Wednesday, 21 December 2011

PEMBANGUNAN EKONOMI MASYARAKAT ADALAH SATU KEUTAMAAN KERAJAAN KINI

Jasminie Ag Damit Pembangunan Ekonomi Masyarakat adalah satu keutamaan kerajaan kini..kita sebagai ahli masyarakat mempunyai tanggungjawab yang setara untuk mempastikan jiran kita tidak hidup dalam kedaifan sepanjang masa...adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melaporkan perkara ini kepada yang berwajib ...kami bakal mengendalikan program peningkatan ekonomi bagi anak anak e-kasih..Saudara AKK boleh memberikan maklumat lengkap kepada kami khusus bagi mereka yang berhasrat untuk mengikuti program kemahiran bagi tujuan peningkatan ekonomi..
Yesterday at 7:37am · · 2

Awang Karim Kadir Bila dan di mana tu pn J..?
Yesterday at 7:39am · · 2

Jasminie Ag Damit Kami akan memulakan program latihan ini bulan Januari..kesemuanya di Akademi Lestari Kingfisher Plaza Kota Kinabalu
Yesterday at 7:42am · · 2

Jasminie Ag Damit syarat utama adalah berdaftar dengan e-kasih, dan tidak pernah menerima bantuan khusus untuk program peningkatan ekonomi..
Yesterday at 7:43am · · 2

Awang Karim Kadir Ok nanti saya maklumkan; berapa hari and apa2 jenis kemahirannya yang mereka boleh ikuti.
Yesterday at 7:45am · · 2

Jasminie Ag Damit Motivasi 3 Hari, Kemahiran 10 Hari, Latihan asas Perniagaan 4 Hari, Kami akan pantau dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan latihan..Program Batik Canting, Fotografi, Gunting Rambut Lelaki, Jahitan, Manik & Labuci, Pengurusan Taska Rumah, Pengurusan Kediaman, Jahitan Pakaian Seragam, Andaman,Urutan dan Refleksologi(khusus untuk mereka yang tinggal berhampiran dengan pusat pelancongan)
Yesterday at 7:51am · · 2

Jasminie Ag Damit Untuk makluman, temuduga untuk mempastikan kesesuaian program dengan individu akan dilaksanakan..jika pemohon tidak bersesuaian dengan program yang kami kendalikan, maklumat pemohon akan kami serahkan kepada pengendali lain yang menawarkan program kemahiran yang lebih bersesuaian...
Yesterday at 7:53am · · 2

Rohani Japrin Ini program yg sangat menarik...tahniah! bila diiklankan..atau boleh daftar sekarang? e-kasih..daftar secara on line atau pejabatnya dimana...Ini sangat sesuai bagi belia yang masih menggangur..atau anak2 lepasan SPM..sementara menunggu kemasukan U...
23 hours ago · · 2

Jasminie Ag Damit Harus dimaklumi ya RJ..program ini untuk mereka berdaftar dibawah e-kasih sahaja ya..bagi mereka yang berminat kami, mohon supaya mereka menyemak dengan pejabat daerah di daerah masing masing..kami juga menggalakkan hanya mereka yang benar benar serius dalam menceburi bidang keusahawanan sahaja untuk menyertai program ini kerana kami bertanggungjawab untuk mempastikan peratusan keberkesanan program berada pada tahap yang paling maksima..ini bermakna pemilihan peserta adalah amat penting untuk kami ...terimakasih

(PETIKAN DARIPADA WALL AWANG KARIM KADIR & RABEAH MOHD ALI)
21 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;