Sasteraku Duniaku
Tuesday, 19 June 2012
SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO SENTIASA UTAMAKAN RAKYAT
Putri Rimba Niagara shared
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro
's
photo
.
Terimakasih salam
Like
·
·
Share
·
9 hours ago
·
Public
Friends
Only Me
Custom
Close Friends
sek men keb port dickson
See all lists...
Perkhidmatan Minda Kreatif
Family
Acquaintances
Go Back
Prabu Sri Narayana KusumaKuningan
likes this.
SULTAN BROTOWIJOYO YOSODIPURO
Sultan Brotowijoyo Yosodipuro
Tuankulah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
Kerana perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
Agar ikatan Raja dan rakyat sentiasa berpadu
Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
Saling sokong menyokong
Saling menghargai
Agar suatu masa
Nanti
Dapat
Diwariskan
Pada
Anak cucu
Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
Agar mereka tahu
Bahawa
Moyang mereka yang terdiri daripada
Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
Demi tanahair tercinta
Tempat tumpah darah kelahiran
Raja dan rakyat
Saling berkorban dan berjuang demi
Anak bangsa dan negara tercinta
Kerana mahu memakmurkan bumi ini
Tak kira siapa
Raja atau rakyat
Kerana semuanya sama di sisi-Nya
Kerana setiap hamba-Nya adalah khalifah di bumi ini
Sudah bersumpah setia sejak azali lagi
Memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
Dalam limpahan Nur Hidayah Kasih-Nya dan redha-Nya!
Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
Yang bergelar khalifah di bumi ini!
Moga segala perjuangan suci ini
Sampai ke negeri pasti
Dalam redha-Nya dan balasan cinta-Nya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Jun 2012
9 hours ago
·
Like
PANTUN PERTAHANKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU
Tangan berjabat senyuman terukir,
Terjalin sudah ikatan dua negara;
Dunia bersorakkan kedamaian terukir,
Ikatan raja dan rakyat sentiasa mesra.
Senyuman terukir seikhlas hati,
Nampak menawan mendamaikan jiwa;
Pengorbanan raja sentiasa disanjungi,
Dihargai sepenuh jiwa dan raga.
Raja adil Raja berdaulat,
Disanjungi rakyat di mana berada;
Raja berjasa sentiasa didaulat,
Karena pengorbanan Raja rakyat sejahtera.
Rakyat sayangkan Institusi DiRaja,
Raja pertaruhkan nyawa demi kemerdekaan;
Lambang kasihnya Raja kepada rakyatnya,
Makanya Institusi DiRaja akan dipertahankan.
Tiada Raja tiada negara,
Tiada negara tiada rakyat;
Bersatu hati demi negara,
Majulah negara demi rakyat.
Walaupun sejarah telah lama ditinggalkan,
Tapi sejarah tidak akan dilupakan;
Makanya jasa bakti Raja tidak akan dilupakan,
Dunia akhirat mendapat ganjaran.
Raja dan rakyat bersatu hati,
Saling faham memahami;
Berkorban demi rakyat dikasihi,
Ikatan raja dan rakyat kekal di hati.
Rakyat hargai raja,
Raja hargai rakyat;
Saling menghargai jasa,
Demi negara dan rakyat.
Negara aman rakyat sejahtera,
Institusi DiRaja sentiasa didaulatkan;
Dipertahankan hingga ke akhirnya,
Agar sejarah kesultanan melayu dimartabatkan.
Sejarah kesultanan melayu dimartabatkan,
Akan majulah bangsa melayu di seluruh dunia;
Raja melayu sentiasa didaulatkan,
Negara asing memartabatkan jua.
Dunia melayu dunia kita,
Rumpun nusantara melayu;
Bersatu hati untuk Raja kita,
Raja kita memartabatkan hak melayu.
Hak melayu hak rumpun nusantara,
Saling mempertahankan demi melayu;
Sumpah Hang Tuah kian membara,
Pertahankan Institusi DiRaja melayu.
Selagi nyawa di kandung badan,
Akan dipertahankan Institusi DiRaja;
Karena itu lambang perpaduan,
Raja dan rakyat berpisah tiada.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Jun 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
18 Jun 2012)
9 hours ago
·
Like
JANGAN RASA DIRI TERPENCIL
Apa bedanya Raja dan rakyat?
Memang banyak berbeda
Bagaikan langit dengan bumi
Apa bedanya Raja yang tak dihargai pemerintah
Dengan rakyat yang tak dihargai pemerintah
Bagaikan langit dengan bumi
Kenapa?
Raja yang diketepikan pemerintah
Suaranya masih didengari rakyat
Jika yakin akan bangkit satu masa
Suara-suara rakyat bergema
Di seluruh pelosak dunia
Mahukan Raja mereka didaulatkan
Kalau itu terjadi
Pasti
Pemerintah akan akur
Jika tidak...
Akan kucar kacir negara yang merdeka
Pemerintah mesti tahu sejarah Kesultanan Melayu
Kerana Kedaulatan Raja yang sanggup mempertahankan
Kemerdekaan negara hingga sanggup mempertaruhkan nyawa
Pada penjajah yang tiada perikemanusiaan
Demi rakyat dan negara tercinta
Justru mana bisa mungkin pemerintah mengenepikan Institusi diRaja
Hakikatnya Raja dan rakyat saling memerlukan
Karena rakyat itu juga adalah pemerintah
Karena di tangan rakyatlah menentukan pemerintah
Makanya jangan pernah
Raja rasa dirinya terpencil!
Rakyat juga jangan pernah rasa dirimu terpencil!
Sama-samalah bangun dari lena yang panjang
Mempertabatkan Kedaulatan diRaja Melayu
Tidak kira di mana berada di muka bumi ini...
Pasti pabila yakin...
Makanya terealisasilah
Kedaulatan diRaja Melayu
di Bumi ini dengan sejahtera
Syukur Alhamdulillah
Allah SWT perkenankan perjuanganku...
hambanya yang kerdil ini
Amin Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
12 Mac 2012
8 hours ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
20 Jun 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment