BIASAN ( 2 )
Biasan
dalam biasan ini
rindu kukembali pada waktu
untuk menatap rona-rona wajah
yang kian kutinggalkan
di sebalik kaca yang tanpa kabus.
biaskan aku
arah mana yang satu
agar aku tidak tertinggal lagi di perhentian ini
tika siang kumeraba dalam cahaya
bila malam kuberlari dalam kabus
mencari titikdalam arah
menanti lena dalam mimpi.
pelangi hadir biaskan wajah
setelah petir menggoncang guruh
kutetap sendiri mencari diri dalam geruh
mana satu jalan yang lurus bersama dedaun luruh
biasan itu tetap keruh...
biasan Lezaihasra Lm..
besut, terengganu.
11 sept. 2012
— with Sri Kandi and 55 others.
mengapa mesti mencari diri dalam geruh,
ReplyDeletemakin digali makin sakit hati yang keruh,
seolah menanti sesuatu disebalik guruh,
sebelum guruh bukankah cahaya yang suluh?
mencari cahaya yang hilang entah kemana,
bukankah semua yang terlihat berasal dari cahaya?
jangan cari cahaya,carilah apa yang dipancarkan oleh cahaya,
kerana cahaya itu pemalu jika dibongkar rahsianya,
kenali nyata pasti terjumpa...
salam perkenalan...:)