Sasteraku Duniaku
Friday, 16 November 2012
DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU
Fatimah Bt Husin Tim
Indahnya hari bila kita mulakan dengan semangat baru , buka mata dan lihat dunia ini indahnya ciptaan Ilahi ..Salam SelamatTahun Baru My Dear
Ratu Rimba Niagara
Like
·
· ·
Thursday at 10:28am
3 people
like this.
Ratu Rimba Niagara
AKU TAK BERDAYA PERTAHANKAN CINTA
Duhai Mawar Putih
hadirmu buatku pilu
dulu memang kurindu kehadiranmu
tapi semenjak kau
guris pilu hatiku
hingga luka
aku jadi sedih
dulu kaulah
yang kutunggu-tunggu
hadirmu
dapat kuhidu bauanmu sewangi kasturi
memenuhi seluruh benua kalbuku
tapi semenjak kata-katamu
terus menghilangkan bauan wangianmu
terus aku tak mahu menunggu mu lagi
tahukah kau
kehadiranmu
kutunggu
puisimu seindah pelangi
mengindahkan benua hatiku
puisi mu kubaca berulang-ualng kali
tanpa jemu
kerana teruja dengan puisimu
kucetak
kuperindahkan dengan
gugusan bunga-bunga mawar putih
kucapai pelangi
untuk mengindahkan puisimu
memang indah
bahan seni nan indah...
indah....indah...indah...
kuletakka puisi yang telah kubingkai indah itu
di dinding kamarku
setiap hari kubaca
setiap hari kupandang
terlalulah suka melihat puisimu itu
tapi... kau buat ku sedih...
puisimu yang kubingkaikan itu pun turut sedih
kulihat puisimu yang kuhiaskan dengan pelangi
telah hilang yang ada kelompok-kelompok awan hitam
puisi yang ceria telah dicemari dengan kelompok awan hitam
yang bergerak aktif...
puisi nan indahmu telah berubah
segala keceriaan hilang
yang ada suram
suasana suram yang menyeramkan...
menakutkan...
makanya ku ambil puisi
lalu kubuangkan
kerana aku tak mahu
puisi itu merosakkan pemikiranku...
selepas itu puisimu tak kubaca lagi...
maafkan aku
bukan tak sudi membaca puisimu
kerana puisimu buat aku
kecewa dengan hidup
seolah kau menghukum aku
akulah seorang pendendam
akulah seorang pencinta kekayaan
akulah seorang pemarah
akulah seorang sombong
akulah seorang suka membagga diri
apa tujuan kau mengatakan aku begitu
kau puji aku
dalam masa yang sama
kau tikam aku
semahumu
aku bukan robot tak faham maksudmu
aku sangatlah faham
yang aku tahu dengan kata-katamu itu
biarlah semua yang membaca
memandang betapa jeleknya aku
itu mahumu kan?
kerana aku tak mahu
terdera luka dengan kata-katamu
yang menikam jiwa
makanya aku melenyapkan
karyaku di situ
agar kau tak sakit hati lagi
ketiadaaku berkaryalah semahumu
dengan teman barumu itu
yang telah berjaya
mempengaruhimu
maka berpisahlah kita
untuk selamanya
dan puisi terakhirku ini
kuhadiahkan kepadamu
agar kau tahu
isi hatiku
betapa aku
terlalu kecewa denganmu
tolong sudi maafkan aku
kerana aku tak berdaya
pertahankan cinta....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
16 November 2012
Like
·
· ·
Yesterday at 7:55am
Ahmad Tajuddin
and
2 others
like this.
Ratu Rimba Niagara
WARKAH UNTUK RAKAN PUJANGGA
'DI MANA ADA KARYAKU DI SITULAH AKU'
di kala aku benar-benar
mengharapkan kau memahamiku
harapan pengertiaan darimu
hancur berkecai...kecai...
kau masih tidak memahamiku
lalu hatiku terluka
sudah banyak kali aku katakan padamu
bukan nama bukan sanjungan bukan material
menjadi dambaan hidupku
yang aku mahu karyaku
diterima pembaca di seluruh dunia
jikalah atas belas kasihan-Nya
karya aku menajdi material
material itulah
ditunas-tunaskan
berbunga berbuah
hasilnya sebagai bekalan
untuk dituai di Sana nanti
tapi dalam aku tenggelam
di lautan kepastian darimu
aku menaruh kepercayaan
agar kau memahamiku
dalam satu perkataanmu
kau luruhkan segala
kepercayaanku
bahawa kau masih tak
memahamiku
seolah aku rasakan
selama ini kehadiran aku
dalam hidupmu
hanyalah untuk menyusahkanmu
dan menyandarkan segala
harapan padamu
sesak dadaku
seakan berhenti
detak jantungku
dan kerana tidak mahu
menyusahkanmu lagi
biarkan aku begini
sendirian dengan karya-karyaku
tanpa sokongan darimu lagi
dan aku senang begini
tanpa termakan budi
tanpa menyusahkan kamu lagi
atau sesiapa saja
kerana dari dulu lagi
sejak aku melangkah
perjuangan dunia sastraku ini
aku hanyalah sandarkan
semuanya kepada-Nya
bukan sesiapa
jika di masa hidupku
karya-karyaku tidak diterima
tidak mengapa kerana aku sudah redho
manalah tahu dalam karya-karya
yang aku tulis itu hanya satu saja
diterima dan dipandang oleh-Nya
itupun lebih berharga dari alam dan seisi-Nya
selepas ini di bumi mana
Allah letakkan karya-karyaku
di situlah aku berkarya
tanpa sesiappun tahu
siapa aku ...di mana aku
aku cuma berada
pada yang telah diTentukan-Nya
dimana ada karyaku disitulah aku
sehinggalah dijemput pulang ke Pangkuan Ilahi
RATU RIMBA NIAGARA
1 Muharram 1434H
Like
·
· ·
Thursday at 11:38am
Ahmad Tajuddin
and
2 others
like this.
Fatimah Bt Husin Tim
Salam Pagi my dear
Ratu Rimba Niagara
ingin ku beri mawar kesukaanku buatmu tersenyum bersama pagimu yang indah ...
Unlike
·
· ·
November 13 at 10:21am
You and
4 others
like this.
Ratu Rimba Niagara
KUBALUT RINDUMU BERAROMA SETANGGI CINTA-NYA
kubalut rindumu beraroma setanggi cinta-Nya
kutemui kasih dan rindumu mendekati cinta-Nya
terima kasih cinta hatiku hadirmu adalah kehendak-Nya
makanya bersyukurlah aku sebanyak-banyak-Nya
Selamat pagi bunga-bunga cinta,
Secangkir mawar merah untukmu;
Sudilah minum lambang cinta,
Lambang ukhuwah kasih untukmu.
RATU RIMBA NIAGARA
(Kukirimkankan pantun ini istimewa untukmu sayangku Tim..
Sebagai balasan mawar putih yang kau kirimkan padaku...
biarpun kita tak pernah ketemu tapi kasih sayangmu dapat
kuhidu dan sentiasa mewangi di hatiku...terima kasih kerana sudi menyayangiku)
29 Zulhijjah 1433H
14 November 2012
Wednesday at 3:40pm
·
Like
·
1
BERUNDUR BUKAN BERARTI KALAH
APALAH SALAHNYA MENGAKU KALAH DEMI AKHIRAT
apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
yang kuharapkan kawan sejati
berkata selari dengan hati
bukan membuat kita makan hati
dendam yang ingin kupadam
api yang dinyalakan
makanya berapi-api jadinya
dan api yang paling aku takutkan api neraka
apabila dendam tak padam
sabar yang diharapkan
melebur dalam dendam
aduhai malangnya aku jika
dendam berapi ada di mana-mana
aku berada
apa yang disakitkan aku pun tak tahu
makanya demi ketenangan hati
agar selalu sabar tertanam di hati
pergi melenyap
dari pandangannya
walaupun dia berada di sini
kerana di mana aku berada
dendamnya pasti akan
memakan sabarku
berundur bukan berarti kalah
apalah salahnya mengaku kalah
demi akhirat
demi ketenangan roh dan jasad...
RATU RIMBA NIAGARA
1 Muharram 1434H
14 November 2012
Like ·
Like
·
· ·
Wednesday at 11:08pm
Ahmad Tajuddin
and
Fatimah Bt Husin Tim
like this.
Fatimah Bt Husin Tim
My dear
Berilah daku pengharapan
untuk terus berjuang
demi satu kepastian
dalam kehidupan yang ria.
berilah aku kesempatan
menatap wajah ketenangan
aku tak sanggup melihat
dikau dihimpit keresahan
aku ingin melihat
kau tersenyum riang
meniti hari dengan belaian
puisi-puisi indahmu sayang..
Wednesday at 11:30pm
·
Like
Options
Fatimah Bt Husin Tim
sedetik Cuma
Pada sedetik cuma
kita adalah pengembara
mengangankanhari-hari
tanpa resah
ataupun tanpa rasa duka
hidup seakan sebuah tasik tenang
indah dalan kedamaian
atau sebuah padang rumput hijau terhampar
dan deretan pepohon di kejauhan
lalu indahnya rasa tercipta
pada suatu detik yang lain
akulah kekasih yang begitu perasa
sepi oleh rindu yangmenekan dada
pedih rasa disetiap ronga
bila senja melabuhkan cahaya
hadirnya mimpi yang tak pernah nyata
sampai saat ini masih samar diruang mata
begitulah aku
dalam debar menanti
hari yang berlalu
yang lebihbermakna
tetap membangunkan harapan dan cita
meskipun terasa sedih dan tak berdaya....
Like
·
· ·
November 11 at 8:02am
Ahmad Tajuddin
and
2 others
like this.
Ratu Rimba Niagara
meskipun terasa sedih tak berdaya
ku gagahi membangunkan harapan dan cita
agar lebih bemakna
moga keheningan
indahnya panorama
saujana mata memandang
ada ketenangan di situ
aku berjaya
menggapai cita
Aamiin.
Ratu Rimba Niagara
29 Zuljijjah 1433H
14 November 2012
Wednesday at 4:33pm
·
Like
·
1
Fatimah Bt Husin Tim
Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
malam suram tak berbintag
inilah lukisan alam
dalam aturan Tuhan
Setitik derita segunung kurnianNya
jangan terlalu mengharap kesenangan
hidup satu perjuangan
maafkan kesalahan insan
dalam diam taburkan sayang
dalam tenang buangkan dendam
suburkan sabar
dewasalah bersama harapan
kenali erti kehidupan
bahagia bersama sayang..
Wednesday at 7:28pm
·
Edited
·
Like
Ratu Rimba Niagara
apa hendak diharapkan pada kesenangan yang tak pasti
yang kuharapkan kawan sejati
berkata selari dengan hati
bukan membuat kita makan hati
dendam yang ingin kupadam
api yang dinyalakan
makanya berapi-api jadinya
dan api yang paling aku takutkan api neraka
apabila dendam tak padam
sabar yang diharapkan
melebur dalam dendam
aduhai malangnya aku jika
dendam berapi ada di mana-mana
aku berada
apa yang disakitkan aku pun tak tahu
makanya demi ketenangan hati
agar selalu sabar tertanam di hati
pergi melenyap
dari pandangannya
walaupun dia berada di sini
kerana di mana aku berada
dendamnya pasti akan
memakan sabarku
berundur bukan berarti kalah
apalah salahnya mengaku kalah
demi akhirat
demi ketenangan roh dan jasad...
Wednesday at 10:46pm
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
3 Muharram 1434H
17 November 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment