Sasteraku Duniaku
Sunday, 7 July 2013
YTM SRI PEMANGKU ADAT SAJA YANG LEBIH ARIF DAN BIJAKSANA MENJAWABNYA. TENTANG SAWERIGADING
YANG BERGELAR KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI
RATU RIMBA NIAGARA
15 April 2013
11 hours ago
·
Like
Options
Perkumpulan Karaton Nusantara
Unlike
·
·
Unfollow Post
·
Share
·
14 hours ago
You,
Rubianto Tanoto
,
Badar Al-ahmadi
and
Perkumpulan Karaton Nusantara
like this.
Andi Nur Amri
Tabe'...Siapakah beliau ini...???
14 hours ago
·
Like
·
1
Perkumpulan Karaton Nusantara
lukisan lakar SAWERIGADING..
14 hours ago
·
Like
·
1
Khery Aprilia
Maaf mau tanya Apakah betul ini gbr diri Baginda Sawerigading? Ataukah Hanya Lukisan semata yg dilikis olh Pelukisx berdasarkan apa yg dipikirkanx / hanya membayangkan kemungkinan2 dri Wajah Sawerigading... Seperti Halx Banyakx gbr Wajah yg dilukis berdasarkan Pikiran2 apa yg dihayalkan olh Pelukis ttg Ke 4 Sahabat Rasulullah...
14 hours ago
via
mobile
·
Like
·
1
Perkumpulan Karaton Nusantara
ini hanyalah lukisan sahaja..yang berdasarkan bayagan/gambaran pelukis moden saja..
14 hours ago
·
Like
·
2
Ratu Rimba Niagara
CARA MEMEGANG SENJATA NAMPAK KEPERKASAANNYA MENENTANG MUSUH DURJANA.
14 hours ago
·
Like
·
1
Khery Aprilia
Masalah yg dtg kemudian bisa sj kelak Generasi belakang menganggapx sbg Lukisan wajah yg asli pdhal tdk ada yg tau bgmn fotret wajah sesungguhx... Apakah apakah hal itu tdk trmasuk pd Kebohongan Publik ??? Dri Pelukisx?? Ataukah Bisa sj Pelukisx sebenarx tdk menyangka bhw Lukisanx akan dijadikn symbol sosok Sawerigading ?? Mohon Maaf YM jika z salah....
14 hours ago
via
mobile
·
Like
·
1
Perkumpulan Karaton Nusantara
pelukis hanya sekadar melukis sahaja..jadi jika ada yang benar barangkali mungkin juga berdasarkan makluman dari pencinta budaya orang bugis sendiri dan itu orang yang lebih arif saja .. boleh menjelaskan..jadi harap maklum ya..
14 hours ago
·
Like
·
1
Ratu Rimba Niagara
Sejujurnya lukisan yang dilukis nampak asli kepahlawan diRaja Bugis .
13 hours ago
·
Like
·
1
Perkumpulan Karaton Nusantara
boleh juga dikira begitu..namun masih kurangnya asli lagi tapi untuk ini , rasanya udah kira asli..orginal..
13 hours ago
·
Like
·
1
Andi Nur Amri
Lukisan ini ada terpajang di dalam Istana Kedatuan Luwu, dan pelukisnya adalah Pak Musly Anwar...
13 hours ago
·
Like
·
1
Perkumpulan Karaton Nusantara
untuk yang asli lagi cuma YTM
Sri Pemangku Adat
saja yang lebih arif dan bijaksana menjawabnya namun beliau dalam urusan penting waktu ini..harap maklum..
13 hours ago
·
Like
·
1
Ratu Rimba Niagara
SUMPAH PENDEKAR MELAYU!!!
By: Tentera Fisabilillah & Ratu Rimba Niagara
TUJUH PETALA BUMI,
TUJUH PETALA LANGIT,
DARI GUNUNG KE LEMBAH CURAM
DARI SUNGAI KE LAUTAN BERGELOMBANG,
KEMBARA ADALAH SETIA PADA SUMPAH,
KEMENYAN DAN SETANGGI PENYERI KEHADIRAN KITA
WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA,
DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITULAH LANGIT DIJUNJUNG
SUMPAH PENDEKAR,
PANTANG BERUNDUR WALAU SETAPAK
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL,
PANTANG DERHAKA PADA TITAH
PANTANG KERIS DIPINGGANG KALAU TAK BERANI MATI,
BERDENTUM GURUH DI LANGIT,
MEREKAH BUMI DIPIJAK.
PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK
PULANGKAN PAMOR PADA KERISNYA,
PULANGKAN SIREH PADA GANGGANGNYA,
PULANGKAN MAHKOTA PADA WARISNYA,
PULANGKAN COKMAR PADA LAKSAMANA,
PULANGKAN LANGKAH PADA GELANGGANG,
PULANGKAN SUMPAH PADA PENDEKAR,
PULANGKAN ROHANI PADA JASMANI,
PULANGKAN BANGSA DAN MARTABAT,
SUMPAH BUKAN CUMA DIBIBIR,
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG,
BUMI WARISAN INI,
TANAH TUMPAH DARAH KITA,
MASIH MENUNTUT SEMANGAT YANG BELUM TERTUNAI,
PRIBUMI BUKAN SEKADAR GELARAN TANPA MAKNA,
KITA ADALAH ANAK WATAN,
DARAH YANG MENGALIR DI TUBUH KITA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TUMPAH DI BUMI MELAKA,
SEMERAH DARAH SI JEBAT MELEKAT DI TAMING SARI,
SEMERAH DARAH SI JEBAT YANG TERCALIT DI KENING HANG TUAH,
SEMERAH DARAH HANG NADIM YANG TERHUMBAN DI LAUT TEMASIK,
DAN KITA MASIH DI SINI,
MENDEPANI HARI-HARI YANG SEMAKIN MENCABAR,
KEUTUHAN TEKAD YANG KENTAL,
SUMPAH KERAMAT SEORANG PENDEKAR,
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,
~~~BERSATULAH WAHAI ANAK BANGSAKU~~~~
JAGALAH TANAH PUSAKA PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYU
By: Ratu Rimba Niagara
SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
KUTOREH DARAH SEBAGAI TINTA
BIAR DARAHKU KERING DITUBUH DIJADIKAN TINTA
TANDA AZAMKU TAK PERNAH LUNTUR
BERSAMA SEMANGAT JUANG PENDEKAR MELAYU
SUMPAH KERAMAT PENDEKAR MELAYU
BERPADU DALAM SUMPAHKU
SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN
TAK AKAN KUBIARKAN PENDEKAR MELAYU
MATI SEBELUM DIMATIKAN
SEBELUM MUSUH DURJANA MERAMPAS TAHTA
AKAN KUTIUPKAN BARA API PERJUANGAN
PENDEKAR MELAYU AGAR TAK LAYU SEBELUM DILAYUKAN
AKAN KUPASTIKAN AZAM DAN SEMANGAT JUANGNYA
MENGATASI KEPENTINGAN SENDIRI
TIADA HARI TANPA PERJUANGAN
HIDUP DAN MATI HANYA KERANA ALLAH
TAK AKAN DIKISAHKAN
NAMA UNTUK DIJULANG SEBAGAI PENDEKAR
YANG ADA DI JIWA
MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI MUSUH DURJANA
BIARPUN NYAWA DI HUJUNG TANDUK
TAK AKAN BERUNDUR BIARPUN SETAPAK
AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN
BIARPUN BERMANDIKAN DARAH
TAKKAN DIHIRAUKAN
SEKALIPUN JASAD REBAH MENYEMBAH BUMI
SEMPAT TERSENYUM
PADA ANAK BANGSA
DARAHKU YANG GUGUR KE BUMI
ADALAH HADIAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARAKU
JAGALAH PENINGGALAN MOYANG PENDEKAR MELAYUMU
DUHAI ANAK BANGSAKU...
DOAKAN AKU SYAHID KE JALAN-NYA
DUHAI YANG MENCINTAIKU KERANA-NYA
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
8 Syaaban 1434H
17 Jun 2013M
(PETIKAN DARIPADA GROUP TENTERA FISABILILLAH
& RATU RIMBA NIAGARA)
26 Jun 2013
13 hours ago
·
Like
·
1
Ratu Rimba Niagara
WARISAN BERKURUN DARI DATO LAKSAMANA
SEKALUNG BUNGA PAHLAWAN SASTRA NUSANTARA KEPADA SEMUA PEJUANG SASTERAKU DUNIAKU. KALIAN SUMBER INSPIRASIKU, MAKANYA JANGAN BIARKAN SASTRAKU NAZAK! JIKA SUDI MENJADI PEJUANG SASTRAKU KATAKAN SUDI JIKA NGGAK SUDI NGGAK APA-APA...MANALAH TAHU ADA YANG BENER-BENER IKHLAS MAHU MENJADI PEJUANG SASTRA NUSANTARAKU SEIKHLAS HATI KARNA ALLAH TAALA.
Ratu Rimba Niagara shared Ayahanda Panglima Pangeran Aduka's photo.
Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali... Masih sy ingat lagi layanan istimewa beliau kpd saya dan rakan2 pada tahun lpas... Walau pun hnya sehari semalam je tinggal di rumah beliau tp ilmu yg di kongsikan amat bermanfaat... Semoga Allahyarham Tuan Guru Ayahanda Pak Ya,Guru Utama Perguruan Gerak Insan Seni di Melaka di tempatkan di tmpat org yg beriman..beliau juga merupakan Ayahanda dlm Pekida di melaka.. Al Fatihah...
#
Mohon
Panjang kan ///
PENDEKAR MELAYU ADALAH TENTERA ALLAH
Takkan hilang melayu di dunia,
Itu sumpah Laksamana Hang Tuah;
Bersatulah Melayu sedunia,
Itulah jiwa Laksamana Hang Tuah.
Pendekar melayu menjadi sanjungan,
Dulu kini dan selamanya;
Perdekar melayu tak akan diperlekehkan,
Disanjungi kerana kekuatan makrifatullahnya.
Melayu sakit semuanya sakit,
Kerana jiwa melayu berakar umbi;
Bersatu berpadu melayu hilanglah sakit,
Itulah bukti melayu sudah satu hati.
Melayu pencetus kebangkitan ummah,
Jiwa islam mahu mati fisabilillah;
Pendekar melayu akan satukan ummah,
Kerana mahu mati dalam fisabilillah.
Jiwa pendekar melayu tak takut mati,
Anak jantan melayu pantang dicabar;
Akan bertarung tak undur walaupun seinci,
Nyawa jadi taruhan jika dicabar.
Melayu hina melayu kepantang melayu,
Pahlawan melayu akan turun ke gelanggang;
Bermandikan darah hebatnya pahlawan melayu,
Nyawa jadi taruhan tanda kasih dan sayang.
Melayu kuat kerana bersatu,
Kutuk mengutuk hina menghina;
Bukan jiwa pendekar melayu,
Yang ada membela yang teraniaya.
Institusi Raja melayu dipertahankan rakyat,
Raja sekarang selalu muafakat;
Muafakat Raja bersama rakyat,
Raja dan rakyat hidup penuh berkat.
Hulubalang sultan sedia berbakti,
Pada raja berjiwa hamba-Nya;
Rela pertaruhkan nyawa demi raja dikasihi,
Laksamana lambang kepahlawanan sejati.
Nusantara bumi bertuah dihuni bangsa melayu,
Raja dan rakyat saling menyanjungi;
Kata sepakat semua rumpun melayu,
Barulah mengundang Rahmat Kasih Ilahi.
Melayu oh! melayu
Perwira oh! perwira
Pahlawan oh! pahlawan
Pendekar oh! pendekar
Laksamana oh! laksamana
Hulubalang oh! hulubalang
Berjuanglah kalian
Hingga ke titisan darah terakhir
Fisabilillah lah kamu jangan jemu
Syahidmu di medan juang
Allah sayang padamu
Syurga Firdausi tempatmu
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR
Syukurlah olehmu kerana Allah memilihmu
Syahid ke jalan-Nya
Pendekarku kau adalah TENTERA ALLAH
Aku bangga denganmu
Sekalung bunga Syurga kukirimkan padamu
Percayalah bidadari menantimu di Syurga Firdausi
Balasan syahidmu ikhlas kerana-Nya
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
25 Jun 2013
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR TENTERA FISABILILLAH YANG RELA SYAHID KE JALAN-NYA)
PENDEKAR-PENDEKAR GAGAH BERANI BERDIRI MENJADI BENTENG MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEBENARAN.
PENDEKAR-PENDEKAR BERKATA:
“MUNDUR KAMU WAHAI PENGKIANAT BANGSA…”
“AKAN TETAP KAMI HALANG NIAT DAN HASRAT BUSUK KAMU….”
“TAK MUNGKIN KAMI BERUNDUR WALAU SELANGKAH …”
“DAN TIDAK KAMI BENARKAN WALAU SEINCI TANAH PUSAKA ZAMAN INI DIROSAKAN OLEH KAMU WAHAI PENGKIANAT NAN DURHAKA….”
HEI KERSANI..MENGALIRLAH DIKAU..MENJADI RAKSA MENGISI BELIKAT TUBOH KAMI..AGAR BISA KAMI BERDIRI..GAGAH BAGAIKAN LAKSAMANA MELAYU..AGAR BISA KAMI MENGHALANG SEKELIAN PENGKIANAT NAN PENDURHAKA…
PATAH SAYAP..PARUH BERTONGKAT PARUH..TETAP KAMI PERTAHANKAN JUA RAJA-RAJA MELAYU…
ITU SUMPAH PENDEKAR KAMI.!!!!
