Sasteraku Duniaku
Friday, 31 August 2012
MALAYSIAKU MERDEKA KE-55 JANJI DITEPATI
~
*MERDEKE!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!...'National Day MALAYSIA 31 AUGUST 2012'
.
1
Like
·
·
Share
SALAM KEMERDEKAAN UNTUK NEGARAKU TERCINTA!
Salam Kemerdekaan Untuk Negaraku Tercinta,
Kibaran Jalur Gemilangmu tak jemu berkibar;
Tersenyum megah penuh bangga,
Kukagumi semangatmu sentiasa berkobar-kobar.
Kau tak pernah erti kalah,
Apa pun dugaan kau hadapi dengan tabah;
Di mana pun berada kau berkibar megah,
Demi mengekalkan kibaranmu rakyat harus berubah.
Berubah untuk memikirkan kepentingan negara,
Keamanan dan keharmonian matlamat utama;
Semangat rakyatnya terus membara-bara,
Menjadikan realiti impian 1Malaysia.
Salam Ramadhan untuk Datuk Seri,
Semoga puasa membawa keberkatan;
Jasamu sentiasa mewangi di hati,
Perjuangan terdahulu masih diteruskan.
Justeru rakyat Malaysia patut berbangga,
Mempunyai pemimpin yang tak pernah jemu,
Membela nasib rakyat di mana saja berada,
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu.
1Malaysia menjadi kenyataan itu yang dimahu,
Rakyat Malaysia bersatu aman damai;
Negara aman rakyatnya pelbagai kaum bersatu,
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini.
Bersatu hati mengharmoniskan Malaysiaku ini,
Antara pemimpin dan rakyat sentiasa menghormati;
Sehati senada sejiwa saling memahami,
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri.
Akan terpancarlah kegembiraan di hati Datuk Seri,
Rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati:
Berkorban apa saja demi Malaysiaku ini,
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai.
Bahagia rakyat Malaysia aman dan damai,
Tiada berburuk sangka sesama sendiri;
Yang difikirkan keamanan negara ini,
Kemerdekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi.
Kemendekaan Malaysia akan sentiasa dikecapi,
Andai rakyatnya saling sanggup berkorban;
Mempertahankan negara biarpun tsunami datang membadai,
Makanya Malaysiaku merdeka sentiasa berkekalan.
Malaysiaku kekal merdeka selamanya,
Barulah tenang roh Bapa Kemerdekaanku;
Bersyukur pemimpin dan rakyatnya,
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku.
Kemuliaan Jalur Gemilang sentiasa di hatiku,
Ingin kuajak rakyat Malaysia menghargainya;
Teringat dengan keperitan perjuangan Tunku,
Mendapatkan Kemerdekaan Negaraku yang tercinta.
Selamat Menyambut Hari KeLahiran,
Buat Negaraku Malaysia tercinta:
Kumengerti keperitanmu mengharungi perjuangan,
Sabarlah kesetiaanmu kami hargai sentiasa.
Sambutan Kelahiranmu Yang Ke-55 ini kuberjanji,
Bersumpah setia mengekalkan kerharmonianmu,
Moga kau tidak akan disakiti lagi,
Oleh musuh durjana ingin menjatuhkanmu.
Salam Kemerdekaan Buat Negaraku yang dicintai,
Moga kau sentiasa gembira selalu;
Kesetiaanmu sentiasa kami sanjungi,
Berkibarlah dengan megah serta bangga tanpa jemu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(Diilhamkan Bersempena Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia Ke-55 Bermula 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2012)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2022)
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN!
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia
Biarpun kumengerti menempuh gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempas ke pantai!
Tergiang bapa kemerdekaan tercinta berpesan,
“Jagalah kemerdekaan ini sampai bila-bila pun!
Untuk anak cucu kita menumpang teduh!
Terima kasih Bapa Kemerdekaan!
Akan kuingat pesananmu itu!
Akan kusebarkan bunga-bunga cinta kemerdekaan
di lubuk sanubari rakyat Malaysia tercinta!
Demi cintaku pada Malaysia
akan kuperjuangkan untuk mempertahankanmu!
Biarpun ke titisan darah terakhir!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Me
rdeka!Merdeka!Merdeka!Merd
eka!
Karya : Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
(Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tercinta Yang Ke-55
Pada 31 Ogos 2012)
HARGAI KEMERDEKAAN! MERDEKA SELAMANYA!
Rakyat Malaysia Yang Berjiwa Patriotik Kusanjungi,
Alangkah bahagia negara ini jika rakyat sepertimu;
Menghargai Kemerdekaan Negara yang dikecapi,
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dilafazkan tanpa jemu.
Salam Kemerdekaan dariku untukmu
dan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka!Merdeka!Me
rdeka!
Dilaungkan sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan Negara Kita pada 31 Ogos 1957 dan
diteruskan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.
Laungan Keramat ini akan bergema setiap kali
Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia .
"Hargai Kemerdekaan Merdeka Selamanya!"
Selagi Ada Bulan Dan Matahari Negaraku Terus Merdeka!"
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
31 Ogos 2012
(SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA NEGARAKU YANG TERCINTA YANG KE-55 PADA 31 OGOS 2012)
SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN PERDANA MENTERI
KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran,
Kepada Perdana Menteri kesayangan;
Kesayangan rakyat Malaysia berpanjangan,
Kami kagumi hidupmu penuh perjuangan.
Perjuanganmu setulus ikhlas,
Membela rakyat pelbagai kaum;
Budi ditabur tiada harap dibalas,
Gembira dan bangganya rakyat penuh kagum.
Jasamu Datuk Sri Najib rakyat hargai,
Turun ke padang tak kira masa;
Setiap masalah rakyat cuba difahami,
Agar rakyat hidup sempurna.
Tiada istilah penat dan jemu,
Sentiasa fikirkan masalah negara;
Masalah negara difikirkan tanpa jemu,
Diselesaikan agar rakyat hidup sejahtera.
Hidupmu penuh dengan kebaktian,
Berbakti kepada rakyat dan negara;
Bersyukur rakyat mempunyai pemimpin,
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara.
Pemimpin berjiwa rakyat pembela negara,
Mahukan negara terus maju;
Semangat perjuangan terus membara,
Negara dipacu rakyat terus maju.
Negara dipacu rakyat terus maju,
Negara maju rakyat berinovasi;
Negara maju dunia terpukau,
PM mahu rakyatnya berpendapatan tinggi.
Rakyat Malaysia sentiasa menyokong Perdana Menteri,
Jasa Perdana Menteri mewangi di hati rakyat Malaysia;
Gagasan 1Malaysia kami jadikan realiti,
Negara maju rakyat Malaysia berbangga.
Rakyat sentiasa menyokong satu Malaysia,
Cetusan minda Perdana Menteri;
Impianmu tidak akan dipersia,
Rakyat Malaysia akan merealisasi.
Rakyat Malaysia akan merealisasi,
1Malaysia jadi kenyataan;
Kepuasan akan Perdana Menteri rasai,
Bila rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan.
Rakyat pelbagai kaum dalam perpaduan,
Bermuafakat bersatu hati,
Bersatu hati untuk merealisasi,
1Malaysia pasti jadi kenyataan.
1Malaysia pasti jadi kenyataan,
Asalkan rakyat dan pemimpin besatu hati;
Bersatu hati saling memberi kepercayaan,
Kepercayaan berdasarkan keikhlasan hati.
Kejujuran hati membentuk kerajaan,
Kerajaan cekap dan amanah;
Rakyat sentiasa didahulukan,
Pemerintahan dilaksana secara berhemah.
Pemerintahan dilaksana secara berhemah,
Tiada perkecilkan mana-mana parti;
Nasib rakyat dan negara terpikul amanah,
Kesejahteraan rakyat dan negara sudahlah pasti.
Perdana Menteri kaulah pertiwi,
Perjuanganmu tak pernah mati;
Semangatmu sentiasa membara kami kagumi,
Jasamu sentiasa mewangi di hati kami.
Terima kasih Perdana Menteri,
Budi Perdana Menteri sentiasa kami ingati;
Segala budimu kami sanjungi,
Budi baikmu sentiasa kami hargai.
Terima kasih Perdana Menteri,
Datuk Sri Najib kesayangan kami;
Moga sentiasa DiRahmati,
Dirahmati ketika hidup dan mati.
Malaysia tersenyum kesejahteraan tercipta,
Pemimpin dan rakyatnya sehati sejiwa;
Saling faham memahami di antara mereka,
Demi kerana negara tercinta.
Karya: Putri Rimba Niagara
23 Julai 2012
(Sempena Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Perdana Menteri
Kesayangan Rakyat Malaysia)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN 31 Julai 2012)
Like
·
·
See Friendship
·
48 minutes ago
·
PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA
Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat Malaysia!
Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.
Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!
Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.
Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan hangat-hangat tahi ayam.
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!
Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.
Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
Bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.
Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!
Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.
Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani bersama.
Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan membantu!
Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu.
Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama.
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!
Pening! Memang pening...
Bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah.
Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.
Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatu padu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2012
PANTUN 1MALAYSIA PATRIOTIK
Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
Semasa hidup memberi panduan,
Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.
Sultan Abd Halim Mua'dzam Shah Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.
Tunku Abdul Rahman PM pertama,
Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
Impian Tunku telah terlaksana,
Menjadikan Malaysia pesat membangun.
Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
Mohd Najib anak kesayangan;
Matlamat perjuangan tidak berbeza,
Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.
Tun Hussein Onn PM ketiga,
Tertib sungguh bila berbicara;
Masalah rakyat diurus dijaga,
Agar rakyat hidup terbela.
Malaysia maju idea Tun Mahathir,
Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
Pejuangan beliau tidak berakhir,
Malaysia maju dalam pembangunan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi PM kelima,
Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
Satu Malaysia bermuafakat bersama,
Menjadi warga dunia yang teristimewa.
Transformasi kerajaan idea PM keenam,
Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
Agar semuanya saling hormat menghormati.
Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
Satu Malaysia rakyat cemerlang,
Akan semuanya menjadi indah.
Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.
Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.
PLKN generasi patriotik,
Itulah asas benteng negara;
Tiada terlibat agenda politik,
Hanya semata untuk negara.
Rosmah pencetus Permata Negara,
Bagi membentuk generasi berjasa;
Cita-cita dipupuk terus membara,
Memahat nama di antarabangsa.
Tahun Baharu Cina disambut meriah,
PM dan rakyat beramah mesra;
Idea pembangunan kian bercambah,
Demi kepentingan rakyat dan negara.
Hari Thaipusam tidak dilupakan,
PM datang menyerikan majlis;
Kaum India gembira sakan,
Kerana PM berwajah manis.
Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
Malaysia pasti jadi ternama.
Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.
Rakyat faham Satu Malaysia,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.
Satu Malaysia jadi kenyataan,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa janganlah bosan,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.
Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.
Satu Malaysia rakyat patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.
Karya: Ratu Rimba Niagara
(31 Ogos 2012)
(Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55)
(BERSEMPENA MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN - 31 Julai 2012)
Like
·
·
See Friendship
·
56 minutes ago
·
SYAIR 1MALAYSIA SAYANGKAN NEGARA
Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
Agar Malaysia jadi ternama.
Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.
PM mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
PM bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.
PM dan menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.
PM kita pencetus revolusi,
Galakkan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.
Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.
Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.
Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.
Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.
Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.
Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.
Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.
Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.
Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.
Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.
Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.
Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.
Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi senanglah rasa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.
Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.
Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana Negara tercinta,
Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.
PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.
Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Biarpun terpaksa bekorban nyawa.
Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga negaraku terus gemilang.
Karya: Ratu Rimba Niagara
(31 Ogos 2012 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-55)
(PUISI DISIARKAN SEMPENA MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 55 PADA 31 OGOS 2012 & BERSEMPENA
MEMPERINGATI HARI PAHLAWAN -
31 Julai 2012)
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment