Sasteraku Duniaku
Sunday, 28 April 2013
TRANSFORMASI KERAJAAN KOTA & RIMBA , ' WAKIL RAKYAT SEDIA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT'
Sunday, 28 April 2013
0 comments
TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA , " HIDUP ADALAH SATU PERLUMBAAN UNTUK MEREBUT PIALA KEMENANGAN'
NOVEL PUISI CINTA DEMI-NYA (398) TRANSFORMASI KERAJAAN RIMBA & KOTA(114)
'WAKIL RAKYAT SEDIA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT'
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
a few seconds ago
PM KE-6 BAPA TRANSFORMASI 1MALAYSIA
Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat 1Malaysia!
Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.
Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!
Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.
Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan bicara kosong
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!
Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.
Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.
Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!
Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.
Siapa sangka kau yang mempunyai kuasa kerajaan
memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama.
Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!
Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu.
Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama.
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!
Pening! Memang pening...
Bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah.
Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".
Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.
Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatupadu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.
Karya: Ratu Rimba Niagara
31 Ogos 2010
(PUISI DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013)
29 April 2013
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
a few seconds ago
SYAIR PEJUANG RAKYAT 1MALAYSIA
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Malaysia negaraku yang tercinta;
Rakyat pelbagai kaum hidup bersama,
Merealisasikan impian demi Negara.
Saling menghormati bersatu hati,
Tolong menolong amalan murni;
Tiada rasa berdengki hati,
Semua kerana Malaysia dicintai.
Melayu Cina India dalam perpaduan,
Bersatu hati merealisasi impian;
Berganding bahu bersama kerajaan,
Jadi realiti Negara berperlembagaan.
Jika Negara kucar kacir,
Nasib rakyat sentiasa tercicir;
Kerajaan dibina menjadi hancur,
Angkara rakyat selalu engkar.
Ingatlah peristiwa 13 Mei,
Rusuhan kaum sentiasa diingati;
Berpadulah demi Malaysia disayangi,
Agar 13 Mei tidak berulang kembali.
Kalau diingat perjuangan Tunku,
Perjuangannya tak pernah jemu;
Kemerdekaan dicapai gembiranya Tunku,
Biarpun mengharungi perjuangan berliku.
Tunku Abdul Rahman seorang bijaksana,
Menuntut kemerdekaan gunakan minda;
Bijak berkomunikasi terpegunnya mereka,
Mereka istiharkan Malaysia Merdeka.
Begitu juga berbincang dengan komunis,
Tunku bincang dengan cara harmonis;
Hinggakan mengalah ketua komunis,
Menjadi legenda kenangan manis.
Pemimpin berjiwa rakyat itu yang dimahu,
Biarpun lama rakyat menunggu;
Sabar menunggu tak pernah jemu,
Asalkan pembelaan rakyat tertunai itu dimahu
Bukan tak ada pemimpin berjiwa rakyat,
Sentiasa ikhlas mengurus masyarakat;
Jiwa kental sentiasa muafakat,
Berkorban apa saja demi rakyat.
Rakyat susah pemimpin ambil peduli,
Pemimpin bersara rakyat hargai;
Rakyat dan pemimpin bersatu hati,
Barulah aman Negara ini.
Rakyat dan pemimpin seia sekata,
Apa masalah rakyat dikongsi bersama;
Masalah diatasi dengan bijaksana,
Barulah rakyat dan pemimpin boleh bekerjasama.
Kesusahan rakyat masalah pemimpin,
Selagi tak selesai pemimpin fikirkan;
Sanggup berpening memikirkan,
Asalkan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Permintaan rakyat untuk rakyat,
Pemimpin usulkan di Dewan Rakyat;
Didengari semua wakil Rakyat,
Apabila tertunai sukanya rakyat.
Rakyat Malaysia harus bersatu,
Demi kerana Malaysia yang satu;
Negara aman berkat bersatu,
Syukur generasi kini dan terdahulu.
Sama-sama merealisasikan impian,
Majunya Malaysia dalam pemodenan;
Semua rakyat saling memahami dalam perpaduan,
Demi kerana Malaysia mencapai kecemerlangan.
Karya Ratu Rimba Niagara
13 Mei 2011
(PUISI DISIARKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
29 April 2013
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
about a minute ago
PEMIMPIN DAN RAKYAT BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING
Pemimpin dekat di hati rakyat...
Bagaikan aur dengan tebing
Rakyat belum bersuara
Sudah faham
Rakyat bersuara
Lagi terlebih faham
Lalu difikir
Di benak hati
Di Luar kotak pemikiran
Bagaimana mahu diselesaikan
Setiap masalah yang ditanggung rakyat
Diperah biarpun setitis kudrat pemikiran
Demi rakyat untuk rakyat
Rela dia
berhujan berpanas
berpenat berlelah
dihina dikutuk
dilalui dengan hati yang tabah dan redha
Yang menjadi tanda tanya
Kenapa dia sanggup
Bersusah payah demi rakyat?
Sedangkan dia telah miliki segalanya!
Tak perlu berpening memikirkan
Masalah rakyat?
Apa lagi yang diperlukan dalam hidup ini?
Itulah yang mengagumkan aku
Bila dia jawab
Itu adalah tanggungjawabnya
Dan akan dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dia jawab lagi
Mahu menjadi khalifah Allah
Yang mati dalam perjuangan
Kerana perjuangannya adalah
'Fisabilillah'
Aduh! Terkedu aku mendengarnya
Moga apa yang dicitakan oleh
pemimpin berjiwa rakyat itu
dipermudahkan segala urusan
apabila dia berurusan
mengenai rakyat dan negaranya
moga dimakbulkan Allah
segala hajat dan cita-citanya
dan Allah membalas segala baktinya
dengan balasan Syurga
kerana hidup matinya
semuanya kerana Allah
bukan kerana manusia
bukan untuk mengejar kuasa dunia
bukan untuk mencipta nama
bukan untuk kepentingan sendiri
makanya ditempuh onak dan duri
biarpun hati hancur berkecai!
biarpun ombak tsunami datang membadai!
biarpun dihujani peluru di setiap penjuru
demi rakyat dia rela begitu
moga Allah sentiasa bersamamu
di setiap langkah dan helaan nafas
di setiap denyut nadi
di setiap degupan jantung
memikirkan masalah rakyat
adalah tanggungjawab
itulah roh perjuangannya
akan terus berjuang
hingga ke titisan darah terakhir
sehingga terhenti nafas
degupan jantung
denyutan nadi
Subhanallah Alhamdulillah Alllahu Akhbar
Itulah lafaz dari rakyat untukmu
seorang pejuang yang sentiasa mewangi jasamu
bak haruman kasturi direnjiskan haruman setanggi!
di kuburanmu ditaburkan bunga-bunga kemboja putih
seputih perjuanganmu dan diiringi doa restu
pergilah dikau dengan aman dan tenteram
kerana perjuanganmu diwarisi oleh generasi
setiamu yang sudah sebati dalam jiwa
apa erti tersirat perjuanganmu selama ini!
Pemergianmu diredhai
Kerana Syurga tempatmu
Pergimu Senyuman Syurga!
Allahu Akhbar!
Karya Ratu Rimba Niagara
28 April 2013
(PUISI DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE 13
PADA 5 MEI 2013)
29 April 2013
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
a few seconds ago
PEJUANG RAKYAT BERJIWA RAKYAT
Duhai pejuang rakyat
Kau mesti teruskan perjuanganmu
Biarpun tsunami datang membadai!
Biarpun hatimu hancur lulur remuk redam
Biarpun tubuhmu hancur berkecai dihujani peluru
Di mana kau berada diburu di setiap penjuru
Namun berundur tidak sekali!
Perjuanganmu membela rakyat mesti kau teruskan
Tanpa mempedulikan LIMO atau Ferari
Biarpun kau cumalah kancil
Tapi mindamu pantas daripada LIMO atau Ferari
Justeru jangan kau bimbang...
Jika Perjuanganmu benar suci
Demi rakyat
Demi Agamamu
Demi bangsamu
Demi negaramu
Berjuanglah tanpa jemu
Tanpa henti
Hingga
Nafas terhenti!
Karya: Ratu Rimba Niagara
29 April 2013
PUISI DISIAR DI WALL PM SEMPENA PRU KE -13 PADA 5 MEI 2013
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
a few seconds ago
PEJUANG RAKYAT TULEN
Duhai Pejuang Rakyat Yang Tulen....
Darahku yang mengalir adalah hak rakyat
Darahku yang mengalir juga ada semangat Melayu
Darahku yang mengalir tertulis ,'Fisabilillah'
Aku adalah hak Allah
Hamba Allah yang berjawatan hamba sampai kapanpun!
Aku adalah khalifah di muka bumi ini
Justeru siapapun mereka
Takkanku hiraukan
Biarpun berpenat berlelah
Biarpun jasadku
Dihujani peluru di setiap penjuru
Namun kuberundur tidak sekali!
Pantang Pahlawan Melayu tewas
Sebelum turun ke gelanggang!
Dulu kini dan selamanya
Aku telah pun bersedia
Membela nasib rakyat
Yang harus dibela
Biarpun aku dicerca!
Dipandang sebelah mata
Bagi mereka yang tidak berpuas hati
Cara aku membela rakyat
Aku dengan caraku
Dan kau dengan cara kau
Biarpun kita berbeza pendapat
Tapi matlamatnya tetap sama
Iaitu membela rakyat yang harus dibela
Dalam perjuangan
Mesti ada yang tidak berpuas hati
Mesti ada mengumpat mengeji
Mesti ada iri hati
Mesti ada dengki mendengki
Mesti ada tikam menikam
Jatuh menjatuh
Hingga tersungkur!
Kekuasaan menjadi rakus
Sampai memakan diri!
Kerana darahku tertulis 'Fisabilillah'
Takkan kuhiraukan semua yang memakan diri
Yang ada di hatiku darah ."Fisabilillah"
Nyawaku telah kupertaruhkan untuk:
Allah
Rakyat
Bangsa
dan negaraku tercinta!
ALLAHU AKBAR!
BERJUANGLAH HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR
DUHAI PEJUANG TULEN RAKYAT SABAH JUA RAKYAT MALAYSIA
Karya Ratu Rimba Niagara
29 April 2013
(PUISI DIILHAMKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
about a minute ago
PANTUN WAKIL RAKYAT KESAYANGAN RAKYAT
Bertuah sungguh masyarakat Kampung Sijangkang,
Kerana mempunyai pemimpin seperti ARK;
Menabur budi dari dulu hingga sekarang,
Tak pernah jemu tak pernah riak.
ARK Wakil Rakyat sentiasa aktif,
Setiap hari setiap minggu setiap bulan ada aktiviti;
Di minda Yang Berhormat ARK sentiasa positif,
Semuanya dilakukan demi rakyat yang disayangi.
Setiap program dan aktiviti dibincangkan,
Agar kerja yang dijalankan berkualiti;
Apabila dilaksanakan penuh kelancaran,
Semua pihak rasa kepuasan di hati.
ARK pemimpin bagaikan permata,
Berjiwa patriotik pemimpin disegani;
Bilamana POLIS bergabung dengan RELA,
Bertambah aman makmur Malaysia ini.
Menteri Pelajaran datang ke Kampung Sungai Manggis,
YB Abdul Razak Khasbullah menyambut penuh gemilang;
Kegemilangan pelajar ibubapa menangis,
Menangis kegembiraan anak cemerlang.
ARK menjadi Panel Penasihat,
Panel penasihat Klinik Daerah Kuala Langat;
Setiap program dijalankan demi kebaikan rakyat,
Agar rakyat 1Malaysia sentiasa sihat walafiat.
Gotong royong amalan mulia,
Talisiraturrahim terjalin ikatan mesra;
ARK berbudi tak kira masa,
Menjamu durian semuanya suka.
Apabila ARK turun padang,
Rakyat gembira tidak terperi;
Masalah rakyat semua dicadang,
Beliau dengari lagi fahami.
ARK tidak lupakan pemimpin muda,
Diberi sokongan seratus peratus;
Generasi muda terus di persada,
Di meja persidangan idea tercetus.
ARK galakkan generasi muda,
Menjadi petani moden serba canggih;
Hasil diperolehi menjadi nyata,
Berpendapatan tinggi mereka bermegah.
Bersarapan pagi di warung Jumali,
Keramahan Jumali buat hati terhibur;
ARK bersarapan sambil memerhati,
Keluh kesah rakyat sentiasa didengar.
Menu dihidang membuka selera,
Teman facebook ARK amat suka;
Bertalisiraturrahim jalinan mesra,
Moga ARK menjadi pemimpin diminati.
ARK tersenyum ada gaya,
Pasakit tengok pasti terhibur
Bercakap benar rakyat percaya,
Menggerakkan COMBI adalah wajar.
Setiap peruntukan ARK agih,
Diagih pada yang layak terima;
Yang tak layak jangan terhegeh-hegeh,
Kerana keadilan sama diterima.
Cincin ARK cantik bersinar,
Sinarnya amat menyilaukan mata;
Perjuangan ARK memberi sinar,
Pada rakyat yang sedang menderita.
Apa ada pada nama,
Nama salah perlu diperbetulkan;
Minta maaf dengan segera,
Agar tidak disalah ertikan.
Minum pagi di kedai Kak Pah,
Ramai yang datang bersarapan pagi;
Sambil minum mendengar ARK berceramah,
Apa yang diperkatakan ARK semua didengari.
ARK diam sejenak memikirkan,
Masalah rakyat sama dirasa;
Mohon Allah berikan jalan,
Bagi membantu rakyat derita.
ARK memuji keramahan Kak Pah,
Mendoakan Kak Pah maju jaya;
Jawatan disandang bukan untuk bermegah,
Hanya membantu rakyat agar berjaya.
Di kedai Kak Pah tempat mesyuarat,
Masalah rakyat setempat dikemukakan;
ARK kusyuk mendengar masalah rakyat,
ARK memikir bagaimana hendak diselesaikan.
Ketika mesyuarat perbezaan pendapat memanglah ada,
YB Abdul Razak Khasbullah diam mendengar saja;
Setelah habis mereka berkata,
ARK memutuskan semua masalah akan diatasi segera.
Ketika mesyuarat bersenda gurau,
ARK tergelak terasa lucu;
Ceramah ARK mereka tak jemu,
Budimu dikenang oleh masyarakatmu.
ARK menghadiri majlis kenduri,
Kenduri tahlil mengingati aruah;
Nikmat hidup ARK syukuri,
Bersyukur rakyat hidup di bumi bertuah.
Seorang pemimpin hatinya tulus,
Menabur jasa sepenuh hati;
Demi rakyat berkhidmat sepenuh ikhlas,
Jasamu ARK diingat hingga ke mati.
Di wajahmu terukir senyuman,
Dibalas senyuman rakyat miskin;
ARK jasamu rakyat tertawan,
Moga kepimpinanmu jadi teladan.
Apabila tiba musim pilihan raya,
Semua parti ingin menjadi jaguh;
Jaguh rakyat menjadi pilihan,
ARK berkempen penuh berhemah.
ARK jadilah pemimpin budiman,
Diredhai Allah hidup matimu;
Kau berjuang bukan mengharap balasan,
Hanya semata kerana Allah Yang Satu.
Wakil Rakyat Kesayangan Rakyat,
Abdul Razak Khasbullah lah orangnya;
Turun padang bertemu rakyat,
Nasib rakyat sentiasa dalam pembelaannya.
Terima kasih Wakil Rakyat Kesayangan Rakyat,
Rakyat kenangi segala jasa dan budimu;
Perjuanganmu suci murni untuk rakyat,
Rakyat ingati tika hidup dan matimu.
Karya: Ratu Rimba Niagara
29 April 2013(PANTUN DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK WAKIL RAKYAT KESAYANGAN RAKYAT YB ABDUL RAZAK KHASBULLAH
MOGA BERJAYA DIPILIH OLEH RAKYAT NANTI)
(DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU-13 PADA 5 MEI 2013)
Najib Razak added a milestone from June 23, 2011 to his timeline:
Set up 1Malays...
Ratu Rimba Niagara
posted to
Najib Razak
a few seconds ago
GURINDAM SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT
Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak yang soleh
Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan belia Malaysia
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok daerah
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
Dan siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
Suasana sepi seketika
Bertafakur dalam kesyukuran padaNya
Allahu Akbar
Dengan KebesaranMu Tuhan
Kau Kurniakan seorang pemimpin
Berjiwa Rakyat
Kami Syukuri Dalam Sujud!
Kami sayang pemimpin kami
Hadirnya kami hargainya
Perginya kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
Dengan SyurgaMu
Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Ratu Rimba Niagara
29 April 2013
GURINDAM DISIARKAN DI WALL PM SEMPENA PRU KE-13
PADA 5 MEI 2013
PARTI UTAMAKAN RAKYAT AKAN MENANG!
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura buat tak tahu;
Sudah tiba masanya PRU,
Kuasa rakyat sebagai penentu.
Semua Parti Mahu Menang ,
Kuasa rakyat yang menentukan;
Pemimpin utamakan rakyat akan menang,
Justeru duhai pemimpin utamakan rakyat daripada kepentingan.
'SELAMAT MENGUNDI... UNDIAN ANDA PENENTU MASA DEPAN
RAKYAT DAN NEGARA KUASA DI TANGAN ANDA BUATLAH PILIHAN YANG TEPAT AGAR ANAK CUCU TIDAK MENYALAHKAN ANDA NANTI'
Karya Ratu Rimba Niagara
29 April 2013
(PANTUN DIILHAMKAN SEMPENA PRU KE-13 PADA 5 MEI 2013)
(PETIKAN DARIPADA WALL NAJIB RAZAK & RATU RIMBA NIAGARA)
29 April 2013
WWW
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment