WARKAH UNTUK ADMIN TENTERA FISABIILILLAH
Maaf hamba mencelah...post begini hendaklah dilupuskan segera kerana
mengundang sakit hati ...jika benar sakit hati pergi saja ke negara
mereka,
fisabilillah itu baru betul ...bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau batas!
Kita di group ini untuk mengundang dan menyemai jiwa-jiwa fisabilillah ...
perkara yang menimbulkan sakit hati dan terkeluar pula maki
hamun...kerana mereka...mereka lagi suka dan tepuk tangan...dan jika
hendak sangat ada budaya maki hamun gara-gara mereka wujudkan sebuah
group , 'MARI MAKI HAMUN LAKNATULLAH' puas hati semuanya berbahasa kesat
gara-gara mereka yang mencabar kita mengeluarkan kata-kata kesat.
Sedangkan setiap kata-kata ada pahala dan dosa.
Biarlah grup
yang mulia ini adalah grup yang ahli-ahlinya terdiri daripada mereka
yang sebenar-benarnya mahu ke jalan-jalan fisabilillah bercita-cita mati
dalam fisabilillah. Insya-Allah Aamiin.
Saya penuh yakin admin
yang menubuhkan grup ini misi dan visinya mahukan semua ahli
bercita-cita dan berkesungguhan untuk ke jalan-jalan fisabilillah dan
matipun dalam fisabilillah.
Makanya adalah dicadangkan
mana-mana post yang mengundang berbaur politik kutuk mengutuk hina
menghina dan negatif hendaklah dilupuskan dan hak keahlian menjadi ahli
grup ini digugurkan demi merealisasikan hasrat admin yang suci murni.
Untuk menjayakan sesuatu misi kita harus berani dan tegas. Jika admin
grup ini wujud dia haruslah rajin memantau setiap post yang disiarkan
dan mana-mana post yang mengundang perselisihan sesama ahli hendaklah
dilupuskan dan ahli juga ditarik hak keahlian.
Ini hanyalah sebagai cadangan dan pandangan saya saja..jika tiada setuju...nggak apa-apa ...duhai admin.
Saya mohon maaf jika apa yang saya cadangkan ini telah membuat admin berkecil hati. Maafkan saya sekali lagi.
Setulus ikhlas daripada saya di rimba niagara,
Ratu Rimba Niagara
4 November 2012
No comments:
Post a Comment