Wednesday, 21 December 2011

YANG KUMAHU SENYUMAN YANG MENGUNDANG RAHMATMU

Senyuman penyeri wajah
Senyuman satu sedekah
Apabila senyuman menjadi satu sedekah
Allahu Akhbar Maha PemurahNya Allah memberi pahala pada hambaNya
Kerana keikhlasan senyuman Allah memberi pahala
Makanya biar pahit macam manapun senyumlah
Biar susah macam manapun senyumlah
Biar hatimu disakitipun senyumlah
Biar berhadapan dengan musuh pun senyumlah
Kerana senyuman pengikat talisiraturrahim
Kerna senyuman sebegitu bisa mengundang rahmat Allah
Terpulanglah senyumanmu itu dibalas atau nggak
Terpulanglah senyumanmu itu dianggap tak ikhlas
Yang penting Allah tahu senyumanmu itu ikhlas
Ada nilaian di Sisi Allah
Ya Allah jadikanlah aku , keluargaku dan semua sahabat yang kukasihi tergolong dalam hambaMu yang sentiasa ikhlas agar tika melemparkan senyuman dapat mengundang rahmatMu
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya Rha NS
22 Disember 2011
Like · · Unfollow Post · 8 hours ago near Petaling Jaya

3 people like this.

(PETIKAN DARIPADA PENAWAR BAGI HATI)
22 Disember 2011

0 comments:

Post a Comment

 
;