TAK AKAN HILANG MELAYU DI DUNIA ITU SUMPAH LAKSAMANA HANG TUAH MAKANYA RAKYAT MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA BARULAH BENAR SUMPAH KERAMAT LAKSAMANA HANG TUAH
duhai roh gimana keadaan kamu sekarang? ceritakan padamu apa yang kau alami kini adakah kau bahagia atau dalam ketakutan tentang azab di kubur? tolong ceritakan pengalamanmu duhai roh...
duhai yang masih berhidup... aku kegelapan di sini biarpun semasa hidup aku siang disinari sang mentari malam disinari lampu tak pernah rasa gelap segelapnya tahukah kamu kubur jiranku terang benderang sehingga terpancar terangnya ke kuburku syukur aku dapat menumpang cahaya-Nya tahukah kau kenapa kuburnya bercahaya... berkat dia berzikir dan membaca Al-Quran.. dan tahukah dikau ganjaran apa yang berharga di alam barzah ini pahala bersedekah ketika hidup jika aku tahulah bersedekah itu pahalanya berlipat kali ganda akan kusedekahkan seluruh hartaku yang kumiliki maka banyakkanlah sedekah olehmu duhai yang masih hidup...
duhai roh... gimana kamu ketika dicabut roh dari jasadmu? adakah kau sakit? sakit yang gimana tu? ceritakanlah padaku... agar aku sentiasa menginsafkan diriku
duhai yang masih hidup... sakitnya tika sakaratulmaut seperti beratus kali tusukan pedang yang amat tajam hingga tak terperi sakitnya aku meraung tika itu tiada yang dapat mendengarnya karna terlalulah sakitnya tak tertanggung tika itu juga semua alam ghaib diperlihatkan kepadaku yang selama ini aku tak percaya wujudnya alam ghaib baru aku percaya tapi sudah terlambat untuk aku bertaubat bahagialah kamu karna kau masih hidup masih ada peluang untuk bertaubat masih ada peluang untuk beramal soleh aku di sini jikalah diberi peluang hidup kedua mahu aku gunakan setiap saat untuk beramal soleh biarpun dengan sepatah perkataan menyebarkan pesanan yang baik-baik yang ada nilaian di sisi-Nya tapi peluang kedua sudah tidak ada pada yang sudah bergelar roh makanya rebutlah sebanyak mana peluang di setiap helaan nafasmu jangan lupa ingat akan DIA akan selamat dunia akhirat tidak sepertiku...
duhai roh... terima kasih duhai roh yang baik budi... berkat pesananmu ini aku dan semua yang masih hidup ini mendoakan kamu diampunkan segala kesalahanmu dan dengan Rahmat Kaseh Allah Azzawajallah kamu ditempatkan ke dalam roh-roh suci yang disucikan daripada segala dosa... moga Syurgalah tempatmu duhai roh yang sudi tinggalkan pesanan yang amat berharga ini... Aameen Aameen Aameen Ya Rabbal A'Lameen
KARYA RATU RIMBA NIAGARA 20 Rabiulawwal 1434H 1 Febuari 2013
No comments:
Post a Comment