Tuanku
Sultan Mohammad Ke-V Sultan Kelantan yang sanggup mencemar duli turun
menjenguk rakyatnya. Mungkin ini tugas biasa bagi seorang sultan tapi
kita kagum dengan baginda, cuba perhatikan disebelah kanan Tuanku dan
bandingkan pakaian pengiring tuanku dengan pengiringnya, MasyaAllah,
betapa zuhudnya baginda dengan agama, dan apa yg menyentuh hati apabila
melihat gambar ini, betapanya seorang sultan yg tidak mengira tempat
atau suasana beliau sanggup melawat dan singgah duduk bersila dalam
rumah yg boleh di kategrikan miskin sambil bertanya khabar tentang
masalah yg dihadapi oleh rakyatnya.
Kat sini kita boleh tengok
tak ada bunga manggar, tak ada payung kuning, tak ada kapet kuning tak
ada kerusi ukir kayu jati, tak ada polis pengiring, tak ada bodyguard
bercermin mata hitam.... Yang ada cuma periuk belanga berselerak, tilam
anak yg dijadikan lapik duduk sultan, almari usang yang dah tercabut
pintunya, dinding rumah yang tak bercat dan bertampal dgn kayu dan
playwood dan yg paling sedih atap rumah yg dah tentu bocor kerana cahaya
matahari boleh sampai betul2 ke arah peha tuanku sultan serta pengiring
tuanku.
No comments:
Post a Comment