Sasteraku Duniaku

Sunday, 10 April 2016

KERANA-MU (253) DALAM RAHMAT KASIH-NYA SELAMANYA

KERANA-MU (253) DALAM RAHMAT KASIH-NYA SELAMANYA
Rabeah Binti Mohd A11 April 2012 Cuti Umum Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah |.
AKUDANSESUATUZ.BLOGSPOT.COM
1 Comment
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 6:54pm · Kuala Lumpur, Malaysia · 
PANTUN PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG KE-XIV SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
Sekalung tahniah di atas pertabalan,
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Yang di-Pertuan Agong;
Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.
Masalah rakyat masalah baginda juga,
Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
Berat sungguh hendak melepaskan,
Kerana negara dilepaskan juga;
Sultan Kedah yang budiman,
Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.
Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
Rakyat sentiasa berterima kasih,
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.
Agong kami Raja yang penyayang,
Sayangkan rakyat sayangkan negara;
Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
Saling bantu membantu demi negara tercinta.
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Sehati sejiwa mempertahankan negara;
Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Karya Putri Rimba
13 Disember 2011
(Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 6:39pm · Kuala Lumpur, Malaysia · 
PANTUN SATRIA
Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,...
Continue Reading
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 6:08pm · Kuala Lumpur, Malaysia · 
SYAIR BAPA KEMERDEKAAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Tersebutlah kisah seorang putera,
Tunku Abdul Rahman diberi nama;
Dikasihi semua rakyat jelata,
Baik budinya tidak terkira.
Menyayangi rakyat sepenuh hati,
Perjuangannya tidak pernah terhenti;
Disambung oleh pemimpin terkini,
Cintakan perjuangan tidak bertepi.
Sokongan rakyat Tunku gembira,
Rela berkorban harta dan nyawa;
Demi kerana negara tercinta.
Asalkan rakyat hidup bahagia.
Bersama Tun Razak Tunku ke London,
Untuk bincangkan tentang kemerdekaan;
Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan pulang membawa kejayaan.
Tanggal 31 Ogos 1957 diumumkan kemerdekaan,
Disambut penuh dengan kegembiraan;
Ribuan rakyat ceria bersorakkan,
Tersenyum Tunku tanda kepuasan.
Tunku laungkan merdeka penuh membara,
Rakyat menyambut laungan membara-bara;
Demi kerana negara merdeka,
Untuk diwarisi rakyat jelata.
Kemerdekaan dituntut bukannya mudah,
Penuh dengan penat dan lelah;
Walaupun tiada pertumpahan darah,
Agar generasi dapat berteduh.
Pemimpin dan rakyat harus bersatu,
Pertahankan negara tanpa jemu;
Rakyat aman sudahlah tentu,
Generasi mendatang mendapat restu.
Tanpa diduga komunis bertandang,
Menceroboh masuk terus meradang;
Tunku memikir merasa bimbang,
Keselamatan negara tidak tergoyang.
Tunku berbincang secara aman,
Dengan Chin Peng membuat keputusan;
Komunis berundur dengan aman,
Terima kasih Tunku Abdul Rahman.
Jepun menyerang ke negara kita,
Ingin berkuasa merebut tahta;
Kekejaman Jepun rakyat sengsara,
Makan dan minum berair mata.
Sana sini mayat bergelimpangan,
Jepun mengganas tanpa kemanusiaan;
Asalkan hati penuh kepuasan,
Kerana hati bertuhankan syaitan.
Para perajurit ramai terkorban,
Mempertahankan negara habis-habisan;
Nyawa di badan jadi taruhan,
Asalkan negara menjadi aman.
Perajurit dibantu tentera Inggeris,
Jepun terus bermuka bengis;
Berlawan mereka terus menerus,
Gugurnya perajurit terus ditangis.
Pergilah perajuritku dengan aman,
Perjuanganmu menjadi kenangan;
Kau gugur dalam kemenangan,
Kuingat dikau di tugu kepahlawanan.
Jepun mengalah lalu berundur,
Hiroshima dan Nagasaki bom digugur;
Sudah terlambat Jepun nak sedar,
Rakyat mereka ramai yang gugur.
Tunku hargai jasa perwira,
Pertahankan negara ke hujung nyawa;
Rakyat juga amat berbangga,
Kerana jasamu rakyat terbela.
Tungku memerintah penuh berhati,
Rakyat hidup bersatu hati;
Ke mana pergi Tunku dihormati,
Pengorbanamu Tunku terus diingati.
Sekian sahaja kisah Bapa Kemerdekaan,
Memerdekakan negara demi keamanan;
Agar generasi turut pertahankan,
Menjadi warisan sejak berzaman.
Karya Putri Rimba
31 Ogos 2011
Share
Rabeah Binti Mohd Ali shared a link.
April 10, 2012 at 4:26pm · 
cukup bagiku - opick
....all i need is only Allah....alhamdulillah..
YOUTUBE.COM
2You and Ahmad Tajuddin
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 3:48pm · Kuala Lumpur, Malaysia · 
BERKIBARLAH! BERKIBARLAH MERAH PUTIH!
Selamat sore merah putih
Merahmu membara-bara di hati
Para pejuang SeIndonesia untuk mempertahankanmu!
Agar terus megah berkibar semegah
Raja, rakyat, dan pemerintah
3 serangkai bersatu hati
mempertahankanmu
Hingga ke titisan darah terakhir!
Selamat sore merah putih
Putihmu seputih nurani
Hati semua rakyat SeIndonesia
Saling:
Memahami
Memuliakan
Menghormati
Bersepakat
Berpadu
Berkorban harta dan nyawa
Demi kepentingan rakyat SeIndonesia
Aman rakyat amanlah Raja dan pemerintah
Makanya SeIndonesia aman dalam pembangunan
Manusia dan bangunan pencakar langit
Maju terus maju
Aman dan bahagia
Sebuah negara yang aman damai
Maju dalam pembangunan manusia berjiwa kemanusiaan
Bakal diwariskan kepada anak cucu SeIndonesia
Makanya berbanggalah semua rakyat SeIndonesia
Menyayangi negara lebih daripada kepentingan sendiri!
Berkibarlah! Berkibarlah! Berkibarlah!
Merah Putih negara SeIndonesia
Moga kibaranmu diiringi dengan
Rahmat KasihNya untuk selamanya!
Putri Rimba
27 Mac 2012

TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 REJAB  1437H
9 APRIL 2016
"SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 3:40pm · Kuala Lumpur, Malaysia · 
TABURAN BUNGA-BUNGA CINTA KEMERDEKAAN
Ingin kutaburkan benih-benih cinta kemerdekaan
di serata pelosok bumi Malaysia.
...See More
Share
Rabeah Binti Mohd Ali shared Bila Hati Berbicara's photo.
April 10, 2012 at 2:48pm · 
Bila Hati Berbicara's photo.
Bila Hati Berbicara with Putera Alam and 31 others.
November 1, 2011 at 12:00am · 
Sesungguhnya itulah yang terbaik...
1 Comment
1Rabeah Binti Mohd Ali
Comments
Rabeah Binti Mohd Ali
Rabeah Binti Mohd Ali Aku belajar dari diammu yang memcetuskan inspirasiku berkarya duhai sahabatku...justeru aku tak mahu kehilangan diammu hingga ajal menjemputku...
April 10, 2012 at 2:49pm · Like
Rabeah Binti Mohd Ali
Write a comment...

April 10, 2012 at 10:32am · Kuala Lumpur, Malaysia · 
Allahu Akhbar...Syukurku diKurniakan rakan semurnimu yang tak jemu membaca karyaku dan sudi memberi sokongan padaku...moga Rahmat kasihNya dilimpahi kepadamu kepadaku dan kepada semua yang sudi membaca dan menyokongku sehingga terhenti nafas terhentilah pena. Aamin.
1Pradita Fia
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 10:03am · Kuala Lumpur, Malaysia · 
KEINDAHAN ALAM DAN PENGHUNI RIMBALAH
YANG MENJADI GURU HAMBA
Jika benar tuan hamba ingin membahagiakan hati hamba... menyokong karya hamba setiap kali bersiaran di ombak rindu ini sudahpun memadai bagi hamba...mana ada ayat yang salah dan tak sesuai sudilah membetulkannya...ye...kerna hamba bukanlah orang yang arif dan menuturkan bai-bait yang indah sepertimu...maklumlah hamba tak sekolah di mana-mana tinggal di rimba katakan...tinggal di rimba ini hanya keindahan alam dan penghuni rimbalah yang menjadi guru hamba dalam proses pembelajaran tentang erti kehidupan ...sekarang baru cuba-cuba memberanikan diri untuk bersahabat dengan rakan-rakan sepertimu yang bijak pandai...
Karya Putri Rimba
10 April 2012
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 9:22am · Kuala Lumpur, Malaysia · 
TERIMA KASIH PUTRA RIMBAKU
Terima kasih duhai putra rimbaku kerana sudi bersamaku untuk menjaga kedamaian rimba ini demi anak cucu penghuni rimba ini ,terharu aku mendengarnya...syukur padaNya kerana mengurniakan seorang pejuang untuk membantuku andaikata aku pergi dulu sebelummu berjanjilah padaku yang kau akan meneruskan perjuangan ini hingga ke nafas terakhirmu...bolehkah kau berjanji padaku duhai putra rimba jika kau benar menyayangiku sepenuh hatimu?
Putri Rimba
10 April 2012
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 8:43am · Kuala Lumpur, Malaysia · 
CERIA DALAM RAHMAT KASIHNYA
Salam sejahtera pada semua rakanku...
Sudilah terima karyaku setiap kali bersiaran
Dan sudilah menyokongku dengan pendapatmu 
Yang bernas agar aku dapat menghasilkan karya yang bermutu
Setiap karyaku... akan kutinggalkan untuk anak cucu rumpun melayu
Kerjasama kalian amat aku harapkan
Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan
Dipanjatkan syukur pada Allah SWT
Mengurniakan sahabat seperti kalian semua
Dan mogalah sudi terimaku sebagai rakan setiamu di sini
Insya-Allah kita jadi rakan yang ceria dalam rahmat kasihNya
Salam kasih sayang dariku untuk kalian yang tersayang
Sahabatmu yang ingin setia,
Putri Rimba Niagara
10 April 2012
Share
Rabeah Binti Mohd Ali
April 10, 2012 at 8:19am · Kuala Lumpur, Malaysia · 
PENAMAT PELAYARAN
Hidup adalah satu pelayaran
Pasti ada persinggahan
Jika setiap persinggahan itu
Aku leka dengan pesona dunia
Hingga melupakan aku
Untuk meneruskan pelayaran
Tinggallah aku dalam pesona dunia
Amat rugilah aku
Malang nasibku dunia akhirat
Biarpun di dunia ini aku
Miliki segalanya
Kalau itulah matlamat aku
Berhidup di dunia ini
Makanya jadilah aku
Manusia yang rugi
Dan ruginya tak tertebus
Biarpun kucagarkan
Harta pesona dunia
Yang kumiliki
Tak akan dapat tertebus!
ALLAHU AKHBAR!
Moga Allah jauhkan
Aku daripada pesona dunia
Yang melalailkan
Yang melekakan
Ya Allah aku hambaMu
Yang lemah
Untuk menghadapi dugaan
Apabila diuji dengan pesona dunia
Janganlah pesona dunia ini
Melalaikan! Melekakan aku
Daripada terus menjadikan
Aku hambaMu yang tak tahu
Akan tanggung jawab
Sebagai seorang khalifahMu
Makanya izinkan aku
Untuk membawa bekalan
Amalan yang Kau terima
Untuk kubawa ke negeri
Pasti dan itulah
Penamat pelayaranku
Di dunia yang fana ini
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba
10 April 2012
Share
That's all for today.
Chat (2)
Names...
Who are you with?...
Names...
Who are you with?...

TAK ADA KEJADIAN KEBETULAN SEMUA HANYA BISA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH
"HIKMAH"
Tak ada kejadian kebetulan
Tak ada kejadian sia-sia
Semua hanya bisa terjadi dengan izin Allah
Dan semuanya pasti penuh hikmah
Hikmah tak akan terbaca
Oleh orang yg sarat emosi
Sibuk memanjakan perasaan
Cinta dunia, senang dengan penilaian makhluk
Langka berzikir
Tak mau sungguh-sungguh tafakur
Hikmah yg terbaca
akan merubah suasana hati
Akan mudah merubah perilaku
Dari pedih menjadi syukur
Dari melankolis menjadi semangat
Hikmah mudah terbaca oleh orang yang berhati bersih,
Buah dari kecerdasan akal, Ketulusan hati Dan kesungguhan mencintai Allah diatas segalanya.
JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA ALLAH KITA AKAN
BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT TAPI JIKA KITA LETAKKAN KEBAHAGIAAN PADA MANUSIA DIA SENDIRI TIDAK BISA MENJAMINKAN BAHAGIA UNTUKNYA APA TAH LAGI KITA .
ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA DAN MEMBANTU KITA WALAUPUN DI SAAT KITA DISISIHKAN OLEH SEMUA MANUSIA.
BILAMANA ALLAH MEMBANTUMU TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG-NYA SAMADA DI DUNIA ATAU DI AKHIRAT YAKINLAH JANJI ALLAH ITU PASTI !
SEJAK AZALI LAGI KITA SERASI BERSAMA HINGGA KE SYURGAWI
KERANA KAULAH PERMATA SYURGA KURNIAAN-NYA YANG AKU SYUKURI. INDAHNYA PERSAHABATAN KITA SEINDAH PELANGI DI MALAM HARI TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR DALAM DUNIA SASTERAKU UNTUK MERIMBUN DAN MELEBATKAN BUAH PEPOHON SASTERAKU DUNIAKU AKHIRATKU AKHIRATMU IN SHAA ALLAH KITA BERSAMA DI SYURGA MENYATUKAN CINTA KITA BERSAMA CINTA ALLAH DAN CINTA RASULULLAH AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN.
'CINTA RASULULLAH KEPADA UMMATNYA TERPATRI SAMPAI SYURGA,'
MUHAMMAD RASULULLAH KEKASIH ALLAH
'INDAHNYA BUDI BERBUNGA IMAN'
As Syakuur الشكور = Yang Maha Pembalas Budi (Menghargai)
WAHAI JIWA YANG TENANG
Surat Al-Fajr ayat 27 - 30
“Yaa ayatuhan nafsul mutma’inah, irji’i ila Rabiki radiyatan mardiyah, fadhuli fi ‘ibadi, wadhuli Jannati..”
(wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan ikhlas dan diridhoi, masuklah kedalam golongan HambaKU, dan Masuklah kedalam SyurgaKU…).
BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w: "Berfirman Allah Azzawajallah: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (Berzikir kepada-Ku)
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
DUNIA YANG HINA
Artinya: Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Bukankah dunia ini dilaknati melainkan zikrullah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu."
(Riwayat al-Tirmizi)
Fatimah Ismail menyintaiMu lebih dari itu..mengharapkan bunga dari syurga jatuh ke telapak tangan..tatkala berdoa..semuga harumnya merentasi benua....amin.
Ratu Rimba Niagara :Aamin Ya Rabbal A'Lamin
YA ALLAH DENGAN AMALAN YANG SEDIKIT INI TAK LAYAK KAMI MENJADI KEKASIH-MU TAPI BERILAH KAMI PELUANG UNTUK BERBUAT AMALAN SOLEH YANG YANG ENGKAU REDHAI SEHINGGA MATINYA KAMI DALAM KEADAAN KAU SUKA DAN REDHAI AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN
PETIKAN GALERI & PERPUSTAKAAN RATU RIMBA NIAGARA
TOH PUAN RATU KENCANA SARI @ SRIKANDI SASTERA RAJA-SULTAN NUSANTARA @ PUJANGGA SERIBU ZAMAN @ PUJANGGA NUSANTARA CINTA 5 BENUA MALAYSIA/INDONESIA/BRUNEI/SINGAPURA/THAILAND,
202 NEGARA DUNIA & SELURUH DUNIA KECUALI ISRAEL
1 REJAB  1437H
9 APRIL 2016
"SALAM MAAL HIJRAH & MUHARRAM 1437H BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI DI ALAMMAYA MAHUPUN DI DUNIA NYATA DENGAN UCAPAN MAAF ZAHIR BATIN KUSAYANG KALIAN DEMI-NYA MOGA PERTEMUAN KITA BERAKHIR DENGAN PERTEMUAN DI SYURGA BERSAMA MELIHAT WAJAH ALLAH AZZAWAJALLAH BERDEKATAN DENGAN RASULULLAH ITULAH MATLAMAT KITA AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN,"
Sasteraku Duniaku at 00:58
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.