1. Selangor mempunyai 9 wilayah merangkumi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.
2. Kuala Selangor merupakan ibu negeri Selangor yang pertama. Selepas itu Jugra menjadi ibu negeri yang baru. Klang kemudiannya menjadi ibu negeri antara tahun 1874-1880. Ibu negeri Selangor kemudiannya bertukar ke Kuala Lumpur dan selepas itu ke Shah Alam.
3. Sultan Selangor atas semangat federalisme telah berkenan menganugerahkan wilayah baginda yang kaya iaitu Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara Malaysia. Peristiwa tersebut berlaku pada 1 Februari 1974.
4. Pada tahun 1995 sekali lagi Sultan Selangor bermurah hati menyerahkan wilayah baginda kepada kerajaan pusat iaitulah Prang Besar yang kemudiannya namanya ditukar menjadi Putrajaya.
5. Shah Alam diisytiharkan menjadi ibu negeri Selangor pada 7 Disember 1978. Nama asal Shah Alam ialah Sungai Renggam.
6. Lukut asalnya adalah sebahagian daripada negeri Selangor. Namun pada tahun 1880 Lukut keluar daripada Selangor dan menjadi sebahagian daripada wilayah Negeri Sembilan.
7. Sultan Ibrahim Shah dianggap Sultan Selangor terulung dan Gagah Perkasa kerana kejayaan baginda menyerang Belanda di Bukit Malawati dan membebaskan Selangor daripada cengkaman kuasa barat tersebut pada tahun 1786.
8. Perang saudara di Selangor yang dikenali sebagai Perang Klang memakan masa enam tahun iaitu dari tahun 1867 hingga 1873.
9. Sungai Bernam menjadi sempadan antara negeri Selangor dan Perak.
10. Negeri Selangor merupakan negeri pertama menjadi negeri Maju pada tahun 2005.
No comments:
Post a Comment