By: Kumbang Segak
13 hours ago
·
Like
·
1
Ratu Rimba Niagara
JANJI-MU PASTI KARNA ITU HANYA ENGKAU SAJALAH TEMPAT
KUSANDARKAN HARAPAN!
Ketika aku menyeberangi sungai
batu kerikil yang kupijak nggak pun simpati denganku
karna aku tak mampu membeli sepatu untuk alas kakiku
Kuteruskan perjalanan tanpa sepatu tuk menyeberangi sungai
yang jauhnya cuma dalam imaginasiku
Sepanjang perjalanan tanpa sepatu
aku tinggalkan kesan tapak kaki berdarah
Sepanjangan perjalanan ke sungai
sakit emangnya sakit tak terperi
di tahankan juga
Semak samun berduri terpaksa kuredah
tanpa ehsan melukakankan seluruh tubuhku
ku pertahankan juga demi menuju ke sungai
Sesudah itu terlalu banyak persimpangan
hingga aku tak tahu mana satukah persimpangan
yang boleh sampai ke sungai yang hendak di tuju
Semua persimpangan mengajakku melalui simpangnya
karna simpang mereka itulah yang benar untuk sampai ke sungai
setiap persimpangan yang menjanjikan akan berjaya sampai ke
sungai aku ikut persimpangan itu karena percaya dengan janjinya
tapi janji tinggal janji semuanya janji palsu
tiada pun sungai yang kutemui
bila aku keluar balik dari persimpangan yang menipu itu
persimpangan itu ketawakan aku
"Aku cuma menabur janji kosong dengan kamu....karna
hidupku memang suka berjanji kosong ...walaupun dunia tahu aku yang menepati janji"
"Ketawalah kau dengan janji palsu mu itu...
aku pasti satu saat nanti kau akan rasain apa yang aku rasa ...
betapa harap dan kecewanya jika janji tidak ditepati....dasar...
sebenarnya kau bukan petunjuk jalan untuk kusandarkan harapan demi masa hadapan...
aku boleh menghadapi masalah tapi aku tak tega berhadapan dengan masalah orang seperti kamu yang lupa akan janji yang tak tepati janji....dan aku tak perlukan orang-orang seperti kamu lagi karna kepercayaan aku telah hilang padamu....
makanya menepi kamu! mundur kamu! dalam hidupku...
namamu telah kupadam dalam senarai perjuanganku untuk pergi ke sungai itu...aku tak kisah mereka bilang aku kesendiriaan berjuang daripada berjuang dengan mereka yang tak jujur
dalam menunjukkan jalan dan tak tepati janji ...."
Sekarang aku teruskan perjalanan tanpa siapa-siapa lagi..
.bagiku aku tak perlu lagi menangis di hadapan mereka ,
merayu-rayu kepada manusia mohon simpati agar membantu
aku menunjukkan sungai yang hendak dituju
lagi aku menangis di hadapan mereka
lagi hatinya keras tanpa ehsan sedikit pun
lebih baik aku tetap senyum biarpun hatiku terluka parah
Air mataku ini hanya untuk Allah Azzawajallah yang menduga aku
begini hebat DIA duga aku tanda DIA cintakan aku
DIA duga aku mengikut kemampuan aku menghadapi ujian-Nya
Makanya aku yakin aku pasti jumpa sungai yang hendak di tuju itu Tuhanku bila DIA berjanji pasti ditepati
Akan tiba saatnya nanti aku akan tiba bertemu sungai yang di tuju
Karna matlamatku satu mahu meraih cinta-Nya
menjadi kekuatanku menuju ke sungai
biarpun telah ribuan kesan tapak kaki berdarah kutinggalkan
mereka melihat kesan tapak kaki berdarah ku semuanya
tak dapat membantuku malah cukup mengatakan ,"kasihan dia"
Aku pun tak perlu kasihannya orang
daripada orang-orang yang hanya mementingkan diri sendiri
yang berkata tak seiring hati
hatinya tetap membatu terdinding
didindingkan bayu mega senja alammaya...
Tanpa kusadar...
rupanya aku hampir sampai ke sungai
yang selama ini begitu perih ...perit aku mencarinya
sampai di sungai aku menadah tangan
"SYUKUR YA ALLAH DENGAN IZIN-MU KAU TEMUKAN
AKU SUNGAI YANG KUCARI SELAMA INI..
WALAUPUN DALAM KEADAAN SERBA
MENCABAR....KESABARANKU UNTUK BERTEMUNYA.
KARNA AKU YAKIN JANJI-MU ADALAH PASTI...
MAKANYA BERTEMULAH AKU SUNGAI NAN INDAH INI
AIR NYA TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA."
Karya Ratu Rimba Niagara
26 Syaaban 1434H
5 July 2013M
12 hours ago
·
Like
·
1
Ratu Rimba Niagara
LIHATLAH LADANG KARYAMU SAUJANA MATA MEMANDANG!
Aku suka berladang
ladangku luas
seluas saujana mata memandang
Aku puas dengan hasil usahaku
aku tak gunakan jentera apa-apa
untuk mengusahakan ladang
aku hanya berbekalkan
semangat
cita-cita
dan harapan
Untuk menjayakan ladangku yang luas inilah
kugunakan cangkul
cangkul yang matanya hari-hari kuasah
bagi tajam bagi senang aku bercangkul
Nak pikir dari segi logik
emangnya tak logik
tak masuk akal
bagi orang yang barakal
mana bisa hanya berbekalkan cangkul boleh mengusahakan
sebuah ladang yang luas terbentang
bersendirian
kesendiriaan
berhujan
berpanas
dihina
dijelekkan
yang ada kejian dan cacian
hingga kering air mataku
Berhujan kek
berpanas kek
ribut angin topan kek
apa kek lah
sampai tak ada kek lagi
setiap hari aku bercangkul
cangkul...cangkul...cangkul...
cangkul tanpa mengenal arti capek
jemu dan berputus asa
Semuanya bilang aku ini gila
ketawakan aku
segala usahaku tak akan jadi realiti
menjadi bahan ketawa
karna anganku yang tak masuk akal
Lalu ku tanya dunia
duhai ...adakah kau sudi mendukung usahaku
satu dunia geleng kepala
satu dunia tak akan membantumu duhai cangkul
dunia hanya mampu ketawakan bila cangkulmu tumpul
dicangkulkan juga sepenuh daya
pasti tak menjadi usahaku bertanam di ladangku
Lalu ku tanya bumi
duhai bumi
bisakah kamu mendukung perjuanganku
bisa duhai cangkul
aku diutuskan oleh Tuhanku
untuk membantumu
karena kau berusaha sedaya upaya menggunakan cangkul
mengusahakan ladang yang luas
tengok tu ...
ladang karyamu seluas-luasnya
dan ladang karyamu sudah pun berhasil
sudahpun dipetik hasilnya
oleh jutaan pembaca ladang karyamu ...
mereka semua suka
mereka terharu
syahdu
merasai hasil tanaman karyamu
setelah makan hasil tanaman karyamu
lagi dimakan lagi tak jemu
sebagaimana kamu berkarya
lagi berkarya lagi banyak ide
kamu berbagi pada semua
tanpa mengira keuntungan duniawi
Makanya kau jangan bilang kau
akan tewas atas usahamu menyediakan
ladang karya nan luas ini
biarpun pada pandangan mereka
tiada mendatangkan hasil duniawi untukmu
anggaplah itu kata-kata orang-orang yang mendengki
apabila dia mendengki
dia dengkikan kamu
karna dia nggak bisa
berkarya berbakti pada manusia
sebab Allah tak ijinkan mereka berkarya
Allah ijinkan kamu berkarya
karna kamu bukan pentingkan keuntungan duniawi
yang kamu mahu ladang karya kamu luas dan hasilnya
adalah untuk anak cuu nusantara
Percayalah Allah redho hasil usahamu
janganlah bimbang percayalah yakinlah
Allah sentiasa bersama orang yang suka berbuat kebaikan
Cangkul yang kau gunakan
untuk mengusahakan ladang karyamu itu
akan menjadi saksi
di hari kematianmu
mencangkul bumi
dari Allah kau datang
dari Allah kau dikembalikan
Allah yang hidupkan
Allah yang mematikan yang hidup
Cangkulmu pasti akan tersenyum,
'Sehingga akhir nafasku aku berbakti denganmu duhai manusia
Sekarang kau kukebumikan
Selamat tidur dalam pelukan bumi
Selamat tidur di Taman Syurga
Selamat tidur Bidadari Syurga
Selamat menikmati suasana Syurga hingga hari Qiamat
kau akan dibangunkan agar dapat melihat wajah Tuhan
yang Menciptakan kamu bersama-sama dengan hamba-hamba
pilihan-Nya'
CETUSAN IDE RATU RIMBA NIAGARA
22 Syaaban 1434H
1 Julai 2013
12 hours ago
·
Like
·
1
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP SRI PEMANGKU ADAT & RATU RIMBA NIAGARA)
8 Julai 2013
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment