Sasteraku Duniaku
Thursday, 13 October 2011
AGAR CINTANYA SENTIASA TERPATRI DI HATI
Rabeah Mohd Ali
Bersatu hati atas tali Allah,
Menyebarkan dakwah kerana cinta pada-Nya;
Melalui pena kita berdakwah,
Moga di akhirat menjadi bekalannya.
Like
·
·
6 hours ago
near
Kuala Lumpur
Ayahanda Chik
Hanyut perahu di senjakala,
Duduk makan si buah berangan;
Amal ibadah penentu segala,
Kebaikan di dunia menjadi kenangan....
2 hours ago
·
Unlike
·
1 person
Rabeah Mohd Ali
Kebaikan di dunia menjadi kenangan,
Antara si mati dengan si hidup;
Kasih dan sayang berpisah jangan,
Tanda kenangan di masa hidup.
2 hours ago
·
Like
Ayahanda Chik
Sedap sungguh si buah nona,
Berputik rindu kian terasa;
Jasad pergi meninggalkan dunia,
Namun rohnya kekal sepanjang masa...
2 hours ago
·
Unlike
·
1 person
Rabeah Mohd Ali
Jasad pergi meninggalkan dunia,
Kesakitan roh tak terperi sakitnya;
Amalan dbawa sebagai penawar derita,
Moga berbahagia roh kita di Alam Sana.
about an hour ago
·
Like
Ayahanda Chik
Pecah berderai gelak ketawa,
Menjentik hati para tetamu;
Tingkatkan amal, iman dan takwa,
Berlindung bernaung di bawah nur kasih-Mu...
about an hour ago
·
Unlike
·
1 person
Rabeah Mohd Ali
Alangkah bahagia bernaung di bawah Nur KasihNYa,
Jiwa tenang setenang air di kali;
Tiada yang lain difikirkan hanya redhaNya,
Agar CintaNya sentiasa terpatri di hati.
about an hour ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI WALL)
13 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment