Sasteraku Duniaku
Saturday, 30 June 2012
SAYANGKU SAYANGMU (69) - ALLAH SWT SENTIASA MENCURAHKAN AKU ILHAM SYUKUR ALHAMDULILLAH
Putri Rimba Niagara shared
Lisa Arif
's
photo
.
m
masih ada dayaku
lukisan kanvasku
tiada henti
tidak mungkin berhenti
walau menyulur datangku
aku gagahi
dengan tekad tersemat
kupalit menjadi lambang bererti
kukumpul segala dayaku
kerna aku sedar
aku sentiasa berperang
antara hatiku sendiri
ilhamnya sentiasa ada
tersemat untuk diluahi
semerbak mewangi
luhur dari ketulusan hati
By: Lisa Ariff
30 Jun 2012
8 hours ago
·
Like
TANGISAN SI PUJANGGA
aku ingin menulis
menulis yang
mengundang Nur Hidayah Kasih-NYa
tapi telah disalah artikan
katanya karyaku menyakitkan hati
ALLAHU AKHBAR!
Telah kuberdoa pada Tuhan
Jika aku menulis karya yang menyakitkan hati
pembaca...rela kukakukan jemariku ini dari berpena ...tapi hingga sekarang Allah SWT sentiasa mencurah ilham kepadaku
SYUKUR YA ALLAH...Kau saja yang memahami aku yang suka menulis sejak kecil lagi...dan aku akan menulis sehingga terhenti nafas terhentilah pena Insya Allah Aamiin. Moga karya yang kutulis ada nilaian di Sisi-Mu. Aamin Ya Rabbal A'Lamin.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
8 hours ago
·
Like
KENAPA AKU BEGINI KENAPA KAU ANGGAP BEGITU?
Engkau ni keturunan puteri ke?
Engkau suka berlagak kan?
Meluat aku...
Weeii kau cermin sikit muka kau tu
Harap mekap je lebih
Buang mekap
Tengok...
Hodoh....
Maka dari itu cermin sikit
Engkau tu siapa...
Aku sentiasa sedar diri
Aku siapa
Yang tak secantikmu
Yang tak semudamu
Aku memang tak setandingmu
Ha sedar pun
Habis tu kenapa
Kau berlagak macam
Seorang puteri raja
Tak malu ke
Perasan?
Salah ke aku
Menghargai kecantikan
Kurniaan dari Allah
Kalau kau nak tahu
Jika aku tak bermekap
Wajahku hodoh
Kalau ditarik lapisan kulit
Wajahku ini lagi hodoh
Seperti tengkorak berjalan
Termasuk juga wajah
Engkau tanpa kulit di wajah
Engkau boleh bayangkan
Jadi apa nak dikesahkan
Pada kecantikan yang
Sementara ini...
Habis tu kenapa kau
Berwatak seperti puteri diRaja
Kau perasan nak jadi puteri ke
Putera mana yang hendak
Kau pikat dan
Putera mana yang akan terpikat
Denganmu
Lainlah aku cantik dan masih muda
Tak perlu mekap pun dah cantik
Sekali aku senyum 10 yang terpikat
Tapi aku tak semudah itu terpikat
Selagi dia itu bukan bergelar jutawan atau kerabat diRaja
Yelah kau cantik dan muda
Aku doakan apa yang kau impikan berjaya...
Tak perlu kau doakan sudah ada pun
Cinta gila-gila dengan aku
Kerana kecantikan aku
Aku pun anak orang berada
Makanya kenalah setaraf denganku
Syukur Alhamdulillah
Moga kau bahagia sahabatku
Tapi kenapa kau masih nak cemburu dengan aku
Kau sudah memiliki segalanya pesona dunia
Yang diimpikan oleh semua orang....
Habis yang kau berlagak macam puteri tu
Tak pesona dunia ke tu...
Teman...aku ini cuma
Menghayati watakku
Sebagai seorang puteri rimba
Yang tinggal bersama dengan
Penghuni rimba niagara
Takkanlah memegang watak
Sebagai puteri rimba pun
Nak cemburu....
Lainlah puteri untuk manusia
Bolehlah kau cemburu
Nasib baik puteri rimba
Kalau puteri istana memang aku cemburu
Dengan haiwan apa nak dicemburukan
Kalau cemburu juga aku lebih teruk daripada haiwan
Tak nak aku....
Tahu tak apa...
Mulai hari ini kau jangan cemburu ye
Kau beri saja sokongan/dukungan padaku
dunia sastraku agar aku dapat berpena
Dengan tenang tanpa ada rasa iri hati
Keikhlasan sokonganmu dalam karya
SASTERAKUDUNIAKU! amat kuharapkan darimu teman...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
8 hours ago
·
Like
AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN
Jangan risau duhai Raisya Scorp...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
PUTRI RIMBA NIAGARA
30 Jun 2012
8 hours ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA & LISA ARIFF)
1 Julai 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment