SI PUJANGGA PERASAN SENDIRI
Duhai tuan hamba yang bijak berpantun,
Siapalah hamba untuk dikenali;
Hanyalah rakyat biasa tak berdarjatpun.
Ratu itu cuma nama pena untuk dikenali.
Mereka bilang apa ada darjat ratu,
Cuma mengaburi rakyat gilakan darjat;
Bukan kepalang sedih rasa hatiku,
Karna hidupku bukan gilakan darjat.
Karang mengarang kisah ratu & raja,
Kisah Bangsawan diRaja minatku;
Ingin direalisasikan Institusi diRaja,
Agar rakyat minat hasil karyaku.
Biarpun aku bukan keturunan diRaja,
Keinginanku memartabatkan institusi diRaja;
Inilah saja sumbang baktiku pada Raja,
Sebagai rakyat yang taat setia pada Raja.
Kerajaan Rimba Niagara bermulalah inspirasi,
Memegang watak sebagai Ratu;
Memerintah Rimba Niagara penuh motivasi,
Rakyat rimba menyuntik semangat Ratu.
Kerajaan rimba niagara dunia fantasi,
Ingin direalisasi menjadi realiti;
Biarpun dibilang aneh dunia fantasi,
Jika Allah izinkan tak mustahil jadi realiti.
Berkat kesabaran mengarang kisah diRaja,
Kerajaan Rimba Niagara bersama rakyat rimba;
Telah bersiri-siri dikarang kisah bangsawan diRaja,
Dengan izin-Nya diilhamkan kisah kerajaan rimba.
Karna teruja dengan dunia karang mengarang,
Makanya dicari rakan fb yang sanggup memberi komentar;
Dari dulu sampai sekarang;
Masih belum diketemui yang setia beri komentar.
Rasa kecewa memanglah ada,
Tapi apa kan daya mereka tak sudi;
Menjadi rakan fb sekadar wujudnya ada,
Karna kecewa kuundurkan diri.
Yang kaget pada awalnya,
Berjanji memberi komentar setia;
Tapi lagi lama pelbagai alasan dicipta,
Janji cumalah tinggal janji selamanya.
Sudahlah rakan fbku terhad adanya,
Dipilih ditapis agar mereka fahami duniaku;
Sentiasa memberi kerjasama tak kira masa,
Tapi itu cuma harapan tinggal ilusiku.
Karna masa terus berlalu,
Mana yang sepi terus-terusan;
Kuundurkan diri maafkan daku,
Tak perlu kutunggumu karna bosan.
Karna tak mahu saling menyakiti,
Setiap yang sudi menjadi rakan fbku;
Kupikirkan bukan tak sudi,
Karna tak mahu terluka hatinya hatiku.
Moga tuan hamba sudi memahami,
Dunia sastra ku yang gila-gila sastera;
Kalau sudah faham silakan mengenali,
Jika tak paham apalah daya .
(hehehe salam santun dariku si pujangga perasan sendiri)
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
22 Mei 2913
No comments:
Post a Comment