Almarhum
Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah – Sultan Perak Darul Ridzuan,
telah menzahirkan ampun dan maaf pada rakyat sebelum Baginda mangkat.
Kemulian Keperibadian Duli Yang Maha Mulia Almarhum Paduka Seri Sultan
Iskandar Shah dalam tercatat dan terbukti didalam kitab Risalah
Iskandariah karangan Almarhum sendiri.
“… Ya ikhwanul muslim,
isi negeri Perak sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda,
sekiranya berlaku hukum Allah di atas Kami, haraplah Kami akan Tuan m
aafkan
apa-apa kekhilafan Kami, serta halalkan jika ada harta benda Tuan-Tuan
termakan oleh Kami. Kemudian pohon olehmu ke hadhrat Rabbul Alamin akan
ampun-Nya serta dikurniakan rahmat yang luas bagi Kami Alang Iskandar.
Demikian juga sentiasa memohon ke hadrat Tuhan mudah-mudahan
disudahkannya kita semua di dalam hasanul khatimah …”
Almarhum
Sultan Alang Iskandar mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Almarhum
Sultan Alauddin Suleiman Shah baik dari hubungan kekeluargaan mahupun
hubungan didalam perkembangan agama islam.
Potret :
Paduka Seri Sultan Alang Iskandar Shah bergambar selepas merasmikan Masjid Pulau Tiga pada tahun 1935.
Oleh: Wangsa Mahkota Selangor
No comments:
Post a Comment