Sasteraku Duniaku
Friday, 13 July 2012
SAYANGKU SAYANGMU - (172) BERKASIH SAYANG DALAM REDHA ILAHI
ptions
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Duhai kawan yang baik budi...
Dari usia remaja hingga ke usia senja
Yang kupertaruhkan dalam hidupku
Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
Sebab itu diriku adalah lilin
Sampai akhir hayat pun tetap lilin
Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
Di sepanjang hidupku ini
Aku muhasabah diri
Diriku tetap insan yang tak sempurna
Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
Menjadi insan yang sempurna
Tempat aku muhasabah diri
Ada di Rimba Niagara ini
Aku jumpa dengan dunia sebenarku
Inilah dunia yang kuimpikan
Biarpun pada pandangan mereka
Cumalah fantasi dan angan-angan
Tapi aku yakin dengan duniaku
Kerana suara hati tak pernah menipu
Di sini aku mendapat
Kasih semurni hati
Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
Kata-kata semanis gula
Kata-kata seiring hati
Kami selalu bercanda
Tapi bercanda tiada menyakitkan
Hati atau sengaja untuk menyindir
Berkaryalah aku semahuku
Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
Tanpa ada rasa iri hati
Di Rimba Niagara ini
Semakin hari semakin sayang
Bukan semakin hari semakin benci
Sekali tangan berjabat
Tersimpul mati hingga ke mati
Di Rimba Niagara ini
Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
Semuanya saling berkorban
Biarpun nyawa jadi taruhan
Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
Penghuninya bersatu hati
Saling sokong menyokong
Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
Setiap bakat penghuni rimba dihargai
Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
Kerana di sini tiada dengki mendengki
Dendam mendendam
Yang ada cumalah
Kasih sayang semurni hati
Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
Sebab itu pesona dunia
Bukan matlamat kami
Kerana matlamat kami
Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
Agar tenang roh dan jasad
Setenang Air di Kali Syurga
Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja
Maka kami berazam selagi hayat ada
Digunakan semaksima mungkin
Untuk terus saling sokong menyokong
Ke jalan-jalan yang di Redhai
Sebagai bekalan di hari mati
Makanya di Rimba Niagaralah
Tempat igauanku dalam mimpi
Yang kularikkan dengan tinta-tinta
Kasih dan cinta kerana-Nya
Biarpun sekadar mimpi ilusi
Tapi ku yakin jika
Allah Robbul Idzati berkata
KUN FAYAKUN
Maka jadilah
CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
Jadi realiti
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
12 Julai 2012
Like
·
·
Unfollow Post
·
Yesterday at 8:07am
DG Kumarsana Kum
likes this.
ptions
Rabeah Mohd Ali
NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
dua negara berjiran
sehati sejiwa
senada seirama
berpadu kasihkan negara
negaramu kukasih
negaraku kau sayang
bila kasih sudah terpatri
tak akan ada
benci membenci
dengki mendengki
dendam mendendam
jatuh menjatuh
yang ada
saling mempertahan cinta bernegara
kau pertahan negaraku
aku pertahankan negaramu
saling mempertahankan
itulah lambang cinta sejati
antara dua negara
bila cinta sejati terpatri
di kalbu setiap rakyat
negaramu negaraku
kebudayaan negaramu disanjung
kebudayaan negaraku dijunjung
Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :
Institusi diRaja Melayu
Kepahlawanan Melayu
Bangsa Melayu
Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
karerna dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!
Karya Putri Rimba Niagara
11 Julai 2012
Like
·
·
Unfollow Post
·
Wednesday at 5:01pm
DG Kumarsana Kum
likes this.
Options
MARILAH KITA BERDAMAI DEMI GENERASI MASA HADAPAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA
Sahabat Indonesia:
Tuanku paduka harapanku tuanku paduka bisa menjaga kekayaan budaya kita jangan sampai di curi lagi oleh Malaysia
Duhai saudaraku dari benua Indonesia...
Putri Rimba Niagara:
Malaysia tak curi kekayaan budaya Indonesia
Kalian silap sebenarnya...
Malaysia dan Indonesiakan berjiran dan merupakan Rumpun Melayu Nusantara
Malaysia cuma menghargai saja..apa salahnya kita saling menghargai khazanah warisan bangsa melayu demi anak cucu?
Sepatutnya kita berbangga kerana ada negara lain sudi menghargai kebudayaan negara Indonesia setidak-tidaknya boleh mengharumkan nama negara Indonesia itu sendiri ...bukankah Islam menggalakkan kita saling memberi dukungan/sokongan dan dapat menjalinkan ukhuwah antara dua negara.
Seperti karya-karya saya diusahakan oleh YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...saya izinkan bukan memikirkan itu adalah khazanah kerajaan Malaysia tapi demi Khazanah Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.
Maka dengan itu saya merayu janganlah menuduh negara saya mencuri khazanah warisan kebudayaan Indonesia...kerana ini adalah satu kesilapan yang tak perlu diungkit-ungkit lagi. Marilah kita berdamai dan saling menghargai kekayaan khazanah warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.
Apa yang kita sumbangkan hari ini adalah
HADIAH DARI KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!
Tangan ku hulur memohon kemaafan bagi pihak negaraku..bisa nggak terima...duhai saudaraku dari benua Indonesia yang dihormati sepenuh jiwa dan ragaku.
Moga dengan perdamaian ini mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya.
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
Dengan Ingatan tulus Ikhlas daripada:
Putri Rimba Niagara
11 Julai 2012
Like
·
·
Unfollow Post
·
Wednesday at 4:40pm
DG Kumarsana Kum
likes this.
Options
ptions
ptions
SEINDAH BULAN YANG PUNYA HATI BERBUNGA CINTA SYURGA
Rakan Sastra/Sasteraku Yang Disanjungi...
Setiap rakan sastraku adalah Permata Dari Syurga
...
Continue Reading
Like
·
·
Unfollow Post
·
Wednesday at 8:36am
DG Kumarsana Kum
likes this.
ptions
CINTA DI PERDU RINDU
Kalau cinta kenapa hatiku kau lukai
Kalau kasih kenapa hati bicara tak seiring kata-kata
Apalah maknanya cinta dan kasih
Tapi disakiti dan disepikan
Dan biarlah derita cintaku ini
Senasib si pungguk rindukan bulan
Tak jemu-jemu merindukan bulan
Tapi bulan terus membisu dalam sepi
Wajarkah aku terima cinta terluka
Setelah kesetiaanmu melafazkan janji
Cumalah kepalsuan...
Aku rela berputus cinta denganmu
Daripada aku putus cinta dengan Allah Robbul Idzatii
Perpisahan ini kau yang pinta
Kerana kau akui sendiri kau sudah bahagia
Di samping dia yang kau cinta...
Dan demi kebahagiaanmu itu
Biarlah aku undur diri
Dari terus-terusan melukakan
Hatimu hatiku
Dan aku mendoakan
Kebahagian untukmu
Apapun kuucapkan terima kasih
Kerana sudi singgah
Di laman cintaku
Dan cinta di antara kau dan aku itu
Kubingkaikan menjadi
Novel Cinta ...
Yang Syahdu Di Perdu Rindu
Cinta Terluka
Si Pungguk Rindukan Bulan
Seumur hidup kau dan aku
PUTRI RIMBA NIAGARA
10 Julai 2012
Like
·
·
Unfollow Post
·
Tuesday at 8:10am
Naga Pamungkas
and
2 others
like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA MALAYSIA & BRUNEI)
13 Julai 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment