- Rabeah Mohd Ali
 JIKA HARI INI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
 
 Bismillahirrahmanirrahim
 
 Ya Allah jika hari ini adalah hari terakhirku hidup di dunia ini
 Kau terimalah taubatku
 Kau bukakan hati-hati insan yang telah kulukai untuk memaafkanku
 Kerna aku pun telah memaafkan mereka yang telah melukai aku
 Aku mahu taubatku Kau terima dan segala manusia pun maafkan aku
 Kerana niatku berhidup di bumiMu ini ingin berbuat baik denganMu dan hambaMu
 Tiada niat untuk berlaku zalim padaMu dan pada sekalian hamba-hambaMu
 
 Ya Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mendengar rintihan qalbuku ini
 Jika ini hari terakhir aku berhidup di bumiMu ini
 Matikan aku dalam keadaan
 bersujud padaMu
 membaca QalamMu
 berzikir padaMu
 berkata yang baik-baik
 menulis yang ada nilaian di SisiMu
 berbuat kebaikan...bersangka baik denganMu dan manusia
 
 Ya Allah Tuhan Yang KuCinta
 Jika sesaat lagi denyutan nadiku terhenti
 Berilah peluang nafas terakhirku mengucapkan kalimah
 LaaillahailaAllah MuhammaddarRasullaAllah
 Jika itulah yang dapat kulafazkan
 Alhamdulillah Subhanallah Allahu Akhbar
 Akulah hambaMu yang bertuah
 Kerna aku mahu mati dalam redhaMu
 
 Ya Allah Aku HambaMu Yang Terlalu Hina
 Kerana amalan tak seberapa ingin masuk SyurgaMu
 Amalan tak setimpal dengan balasan SyurgaMu
 Justeru Ya Allah sebelum Kau menjemputku pulang
 Berilah aku peluang memperbanyakkan amalan yang Kau redhai
 Jauhkan aku dari membuat kebajikan untuk mendapat pandangan manusia
 Tapi semuanya keranaMu Ya Allah ...PandanganMu yang kumahukan dan jauhkan dariku melakukan amalan untuk mendapatkan balasan SyurgaMu
 
 Tapi semata kerana mendapat redhaMu ...mendapat balasan cinta dariMu
 
 Ya Allah jika hari ini aku bergelar roh
 Kau terimalah roh dan jasadku yang kaku dalam redhaMu
 Kerna Ya Allah sepanjang kuberhidup yang kufikirkan hanyalah
 untuk mendapat redhaMu biarpun aku menjadi bahan kebencian di hati mereka yang sentiasa tidak senang dengan kelahiran aku di dunia ciptaanMu ini
 
 Justeru terimalah roh dan jasadku dalam redhamu
 Jika hari ini adalah hari terakhir aku hidup di bumiMu ini
 Amin Ya Rabbal A'Lamin
 
 Karya Rha NS
 5 Oktober 2011
Monday, 23 January 2012
JIKA HARI INI ADALAH HARI TERAKHIR AKU HIDUP DI BUMIMU INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)













 
 


 

0 comments:
Post a Comment