Sasteraku Duniaku
Thursday, 6 September 2012
CAHAYA HATIKU
ptions
DI DUNIA NYATA DAN DI SYURGA SAKSI CINTA SUCI
KITA KERANA-NYA
Duhai kawan...
Bilamana kau sudi berkawan denganku
Ku menangis
Kerana Allah Kurniakan aku
Permata dari Syurga
Allah Kurniakan aku bidadari dari Syurga
Aku bersyukur atas Kurniaan-Nya itu
Hidupku seakan berpelangi cinta Syurga
Tapi bilamana kau sepikan aku
Seolah hadirku
Menyakitkan hatimu
Menyakitkan hati kawan-kawanmu
Pasti aku terlara dalam rindu
Aku mohon ehsanmu
Agar jangan kau sepikan aku
Jika kau merajuk denganku
Jangan lama-lama
Kerana ku terdera rindukanmu
Nanti jika aku terdera rindu
Aku terpaksa sepikanmu di ombak rindu
Tapi tahukah kau jika aku sepikan mu
Setiap kali deruan ombak menderu-deru
Aku pasti menangis
Kerana kehilanganmu
Kerana terdera merindukanmu
Makanya sejujurnya
Aku tak tega sepikanmu di ombak rindu...
Biarlah ombak rindu menjadi
Saksi cinta suci kita kerana-Nya
Berjanjilah padaku untuk setia padaku
Seperti setianya ombak pada pantai
Duhai kawan
Bila hatiku dah sayang kerana-Nya
Itulah lafaz dari hatiku
Yang tak akan kupadam
Dan kubawa mati
Insya-Allah
Kasih sayang itu
Terpatri hingga ke Syurga
Mogalah menjadi realiti
Di dunia nyata dan Di Syurga
Saksi cinta kita kerana-Nya
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 Sept 2012
Like
·
·
Unfollow Post
·
10 hours ago
Pradita Fia
likes this.
Pradita Fia
akupun rindu bunda...... chayakkkkk...
10 hours ago
·
Unlike
·
1
Rabeah Mohd Ali
apalah ada arti rindu ..kejap ada kejap tak ada nanda...sejujurnya bunda mau terbang kepadamu agar bunda tak lagi menantimu di ombak rindu...yang menjemukan moga bunda tidak berputus asa menantimu kerana jika bunda berputus asa bunda akan sepikanmu di ombak rindu bersama dengan kasih dan sayang yang pernah kita bina sejak sekian lama. Membuang kasih dan sayangmu adalah satu hal yang amat bunda takuti kerana jika itu terjadi bunda akan terdera rindu yang tiada penghujungnya makanya nanda jangan padamkan janjimu untuk setia pada bunda hingga ke akhir hayatmu....kerana kasih yang sudah terpatri di dunia ini biarpun cuma di alam maya tidak di alam realiti tapi amat berarti bagi dunia akhirat bunda dan biarlah kasih sayang yang terujud ini kita patrikan hingga ke Syurga.Andainya bunda pergi dulu sebelummu jangan lupa kirimkan sejambak doa tanda kasihmu pada bunda berkat doakan mu nanda tenang bunda di sana Insya-Allah Aamin.Itulah bukti rindu yang tiada penghujungnya nanda.
9 hours ago
·
Like
Pradita Fia
CAHAYA HATIKU
FIAPRADITA, 6 SEP 2012
Bunda terkasih
Setiap kalimatmu rindu bergaung dihatiku
Tetesan airmata pun tak berhenti mengalir
Andai diri ini mampu terpisah – pisah
Betapa ingin kurebahkan kepalaku yang lelah
Dibahumu yang indah
Karena ku tahu segala resah akan hilang sudah
Namun diriku tak mampu
Hingga kembali torehkan luka
Maafkan daku wahai kekasih pujaan hati
Hadirmu adalah wujud yang kudamba
Lukisan kalimatmu selalu kujaga
Dalam hati yang paling dalam
Wahai bunda kekasih
Para pujangga
Tak usahlah bersedih diri
Ada maupun tiada kehadiranku
Pusaka bunda selalu terjaga dalam sanubari
Keelokan kasih yang indah
Ketulusan doa yang sahdu
Kebijakan seorang ibu
Keceriaan mentari pagi
Semua ada pada dirimu
Bila malam kembali datang
Lihatlah bundaku sayang
Diriku akan hadir di cahaya bulan yang ke emesan
Dan lihatlah dua cahaya bintang yang kemilau
Yang tak pernah bosan turut menjaga
Kedamaian dihatimu
Kedamaian dihatiku
Kedamaian dihati semua insan
Karena pertemuaan kita selalu
Dalam pantauan-Nya
Dan semoga keberadaan kita
Selalu dalam Ridho-Nya…
8 hours ago
·
Like
KAU BIDADARIKU KIRIMAN TUHAN
UNTUKKU SYUKURI
Duhai nanda
Penawar jiwa terlara
Di kala datang puting beliung melandaku
Digulung-gulung dilemparkan ke ombak rindu
Tampa ehsan
Aku kelemasan tanpa dibantu
Raungan derita laraku
Kau sahut dalam perih pedih hatimu
Kau merempuhnya
Tanpa hiraukan keselamatanmu
Kau selamatkan aku
Dalam lemasan ombak membadai
Dalam kelemasan ...aku
Menyeru nama-Nya
Tuhan apa salahku
Kenapa manusia setega itu
Zalim padaku?
Sedangkan
Tujuan aku berhidup
Di muka bumi ini
Menyebarkan kasih sayang setulus hati
Membantu selagi terdaya
Tapi mereka tetap juga kejam denganku
Makanya jika hidupku
Memberi kebaikan pada semua yang dikasihi
Kau hidupkanlah aku
Agar aku masih dapat berbakti dengan seikhlas hati
Jika hidupku menyakitkan hati dan menzalimi insan
Kau matikanlah aku
Kerana aku tak mahu hidup menzalimi manusia
Dengan kematianku boleh membahagiakan mereka
Matikan aku Ya Allah
Nanda yang kukasihi dunia akhirat
Allah masih panjangkan usiaku
Dalam aku terkapai kapai kelemasan
Kau merempuh puting beliung
Yang amat dahsyat itu
Dan dengan izin Allah
Kau berjaya selamatkan aku
Kaulah si pengganti tempat si kunta si kunte
Memahami tanpa di pinta
Menyayangi tanpa dipaksa
Kasihmu kasihku setulus hati
Tanpa ada muslihat memusnahkan
Berkata seiring hati
Bukan mengikut hati
Bahasa diungkap
Terlalu indah
Mendatangkan iman
Menenangkan jiwa
Jiwa laraku kau obati
Dengan doamu seikhlas hati
Moga Allah merahmati
Terima kasih nanda
Hadirmu
Menyuburkan sumbu pelita hatiku
Yang malap menunggu masa untuk terpadam
Kau selalu di hatiku
Kaulah bidadariku
Kiriman Tuhan untuk kusyukuri
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
6 September 2012
a few seconds ago
·
Like
(PETIKAN DARIPAA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
6 September 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment