Sasteraku Duniaku
Friday, 6 July 2012
SAYANGKU SAYANGMU - (113) - MOGA CINTAMU MENJADI KENYATAAN DINDA
ptions
Zetty Endless Love
RAHSIA KOTA CINTA
CINTAKU TAK PERNAH PADAM UNTUKMU KASIH
Kasih...
Sememangnya kita saling cinta mencintai
Cinta kita tiada bersyarat
Siapapun kamu
Kuterima dalam redha
Kerana bukan harta yang menjadi nilaian cintaku
Kuterimamu apa adanya kamu
Kasih...
Tiga tahun kita bercinta
Tanpa pernah berjumpa di alam realiti denganmu
Alam maya menyatukan cinta kita...
Kasih...
Kita saling cinta
Kita saling sayang
Perasaan cinta ini
Hingga sekarang masih ada lagi kasih
Biarpun ombak tak pernah kenal
Apa itu cinta
Dia akan terus membadai...dan membadai...
Selagi mampu kupertahankan cinta suci kita
Kasih...
Bahagia...memang bahagia
Biarpun kau jauh di sana
Tapi sikapmu yang selalu mengambil berat
Ke atas diriku...membuatkan hatiku bertambah kasih padamu
Kasih...
Sehingga aku terlantar sakit
Untuk menjalani pembedahan
Menentukan antara hidup dan mati
Kau tak jemu-jemu mendoakan
Agar aku selamat dari menjalani pembedahan
Berkat doamu yang tulus ikhlas aku selamat
Syukur Alhamdulillah Tuhan masih panjangkan
Nyawaku untuk meneruskan percintaan kita
Kasih...
Tak tidur malam aku pabila kita
Merancang untuk mengikat percintaan kita
Dengan tali perkahwinan
Rasanya bagaikan mimpi saja
Yang kau dan aku akan disatukan
Dua hati yang terpisah selama ini
Terlalu amat membahagiakan aku
Di kala itu
Terbayang kau menyarungkan
Cinta bertahtakan permata dari Syurga...
Subhanalah kebahagiaan yang tak dapat
Hendak kubayangkan...
Kasih...
Dalam asyik kita merancang
Tiba-tiba badai datang membadai...
Menghalang percintaan kita
Kedua orang tuamu menghalang sekeras-kerasnya
Kasih...
Berita keengganan kedua orang tuamu
Menerima aku menjadi menantu mereka
Bagaikan petir menyambar tangkai jantungku
Mahu rasanya jantungku berhenti berdegup
Berhari-hari aku menangis
Mengurungkan diri di kamar sepi....
Sambil membuka jendela
Memerhatikan ombak memukul pantai
Lagi hatiku pilu bagaikan disayat-sayat
Makan tak lalu tidur tak lena
Asyik terkenangkanmu
Kasih...
Kau tak jemu merawat lukaku
Meyakinkan aku bahawa
Cintamu hanya untukku
Dan kau sanggup menerimaku
Walaupun di tentang oleh keluargamu
Kasih...
Maafkan aku kerana tak dapat menerimamu
Bukan aku tak cinta dan sayang padamu lagi
Tapi aku tak mahu keranaku
Kasih sayang antara ibu dan anak terpisah
Dan aku tak mahu kau menderhaka kepada kedua orang tuamu
Makanya aku rela lepaskan cinta...
Kasih...
Maafkan aku
Sejujurnya hati ini masih mencintaimu
Sampai kapan pun!
Kasihku padmu hanya maut yang memisahkan kita
Biarpun kita tak dapat hidup bersama
Tapi di hatiku cintamu sentiasa ada untukku
Kasih...
Andaikata ada jodoh kita...
Kan kukatakan pada diri
Takkan kulepaskan cinta kali ini
Kerana kutahu
Ketentuan Takdir Cinta-Nya adalah milikku dan dirimu
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Karya: Putri Rimba Niagara
6 Julai 2012 (Kisah kehidupan percintaan
Zetty Endless Love
)
Like
·
·
3 hours ago
·
Zetty Endless Love
and
2 others
like this.
Suhaimi Abd Hamid
moga yang terbaik buatmu dear
Zetty Endless Love
3 hours ago
·
Like
·
1
Zetty Endless Love
insyaallah, terimakasih
3 hours ago
·
Like
·
1
Suhaimi Abd Hamid
buat yg terbaik buatmu dan berdoalah pada illahi agar bertemu kembali bersamanya
3 hours ago
·
Like
·
1
Zetty Endless Love
insayaalah, semauga bgitu hendaknya
3 hours ago
·
Like
·
1
Suhaimi Abd Hamid
amin
3 hours ago
·
Like
·
1
Kamat Abas
amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
..!!!
3 hours ago
·
Like
·
1
Zetty Endless Love
hahahahha
3 hours ago
·
Like
Options
Rabeah Mohd Ali
MOGA SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPKU KASIH DAN CINTA-NYA SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI...PASTI JIWAKU PUN SESEJUK EMBUN DI WAKTU PAGI SETENANG AIR DI KALI SYURGA SETENANG JIWA YANG INGIN TENANG TIKA BERTEMU DENGAN TUHANKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Like
·
·
3 hours ago
·
Khai Noor
,
Irma Sri Kabulatirin
and
Tengku Zubir
like this.
Irma Sri Kabulatirin
Yaa Allah, tolonglah hamba Mu ini
Rabeah, rasanya aku ga kuat lagi
3 hours ago
via
mobile
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Ya Allah ...tolong beri kekuatan pada sahabatku ini Ya Allah
Yang sedang menghadapi dugaan yang amat berat Ya Allah
Tolonglah Ya Allah Tolongla Ya Allah aku merayu sepenuh jiwa dan ragaku pada-Mu
3 hours ago
·
Like
·
1
Zetty Endless Love
Zetty Endless Loves Fans Club
Asalamualaikum, selamat pagi rakan rakan kelab
Like
·
·
4 hours ago
·
Zetty Endless Love
and
Junaida Mohd Arop
like this.
Junaida Mohd Arop
W'SALAM & SELAMAT PAGI MY DEAR :))
4 hours ago
·
Like
·
1
Zetty Endless Love
semuga ceria pagi ni sis
3 hours ago
·
Like
·
1
Lya Alam Maya
wsalam selamat pagi
Zetty Endless Love
..ceria ea..
3 hours ago
·
Like
·
1
Zetty Endless Love
Terimakasih jwb salam zee
3 hours ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Waalaikummusalam...moga cintamu menjadi kenyataan dinda. Aamiin.
2 seconds ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA GRUP RAHCIA KOTA CINTA & PUTRI RIMBA NIAGARA)
7 Julai 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment