NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Kelantan Darul Naim (Jawi: كلنتن دار النعيم, Loghat Kelantan: Klatè)
atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 1
4
buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai
keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung
Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan
Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang
mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai
1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar
dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain
kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti
dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama
0.2%.
GEOGRAFI KELANTAN
Kelantan Darul Naim terdiri daripada 10 jajahan iaitu :-
Jajahan Kota Bharu (كوتا بارو)
Jajahan Pasir Mas (ڤاسير مس)
Jajahan Tumpat (تومڤ)
Jajahan Pasir Puteh (ڤاسير ڤوتيه)
Jajahan Bachok (باچوق)
Jajahan Kuala Krai (كوالا كراي)
Jajahan Machang (ماچڠ)
Jajahan Tanah Merah (تانه ميره)
Jajahan Jeli (جيلي)
Jajahan Gua Musang (ڬوا موسڠ)
Jajahan Kecil Lojing
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu
negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau
Panjang dan Pangkalan Chepa.
KLIMATOLOGI KELANTAN
Negeri
Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun
hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya,
hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama
beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah
bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu
setiap hari dianggarkan lebih kurang 21 °C.
SEJARAH KELANTAN
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam",
iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang
mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau
"kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama
Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang
dan Serambi Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak
begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan
manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan
Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja
Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai
gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian
menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan
kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh
ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua
kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan
pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan
Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang
putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan
sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja
Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan
mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan
kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800,
Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada
1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi
negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah
satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di
Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan
pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus
memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19.
Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan
tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan
Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu di bawah Residen British.
Kelantan merupakan tempat
pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8
Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal
oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan
kembali kepada pemerintahan British.
Kelantan menjadi sebahagian
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan
negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September
1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk
Persekutuan Malaysia.
KERAJAAN KELANTAN
Sultan Negeri
Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan
negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini
melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan
(EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa
eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.
Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik
yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri
Besar Kelantan sekarang ialah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang juga merupakan Mursyidul Am kepada parti yang memerintah negeri
Kelantan, Parti Islam Se-Malaysia(PAS).
BUDAYA DI KELANTAN
Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan
Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari
segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab
dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu
Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah
dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri
Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan
British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah
dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala),
Narathiwat(Menara), Patani dan Songkla(Senggora).
Di bawah
perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan
Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri
Patani di bawah Thailand.
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai
budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani.
Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan
rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak
Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula
mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh
budaya Hindu.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan
berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan
tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai budu.Budu salah
satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyrakat
makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu.Di samping itu nasi
kerabu juga popular di negeri kelantan , hanya masyarakat kelantan dapat
menghasilkan nasi kerabu yang sedap.Terdapat macam-macam makanan yang
sedap-sedap dinegeri kelantan.
BAHASA DI KELANTAN
Penduduk
di Kelantan kebanyakan menggunakan bahasa Melayu Kelantan, bahasa ini
merupakan loghat dari bahasa Melayu piawai. Bahasa ini berbeza dengan
bahasa Melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Besut dan Setiu,
Terengganu.
No comments:
Post a Comment