Sasteraku Duniaku
Wednesday, 18 July 2012
SAYANGKU SAYANGMU - (240) - CINTA MELEPASI HINGGA LANGIT KE TUJUH
Putri Rimba Niagara shared
Sham Kamikaze
's
photo
.
Menyusuri jalan yang panjang, semoga Allah SWT pandu kita ke jalan yang lurus.
Unlike
·
·
Unfollow Post
·
Share
·
2 hours ago
·
Public
Friends
Only Me
Custom
Close Friends
sek men keb port dickson
See all lists...
Perkhidmatan Minda Kreatif
KEDATONKRATONPESONAWISATAWAHYUUTAMA -YOGYAKARTAINDONESIANUSANTARALABORATORIUMPESONAWISATADUNIA
Family
Acquaintances
Go Back
You like this.
Edit
Delete
BERTEDUH DI BAWAH LEMBAYUNG NUR KASEH ILAHI
BERSAMALAH KITA MENJADIKAN HATI EMAS
YANG ADA NILAIAN DI SISI-NYA
Semua orang ada akal yang diKurniakan Allah SWT
Akal amatlah berharga pada jiwa yang bergelar insan
Tiada akal samalah taraf kita dengan haiwan
Malah haiwan lebih berakal dari kita jika kita gagal
Menggunakan fungsi akal...
Bilamana orang kata kita tak berakal
Kita akan melenting marah
Justru akal amat bermakna bagi seseorang insan
Tapi kenapa kita ada akal
Masih lagi membutakan mata
Menutup serapatnya dinding hati?
Merasakan kitalah yang sempurna hebat
Kita sewenangnya berbuat zalim
Di muka bumi ini
Pada manusia, pada alam dan pada diri sendiri
Kita tafakur sejenak
Kita hendak ke mana?
Kita hendak ke kanan
Atau ke kiri?
Kalau ke kanan ke Syurga
Kalau ke kiri ke neraka
Pasti kita akan pilih Syurga
Pasti kita akan tolak neraka
Tapi untuk ke Syurga
Pasti banyak dugaan yang akan diuji-Nya
Itu adalah lambang cinta dari-Nya
Yakinkanlah itu
Kita memanglah insan
Yang tak pernah sempurna
Semua orang ada melakukan kesilapan pada-Nya
Tapi dengan sifat-NYa Yang Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang DIA sentiasa mengampunkan
Hamba-Nya selagi hamba-Nya ikhlas dalam melakukan
amal ibadat
Dengan sifat-Nya Yang Maha Pengampun atas segala
Dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya
ALLAH SWT tidak mengira bermulanya kamu
Tapi Allah SWT mengira berakhirnya kamu
Mati dalam kebaikan
Atau mati dalam kejahatan
Maka semuanya mahukan mati dalam kebaikan
Jika hari-hari kebaikan adalah amalan hidup kita
Insya-Allah mati pun dalam kebaikan
Begitulah sebaliknya jika hidup dan mati kita
Tiadalah langsung mahu terbuka hati untuk
Menuju ke jalan-jalan-Nya
Gimana cahaya Nur Hidayah Kasih-Nya
Mahu menerobos ke hati kita?
Kita sendiri yang mendindingkan hati kita
Sebab apa bukankah kita sudah diberi akal
Untuk memilih jalan ke Syurga atau ke neraka
Kita boleh fikir sendiri dan muhasabah diri
Kita selalu kata hidup ini setetes cuma
Sedangkan kita asyik leka dengan pesona dunia
Bekalan kita untuk dibawa ke negeri pasti
Kita tak pasti banyak mana
Kalau kita pasti bekalan kita banyak
Tapi disebabkan tak ikhlas dan riyak
Bekalan itu pasti memakan diri kita sendiri
Maka dari itu kita sentiasalah
Memberi ruang-ruang di hati kita
Untuk berteduh di bawah Lembayung
Nur Kaseh Ilahi
Insya-Allah Nur Kaseh-Nya sudi
Singgah di hati kita yang berjerubu itu
Dan bila Nur Kaseh-Nya tersirna di hati kita
Pasti kita sudah tidak lagi
Terlalai dengan pesona dunia
Yang ada di hati mahu menjadi hamba-Nya
Yang mahu berazam sepenuh hati
Membawa bekalan-bekalan akhirat
Yang ikhlas lagi diredhai-Nya
Tanpa ada wujud perasaan riyak
Atau menzalimi orang lain atau diri sendiri
Punya Penyayang-Nya Allah SWT pada hamba-Nya
Hamba-Nya sudah berniat baik pun sudah dikira
Ganjaran pahala berganda-ganda belum lagi
Melakukan...SUBHANALLAH Maha Baik-Nya Allah SWT
Pada kita...
Semua kebaikan itu asalnya daripada niat
Niat itu asalnya daripada hati
Baik hati seorang hamba-NYa itu
Maka keseluruhan jasad itu akan menjadi baik
Hati pula bersangkut paut dengan ruh
Jika hati ruh kita selari dengan hati jasad kita
Makanya beruntunglah kita berhidup di muka bumi ini
Bilamana keluarnya ruh dari jasad
Makanya ruh itu yang di angkat malaikat
Bertemu Tuhan
Jika hati roh tersebut busuk menjijikkan
Tuhan perintahkan malaikat-Nya
Menghumbankan roh tersebut
Ke neraka jahannam
Nauzubillah minta dijauhkan!
Rugilah kita hidup puluhan tahun
Bila sudah masanya kita bertemu Tuhan
Tapi kita tak dapat bertemu Tuhan
Yang Maha Agung Dengan Kasih Sayang-Nya
Tidak mahu bertemu kita kerana
Keegoan kita semasa berhidup di dunia
Menyesal pun sudah tak berguna
Menangis air mata darah pun
Tak akan dapat menebus penyesalan kita
Sebelum kita menyesal yang sudah tak tertebus
Selagi ada ruang peluang dan masa
Ayuh kita sama-sama
Membersihkan hati
Dengan mempersiapkan amalan kita
Untuk dibawa pulang Ke Pangkuan Ilahi
Berkat revolusi untuk membersihkan hati ini
Yang tak berharga untuk menjadi hati emas
Yang ada Nilaian di Sisi-Nya
Insya-Allah Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
'JIKA KITA CINTAKAN DUNIA... AKHIRAT AKAN TINGGALKAN KITA
JIKA KITA CINTAKAN AKHIRAT... DUNIA AKAN MENGIKUTI KITA'
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Julai 2012
2 hours ago
·
Like
SEKALI JATUH CINTA ABADI SELAMA-NYA
Terima kasih duhai teman penawar imanku ...
Kaulah kamus kalbu hati ini
Kau seperti pendeta duyung
Yang menjadi bahan rujukan penghuni duyung
Kalbumu suci dalam iman di sinari Nur Ilahi
Hati mu tiada berjerubu mencemburui
Semuanya kau kasih dalam iman
Semuanya kau hormati dalam kasih suci
Biarpun hidupmu dihabiskan dengan ilmu dunia akhirat
Yang pasti kau mahu menjadi hamba-Nya berjiwa hamba
Biarpun namamu tidak mendapat sanjungan daripada manusia
Asalkan kau dikenali oleh seluruh penghuni langit
Dan Allah Azzawajallah sentiasa meredhaimu
Itulah yang kau dambakan dalam hidupmu
Sepanjangan masa dan tanpa batas waktu
Untuk terus-menerus bernafas
Dalam kalimah suci-Nya
Agar menjadi bukti cintamu pada-Nya
Kekasih yang kau puja
Seumur hidupmu
Sehingga nafas terakhirmu
Kaulah hamba suci moga keikhlasanmu mencintai-Nya
Dibalas menjadi roh suci dengan ketenangan pabila
Di hari Pertemuanmu dengan Kekasihmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Indahnya di saat itu..
Hanya DIA dan kau yang mengerti...
Itulah CINTA YANG KAU DAMBAKAN
Di kala hidup di dunia dulu
Dan direalitikan cintamu
Bukan hayalan tapi
Pastinya realiti
Kerana bila DIA berjanji pasti ditepati
Dugaan yang diberikan padamu
Adalah lambang cinta-Nya padamu
Sekali kau jatuh cinta pada-Nya
Tak akan terpadam
Abadi selamanya
Itulah cinta yang kau, aku dan semua para kekasih-NYa
Dambakan selagi jantung berdetak
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Julai 2012
16 hours ago · Like
SEPUTIH KAIN KAFAN SETANGGI SYURGA
Duhai rakan sebaik umat Nabi Muhammad SAW
Moga kasih sucimu...
Kasih suci kita
Kasih suci semua ahli grup DRSB
Sentiasa mewangi
Sewangi setanggi dari Syurga
Ketika balutan kain kafan
Ke jasad kita
Roh di angkat malaikat
Bertemu Kekasih yang dipuja
Berbauan setanggi dari Syurga
Dan cinta yang terpatri di dunia
Di angkat hingga melepasi
Ke langit ke tujuh
Indah-Nya pertemuan
Di kala itu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Syurga layak untukmu untukku untuk semua
Memiliki-Nya tanpa ada
Garisan pemisah
Cinta antara hamba dengan Pencipta-NYa
Hanya kerana DIA layak dicintai
Pasti cinta berbalas cinta
Cinta Berbunga-bunga Syurga
Tanpa penghujung
Tanpa noktah
Dan tiada siapa yang dapat memisahkan
Cinta hamba dengan Tuhan-Nya
Jika ada yang cuba
Berarti...kau , aku dan semua
Harus muhasabah diri
Kita semua milik-Nya
Kerana itu cinta-Nya
Layak dimiliki semua
Yang ada di langit dan di bumi
CINTAKAN ALLAH ROBBUL IDZATII
CINTAKAN REDHO-NYA
CINTA APA YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI
PASTI TENANG ROH DAN JASAD
Dan apabila DIA membalas cinta
Tiada apa yang perlu dikhuatiri lagi
Yang ada di kalbu
CINTA....CINTA...CINTA...
Cintakan-Nya
Seumur hidupku seumur hidupmu seumur hidup para kekasih-Nya
Sekali aku jatuh cinta
Abadi Selama-Nya
Itulah Kekasihku Kekasihmu Kekasih Semua
Semuanya layak menjadi Kekasih-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
TULUS IKHLAS DARIPADA:
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Julai 2012
9 minutes ago
·
Like
CINTA MELEPASI HINGGA LANGIT KE TUJUH
Duhai yang berjiwa hamba...
Sebanyak mana pun dosamu
Allah sentiasa mengampunkanmu
Kerana dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Sentiasa muhasabah diri
Mengaku betapa hinanya kita di Sisi-Nya
Dan bila kau sudah tertunduk pada-Nya
Tiada apa yang difikirkan lagi
Dengan pesona dunia yang menipu
Yang ada di hatimu
DIA...DIA...DIA KEKASIH YANG KAU PUJA
Dalam hati sepenuh jiwa
Sepenuh iman meresap ke kalbu
Mahu menjadi Kekasih-Nya yang setia
Menga-Agungkan-Nya
Di sebilang masa dan ketika
Dan berazam menjadikan
Kata-kata yang kau ungkapkan
Seperti ahli Syurga
Serasa esok mahu bertemu dengan Kekasih-Mu
Kau begitu yakin
ALLAH BUKAN MENGIRA BERMULANYA KAMU
ALLAH MENGIRA BERAKHIRNYA KAMU
Dengan kata-kata itulah memberi semangat
Padamu untuk melakukan revolusi
Ke atas imanmu yang selama ini berjerubu
Ditutupi awal kelabu
Kini menjadi
Bintang yang bergemerlapan
Dan cintamu pada-Nya
Melepasi hingga ke langit ke tujuh
SUBHANALLAH indah-Nya
Pertemuan di kala itu
Roh seorang hamba bertemu dengan
Kekasih pujaan-Nya yang didambakan
Menjadi realiti bukan sekadar angan-angan
Kerana janji-Nya pasti
Hanya yang mengerti
Betapa indah-nya pabila
CINTA MELEPASI HINGGA LANGIT KE TUJUH
KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Julai 2012
3 minutes ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment