmat paling nikmat di Syurga kelak
Apabila dapat melihat Allah Azzawajallah
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Moga kita terpilih menjadi hamba yang
DiRedhoi Allah di kala hidup dan mati
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
9 Mei 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
9 Mei 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment