Sasteraku Duniaku
Wednesday, 12 October 2011
TANDA KASIH PADA YANG HIDUP UNTUK SELAMANYA
Rabeah Mohd Ali
Hidup ini cuma sementara,
Bila tiada hilanglah semuanya;
Hanya tinggal semangat membara,
Tanda kasih pada yang hidup untuk selamanya.
Like
·
·
6 hours ago
near
Kuala Lumpur
Rans Romeo
likes this.
Ayahanda Chik
Dari Lukut ke pekan Kelang,
Singgah sebentar membeli gelama;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama....
2 hours ago
·
Unlike
·
1 person
Rabeah Mohd Ali
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama;
Bila kutiada kasih sayang takkan hilang,
Apalah ada pada nama cuma mahu karyaku ternama.
2 hours ago
·
Like
·
1 person
Rabeah Mohd Ali
Apalah ada pada nama,
Cuma mahuku karyaku ternama;
Ternama di hati pembaca alam maya,
Tanda balasan kasih terpatri bersama.
2 hours ago
·
Like
Ayahanda Chik
Ke lurah sudah ke lembah pun sudah,
Penat berjalan terasa dahaga;
Hidup di dunia bukanlah mudah,
Redhalah kita pada ketentuan-Nya....
about an hour ago
·
Like
Rabeah Mohd Ali
Bukan mudah menempuh dugaan,
Bila diuji hidup tak menentu;
Pujuklah hati pujuklah iman,
Pasti redha sebati di jiwamu.
about an hour ago
·
Like
(PETIKAN DARIPADA RABEAH MOHD ALI WALL)
13 Oktober 2011
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment