Sasteraku Duniaku
Wednesday, 18 December 2013
BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN' BUNG KARNO
BUKAN DARJAT DAMBAAN CINTA
Ratu Rimba Niagara
shared
a photo
.
Penulis at Perkhidmatan Minda Kreatif · 261 Followers
Like
·
·
about a minute ago
·
CINTA RUBY
cintamu
cintaku
bersemadi
dalam jiwa
anak merdeka
kasihmu
kasihku
hidup selamanya
selagi ada purnama dan mentari
sayangmu
sayangku
sejujur sayang
lahir dari lubuk hati yang dalam
sayang selamanya sayang
rindumu
rinduku
sentiasa membara
walaupun ombak tsunami
datang membadai
cinta kasih sayang rindu kita
tak kan terpisah
sentiasa hidup
biarpun zaman berganti zaman
diwariskan cinta kasih sayang rindu
sehinga dunia belum qiamat
hiduplah....hiduplah ...hiduplah
cinta kasih sayang rindu
dalam darahmu
dalam jiwamu
dalam ingatanmu
bahawa darahmu darahku darah anak cucu nusantara
bersemadi di jiwa kita serumpun melayu nusantara
ALLAHU AKBAR
indahnya cinta kasih sayang rindu kita
seindah Permata Ruby gugur dari Syurga
Kurniaan Ilahi
yang sama kita syukuri
Syukur Ya Allah
Kurniakan kami
CINTA RUBY
Semurni Syurga
Karya Ratu Rimba Niagara
Pujangga Ratu Rimba Cinta 5 Benua
MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND
10 Safar 1435H
13 Desember 2013M
(PUISI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA RAJA,, KESATRIA,
PEMIMPIN DAN RAKYAT NUSANTARA SEMPENA SAMBUTAN
HARI NUSANTARA 13 DESEMBER 2013 ,'SAYANG KALIAN SAMPAI SYURGA')
Ratu Rimba Niagara
shared
a photo
.
Penulis at Perkhidmatan Minda Kreatif · 800 Followers
Like
·
·
about a minute ago
·
BANGUNLAH SATU DUNIA DI MANA SEMUA BANGSA HIDUP DALAM DAMAI DAN PERSAUDARAAN' BUNG KARNO
Like
·
·
Share
·
Stop Notifications
3 people
like this.
Hudi Wantoro
·
Friends with
Bunda Ratu Negari I
Mantap,, mari kita jaga terus Rasa persaudaraan, Persatuan dan Perdamaian,,, karena sesungguhan kita masyarakat Bumi bersaudara,, lahir dibumi yang sama, menghirup udara yg sama, meminum air yg sama,, dan Matipun di kubur di Bumi yg sama,,
2 hours ago
·
Unlike
·
1
Ratu Rimba Niagara
'KARAKTER BANGSA INDONESIA ADALAH BANGSA YANG RAMAH TAMAH, GOTONG ROYONG, TANGGUH DAN SANTUN,' SUSILO BAMBANG YUDHOYONO.
2 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
BANGSA INDONESIA ADALAH BANGSA PEJUANG , SEMANGAT PERJUANGAN INI HARUS DIWARISKAN KEPADA GENERASI MENDATANG.' SUSILO BAMBANG YUDHOYONO.
2 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
'MINDA YANG SIHAT TIADA SEMPADAN MASA ATAU USIA'
2 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
Alam menjadi guru untuk muhasabah/koreksi diri betapa kerdilnya kita di Sisi Allah Taala .Aamiin.
2 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
MENGAPA PERLU ADA PERSENGKETAAN SESAMA KITA
Datuk Mohd Faiz Abdullah Bokhari
Mengapa perlu berlakunya persengketaan sesama kita sedangkan hakikatnya kita tercipta daripada sebuah kemesraan & kasih sayang?
Ratu Rimba Niagara BERLAKU PERSENGKETAAN SESAMA KITA KERANA SELAGI NAMANYA MANUSIA SELAGI ITU ADA RASA TIDAK PUAS HATI YANG PELIKNYA DI ALAMMAYA YANG BISU KAKU PUN ADA PERSENGKETAAN SEDANGKAN SALING TAK MENGENALI CUMA KENAL GAMBAR BISU SAJA ITUPUN JIKA LETAK GAMBAR JIKA LETAK POKOK, BUKIT ATAU LAMBANG APA SAJA PUN BOLEH ADA PERSENGKETAAN HINGGA TERPUTUSNYA KOMUNIKASI ALAM MAYA...TAPI TIDAK TALISISIRATURRAHIM ....SAMALAH KITA FIKIRKAN SAPA KITA DI ALAMMAYA INI SAMADA UNTUK MENGUJUDKAN PERSENGKETAAN ATAU SAHABAT DUNIA AKHIRAT ...BERSAHABAT DI DUNIA BERSAHABAT DI SYURGA...TEPUK DADA TANYALAH IMAN SENDIRI....
RATU RIMBA NIAGARA & DATUK MOHD FAIZ ABDULLAH BOKHARI
12 Safar 1435H
15 Disember 2013
2 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
KEJAYAAN SEORANG ITU ADALAH DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR. MOGA KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN DIKUBUR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
2 hours ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
MOGA KITA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN KUBUR DENGAN LANCAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
ALLAH AZZAWAJALLAH MENGIKUT PRASANGKA HAMBA-NYA
KITA SANGKAKAN YANG BAIK-BAIK PADA TAKDIR YANG DITAKDIRKAN KEPADA KITA. DIA UJI KITA TANDA DIA SAYANG KITA. KITA TABAH SABAR MENGHADAPI SEGALA UJIAN DENGAN REDHA. ALLAH SWT MENGUJI MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBA-NYA.
TANDA KEJAYAAN SEMUA HAMBA-NYA YANG ADA DI DUNIA INI BAIK MISKIN KAYA, TUA MUDA ADALAH BILAMANA DAPAT MENJAWAB SOALAN DI KUBUR.
ALLAHU AKBAR MOGA BERKAT BERBAGI ILMU DI DUNIA MAYA INI KITA DAPAT BERAMAL DENGAN IKHLAS DAN IN SHA ALLAH MATI NANTI DAPAT MELAFAZKAN KALIMAH SYURGA DAN DAPAT MENJAWAB KE LIMA SOALAN DI KUBUR BILA TIBA SAMPAI SAATNYA NANTI PASTI MENANTI PASTI DAN AKAN DITEMPUHI OLEH SEMUA HAMBA-NYA YANG PERNAH BERHIDUP DI MUKA BUMI INI. SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI.
YAKINLAH SETIAP YANG BAIK ITU ADALAH DARI ALLAH SWT SELAGI ADA PELUANG KITA SAMA-SAMA BEREBUT MEMBUAT KEBAJIKAN IKHLAS SEMATA KERANA-NYA
AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
"DI KESEMPATAN INI SEMENTARA SAYA ADA PELUANG MELAFAZKAN ...SAYA BERHARAP SEMUA YANG MENGENALI KARYA-KARYA SASTERA SAYA SUDILAH MEMAAFKAN JIKA TERDAPAT BAHASA YANG SAYA KARANGKAN TIDAK BERKENAN DI HATI SEMUA..SAYA INSAN YANG TAK SEMPURNA SUDILAH MAAFKAN SAYA KERANA SELAGI TIDAK MENDAPAT KEMAAFAN DARI SAHABAT ALAMMAYA SEMUA, JIWA SAYA TIDAK AKAN TENANG...TUJUAN SAYA BERKARYA UNTUK MENDAPAT KETENANGAN DI KALA HIDUP DAN MATI...HARAP SEMUA DAPAT MEMAAFKAN SAYA DAN MEMAHAMI DUNIA SAYA.."
SEKIAN. WASSALAM
RAKAN ALAMMAYAMU MOGA DI SYURGA KITA BISA MENYAMBUNG PERSAHABATAN DI DUNIA MAYA INI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
RATU RIMBA NIAGARA
SAHABAT DUNIA MAYAMU YANG MENGASIHIMU DUNIA AKHIRAT,
15 Safar 1435H
18 Disember 2013M
about an hour ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
MOGA BERKAT KITA BERBAGI ILMU DUNIA AKHIRAT DALAM IKATAN SILATURAHIM DEMI-NYA KITA BISA MENJAWAB SOALAN DI KUBUR DENGAN TENANG DAN LANCAR AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
about an hour ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
AKU MAHU HIDUP DAN MATI DALAM REHDA ILAHI
SAHABAT DUNIA AKHIRATKU...
Bagiku tiada apa yang lebih membahagiakan ...
jika sekiranya hidup matiku dalam redha Ilahi...
jika disuruh beri pilihan samada darjat , kuasa , harta
atau segala gudang harta duniawi kupilih jalan-jalan redha Ilahi...
jika boleh setiap masa yang tersisa hendak kupergunakan
masa yang dalam redha Ilahi....
berkata yang ada Nilaian Di Sisi-NYa
hari-hari ...yang difikirkan
apa yang boleh kubaktikan kepada rohku
apa yang boleh kubaktikan kepada roh-roh keluargaku dan
semua yang membaca karya-karyaku
aku mahu roh ku yang masih ada di jasad ini selalu mengajak jasadku ke arah kebaikan yang ada Nilaian di Sisi-Nya...
rohku tarbiyahkan jasadku...
kenapa masih mahu buang masa
kenapa masih mahu marah-marah
kenapa masih mahu berdendam
kenapa masih mahu mengumpat
kenapa masih mahu menfitnah
kenapa masih mahu iri hati sakit hati melihat kelebihan orang
kenapa tak mahu bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan iaitu masih diberikan nafas masih berhidup sedangkan roh-roh yang telah meninggal dunia merayu-rayu pada Allah swt untuk dipulangkan ke dunia agar digunakan masa untuk berbuat segala amalan yang Allah swt redha kerana mereka telah yakin seyakinnya bahawa alam akhirat ini adalah benar bukan dongengan seperti mana yang mereka faham ketika hidup.Jikalah mereka tahu betapa besarnya nikmat ganjaran orang yang bersedekah ....mahu hari-hari mereka bersedekah jariah...harta mereka yang bertimbun ...geran tanah yang bergulung-gulung banyaknya telah menjadi rebutan pewarisnya. Allahu Akbar menangis air mata darahpun tak berguna lagi. Yakin setelah mati memang tak berguna kerana segala pintu taubat telah ditutup walaupun hanya sekadar mahu menyebut ALLAHU AKBAR.
Alangkah bahagianya jika diberi peluang masih hidup pasti si roh akan meratap menangis kerana setitis air mata yang mengalir kerana mengingatkan KEBESARAN ALLAH TAALA sudah boleh memadamkan api neraka ALLAHU AKBAR betapa berniainya air mata ketika masih hidup tidak setelah mati walaupun selautan air mata darah pun tidak bermakna lagi...itulah bezanya orang yang hidup dan orang yang sudah mati.
Orang yang hidup ada peluang berminit-minit...berjam-jam...berbulan-bulan.....bertahun-tahun selagi tak mati boleh beramal soleh sebanyak-banyak-Nya...alangkah beruntungnya jika kita boleh gunakan masa dalam redha Ilahi. Orang yang sudah mati bukan seminit bahkan sesaat pun sudah tiada peluang lagi. Yang ada rugi...rugi...rugi...menyesal...menyesal..menyesal...nasi sudah menjadi bubur...sedangkan masa sehari di dunia adalah seribu tahun di akhirat Allahu Akbar betapa bezanya masa di dunia dan di akhirat bagaikan langit dan bumi. Ketika hidup tak terfikir pun di benak fikiran yang difikirkan duniawi...duniawi...duniawi...segala yang Allah tak suka dibuat yang Allah suka dibenci....malah mencabar Tuhan ...mana ada Tuhan kalau ada Tuhan pasti aku nampak Tuhan tak nampak pun...sehingga sanggup mengaku diri adalah pengikut Syaitan dan Iblis Nauzubillah moga diberi hidayah.
Masa hidup suka ketawakan orang
masa hidup suka hina orang
masa hidup suka hina orang miskin
sudahlah tak ada ehsan dengan orang miskin
dikutuk habis-habis macamlah orang miskin hendak kikis hartanya
ha sekarang dah mati macam mana rasa
mesti dah rasa sakitnya sakaratulmaut
pasti masa itu dah tak mampu hendak ketawakan orang
dah tak mampu nak hina orang
sakit segala sakit di dunia ini
adalah sakit sakaratulmaut
ALLAHU AKBAR
pasti saat-saat yang paling huru-hara tika itu
semuanya menakutkan menggerunlkan
tika hidup akulah pahlawan yang terhandal
akulah pemidato yang terhebat sekali
tengok kekuatan aku sebagai pahlawan boleh ke lawan
malaikat maut ...boleh ke lawan malaikat penyoal kubur...
tak dapat jawab soalan kubur ...pastinya sekali pukulan hancur jasad dan roh selepas itu dihidupkan kembali untuk terus terusan diseksa kubur sehingga tunggu hari Qiamat dan tika itu di seksa di Hari Akhirat pula....ALLAHU AKBAR semua yang dilalui adalah seksa...seksa...seksa...terseksa roh dan jasad...sebab itu pentingnya tika hidup roh dijasad dijaga betul-betul dibekalkan iman yang kukuh sekukuh seumpama akar tunjang yang boleh menerobos hingga ke tujuh petala bumi dan pohon imannya menerobos ke tujuh petala langit...itulah yang mahu didambakan oleh roh yang masih hidup di jasad.
Duhai roh ku yang masih ada di jasadku
serulah aku
bersahabat baiklah denganku
engkau adalah kembarku
jika kau rajin menyeru aku
rajinlah aku beramal soleh
beramal soleh bukan untuk menunjuk pada orang
akulah yang kuat beribadat
pasti kebanggaan itu akan membakar segala amalanku
kerana Allah tidak terima amalan orang yang riak nauzubillah
Duhai rohku yang masih ada di jasadku
serulah aku agar aku yakin seyakin-yakinnya
Allah itu wujud
sebagaimana aku di jadikan bermula dari roh ditiupkan
ke benih ayah dan ibuku dari air mani yang hina
kemudian menjadi segumpal darah dari segumpal darah dijadikan tulang belulang dari tulang belulang dibalutkan dengan daging...ditiupkan roh ketika kandungan berusia empat bulan..ditiupkan roh setelah mengaku TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH KECUALI ENGKAU YA ALLAH, AKU DIJADIKAN UNTUK MENJADI KHALIFAH DI BUMI-MU INI."
Begitu hebat-Nya Allah swt menjadikan manusia dan hinanya manusia sehebat mana pun dia tidak dapat mencipta walaupun seekor nyamuk. Sebab itu segala pakaian kesombongan hanyalah milik Allah Taala. Sebab itu Syurga tiada tempat orang yang sombong. Moga kita tiada tergolong dalam orang-orang yang sombong lagi bongkak.
Merasakan diri terlalu sempurna sehingga hidup hanyalah untuk menyakiti hati saudara seislam tiada langsung ehsan di hati.
Duhai rohku yang masih ada di jasad
serulah aku untuk taat dan patuh kepada Tuhan
tanpa ada apa alasan pun
selagi perkara itu memberi keuntungan dunia akhirat
tak perlu fikir lakukan segera
jika perkara itu mendatang musibah kepada iman
jauhi seperti mana kamu benci untuk dimasukkan ke neraka
ALLAHU AKBAR
Tiada daya upayaku melakukan segala kebaikan di dunia ini
tanpa Nur Hidayah Kasih-Mu
maka belas kasihanlah padaku
untuk aku menyediakan segala bekalan Akhirat yang Kau Redhai
kerana aku mahu hidup dan mati dalam Redha-Mu
Aamiin Aamiin Aaamin Ya Rabbal A'Lamiin.
.....................................................................
SAMPAI NAFAS TERAKHIR TETAP BERSTATUS HAMBA-MU
15 Safar 1435H
18 Disember 2013M
(PUISI INI ADALAH UNTUK TARBIYAH DIRIKU SENDIRI DAN TARBIYAH INI INGIN KUKONGSIKAN/BAGIKAN KEPADA SAUDARA SEISLAMKU YANG KUKASIHI DUNIA AKHIRAT MOGA MEMBERI MANFAAT BUAT DIRIKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYAKU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN).
about an hour ago
·
Like
Ratu Rimba Niagara
MOGA KUBURKU KUBURMU KUBUR SEMUA YANG TERSAYANG MENJADI TAMAN-TAMAN SYURGAWI AAMIN YA RABBAL A'LAMIIN.
DUHAI TEMAN SETIAKU YANG BERNAMA KUBUR
kuburku
apa kabarmu di sana
ku tahu kau sedang menantiku
penantian mu penuh setia
penuh debaran
penuh....penuh ...tanda tanya?
kau akan tanya
apakah aku sudah bersiap sedia masuk ke alammu
yang gelap sunyi sepi pastinya sepi tanpa sesiapa lagi di sisi
yang aku tahu bila mayatku masuk ke kubur
betapa
berdarjatnya aku
kayanya aku
miskinnya aku
perkasanya aku
cantiknya aku
mayatku akan mengembung setelah 7 hari ditanam dalam kubur setelah mengembung akan meletup membusuk menjadi ulat-ulat yang mengemik-ngemik dan aku jadilah tengkorak
itu yang aku tahu dari segi pemikiranku yang lojik ini
yang aku tahu lagi bila mayatku ditanam di dalam kubur
setelah tujuh tapak kaki semua keluarga saudara mara sahabat handai pulang ke rumah aku akan disoal oleh malaikat mungkar nakir dengan 5 soalan kubur
mereka yang masih hidup menggelarkan aku pocong kerana telah menjadi adat manusia mana-mana manusia yang mati digelar pocong macamlah dia tak akan jadi pocong satu hari nanti ye lah ini hari aku masuk ke kubur
mahu tak mahu giliran kamu akan tiba juga
walaupun kamu mahu mengelakkan daripada kematian
tua mati
muda mati
kaya mati
miskin pun mati
apa yang hendak aku kisahkan
yang aku kisahkan
gimana aku di dalam kubur
selamat kah
atau tidak selamat
tanya hati
tanyalah iman
mahu apa pada kuburku
mahu wangikah
mahu busuk kah
kita yang menentukan wangi atau busuk itu
ha itu bergantunglah pada hati kita ketika hidup
kalau hati kita baik ....baiklah kubur kita
kalau hati kita jahat...sendirilah jawablah gimana kubur kita
tika di dunia aku punya rumah bagaikan istana
itu pun tak cukup lagi nak rumah istana sebanyak mana yang boleh
tika di dunia aku ada tanah beribu ekar
itupun tak cukup
aku nak banyak lagi
tanah kepunyaan orang yang dah termaktub hak orang
aku nak juga
aku panggil juru ukur tanah yang paling hebat
katakan tanah mereka itu milik aku
hingga bergaduh-gaduh
hingga berparang-parang
hingga berbunuh-bunuhan gara-gara perebutan tanah
tanah...tanah...tanah...
luas gimana pun aku punya tanah
aku tinggalkan juga...
tanah yang seluas kubur ini saja yang aku punya
takutnya aku duduk dalam kubur ni
sempit...lemas aku tika mereka tutup lubang kuburku dengan tanah
menjerit aku kelemasan minta tolong
tapi seorang pun tak dengar kecuali haiwan yang melata di muka bumi ini
haiwan pun tak dapat nak tolong aku
malah mengejek aku
"padan dengan muka engkau...masa engkau hidup tamak sangat dengan tanah
ha sekarang tinggallah engkau dalam tanah tu menunggu azab yang bakal kau
terima hingga hari qiamat"
"terkedu aku mendengar ejekkan haiwan itu...masa aku hidup tak pernah pulak aku
dengar haiwan bercakap-cakap...dah mati baru aku dengar...haiwan itu ketawakan
aku lagi...masa engkau hidup engkau ambil tanah orang lain sekarang ini tanah kuburmu sendiri akan menghimpit engkau...rasakan azab Tuhan balasan hamba-Nya
yang mengambil tanah orang lain walaupun seinci...rasakan...rasakan...akibat tak
bersyukur dan redha tanah yang kau punya....inilah balasannya..."
duhai kuburku
ngeri aku dengar ejekkan haiwan
semuanya menginsafkan aku
mulai detik ini
aku nak insaf
aku mahu sucikan hati dari segala yang boleh membuatkan kuburku menangis
aku mahu kuburku wangi sewangi hati Syurga...
In Shaa Allah AAmiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Karya Ratu Rimba Niagara
15 Mac 2013
KASIH SUARA AKHIRAT
Kaya macam mana manusia itu
Dia tetap miskin
Apa maksudmu?
Sebab aku ni kaya punya harta tak terkira banyaknya
Kau lahir ke dunia ini kosong...
Lagi aku tak faham?
Apa maksud kosong
Aku lahir atas kehendak ibu dan ayah aku
Apa pulak kosong...
Kau silap...
Kau lahir atas kehendak Pencipta-Mu
Kalau kau lahir atas kehendak ibu dan ayahmu
Pasti mereka hendak anak mereka sempurna cantik dan tampan
Tak ada satu pun celaan yang menyusahkan hati mereka
Dan yang kukatakan kosong itu...tika kau lahir
Tiada apa pun yang kau bawa ....kosong
Mati pun cuma kain kafan yang kau bawa
Kalau mati membawa semua hartamu yang ada
Jenuh juga orang nak menggali kuburmu
Satu bulan hendak menggali kubur pun tak siap-siap...
Apa maksudmu?
Katakan jangan selindung-selindung aku tak suka
Jelaskan sejelas-jelasnya agar aku faham
Sebab aku ni pencinta harta
Bagiku harta adalah segala-galanya
Untuk diri aku sendiri pun aku berkira
Inikan hendak bersedekah
Kirim salamlah
Kalau nak kaya usaha sendirilah
Kau tahu kerana aku banyak hartalah aku
Ramai suka berkawan dengan aku
Aku pun pelik kenapa mereka suka berkawan dengan aku
Dan hormat gila-gila dengan aku...
Aku bukan bagi pun harta aku pada mereka
Tapi masih terhegeh-hegeh nak menjadi kawan aku
Pelik kan manusia ini..
Cuba aku papa kedana...
Seorang pun tak mahu berkawan dengan aku...
Manusia ini sukakan harta
Sebab itu aku sukakan harta
Kerana harta aku dihormati dan disanjungi
Ke mana saja aku pergi semua hormat aku
Dan sanjungi aku ...
Sebab itu aku suka...suka....sukakan harta...
Hidup aku senang lenang atas usaha aku sendiri
Harta yang banyak inilah Syurga duniaku...
Kau terpedaya dengan diri kau sendiri
Harta yang banyak itu kau nak bawa ke kubur ke?
Ha...sebab itulah aku katakan tadi
Sebulan hendak menggali kuburmu pun ak siap-siap
Sebab segala eset yang kau miliki mahu ditanam sama
Kau bayangkanlah rumah kau yang macam istana ini
Nak di kebumikan juga...
Itu baru istana belum lagi yang lain nak dikebumikan juga
Yelah nak ikut wasiat tuannya...
Dalam kubur pun kau nak teruskan perniagaan mewahmu jugakan...
Tapi aku tak pernah dengar orang dalam kubur
Jalankan perniagaan...ada ke pembelinya
Takkan ahli kubur masih lagi nak berjual beli ye..
Macam mana ye rupanya pembeli produk aku
Dibeli boleh pocong-pocong
Hee takutnya nasib baiklah aku pun sudah bergelar pocong...
Tapi apa produk yang aku nak jual ye...kalau aku jual mereka
Berminat ke nak beli...buntu aku ni...
Kalau kau tak nak buntu...dari sekaranglah kau kena berubah...
Apa maksud kau? Tolong bantu aku dari kebuntuan ini agar aku tak
Menyesal sebelum aku bergelar pocong
Hidup jangan leka sangat dengan pesona dunia...
Harta kau yang banyak-banyak ni
Banyak-banyaklah kau infakkan ke jalan-Nya
Itulah keuntungan yang tak akan habis-habis
Biarpun kau sudah berada di alam barzah
Kau bukan lagi menjadi jutawan pocong
Tapi kau adalah roh suci yang telah disucikan
Dengan harta yang telah kau infakkan ke jalan-Nya
Di dunia kau mencari jalan-jalan ke Syurga
Di kubur mu nanti kaulah ahli Syurga
Kau tidur sebagai ahli Syurga dan diperlihatkan
Syurga yang Maha Indah hingga tiada apa yang
Kau lafazkan melainkan
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Dan mesti kau rasa bersyukur ketika di dunia kau
Sempat bertaubat dengan menginfakkan hartamu
Ke jalan-jalan Syurga-Nya
Masya-Allah aku tak terfikir
Sebagaimana yang kau fikir
Terima kasih suara akhirat
Kaulah sahabat dunia akhiratku
Moga Rahmat Allah Azzawajalllah
DiLimpahkan kepadamu dan seluruh ahli keluargamu
Yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
29 Jun 2012
about an hour ago
·
Like
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment