Antara
 sebab utama Yahudi dan Nasrani memusuhi Islam adalah kerana mereka 
begitu marah kepada Allah yang beralih arah melantik rasul bukan dari 
keturunan mereka lagi. Selain itu mereka marah apabila Allah Swt 
menghentam mereka dalam al Quran yang bersifat kekal hingga kiamat.
  Memang wajar Allah Swt mengherdik dan menu
kilkan
 penghinaan yang kekal sehingga kiamat itu kepada bangsa mereka kerana 
mereka adalah bangsa yang khianat dan mendustai Allah dan rasul mereka. 
Mereka telah membunuh sebahagian besar nabi-nabi utusan Allah. Mereka 
tidak pernah mahu beriman kepada nabi mereka sehinggalah datang Muhammad
 Rasulullah Saw, barulah mereka bagaikan munafik cuba-cuba mengiktiraf 
nabi mereka yang tidak pernah diiktiraf oleh mereka dulu.
 
 
Contohnya nabi Musa a.s, kaumnya menolak dan cuba membunuhnya tetapi 
apabila Muhammad Saw dilantik Allah, tiba-tiba si Yahudi laknatullah 
mengiktiraf pula Musa a.s setelah baginda tiada lagi semata-mata 
bertujuan menunjukkan penentangan mereka terhadap Rasulullah Saw. 
 
 Begitu juga kaum Nasrani yang menolak kenabian Isa a.s dan konon 
membunuhnya di salib, apabila Muhammad Saw dilantik menjadi rasulullah, 
mereka tiba-tiba mengiktiraf pula Isa bani Maryam sebagai anak Tuhan. 
Kalau dari mula mereka anggap Isa a.s anak Tuhan, mengapa baginda mereka
 bunuh? Fahamkan, ia sangat mudah untuk difahami. Ada penyakit hati yang
 menebal dalam kaum Yahudi dan Nasrani sejak zaman Rasulullah Saw lagi.
No comments:
Post a Comment