Sasteraku Duniaku
Wednesday, 20 June 2012
AKU RELA DARAHKU DIJADIKAN TINTA DEMI PERJUANGAN KASIH SAYANG KERANA-NYA
Putri Rimba Niagara shared her own
photo
.
Like
·
·
Share
·
Monday at 1:03pm
·
Irma Sri Kabulatirin
and
Laksamana Mas
like this.
AKU BUKAN AHLI SEJARAH
Aku bukan ahli sejarah
Tapi aku peminat sejarah
Aku mahu menghargai sejarah
Dengan caraku sendiri
Aku ingin mengolah sejarah
Jadikan puisi syair pantun dan gurindam
Cara baru untuk mempopularkan sejarah
Di jiwa anak cucu rumpun Melayu
Agar mereka menghargai
Sejarah moyang mereka
Yang bersusah payah
Memerdekakan negara tercinta
Agar anak cucu dapat menumpang teduh
Dengan aman sejahtera
Tanpa ada permusuhan
Yang akan membuatkan
Negara moyangku dijajah semula
Aku tak mahu sampainya jadi begitu
Makanya
Kurela
Keringat dan darahku ini dijadikan tinta
Pena untukku menulis
Dengan air mata dan darah
Dan takkan kuhiraukan lagi
Segala penghinaan mereka ke aku
Kerana aku berpena bukan
Untuk dipandang mereka
Aku menulis
Demi pandangan dari-Nya
Demi anak cucu rumpun Melayu
Aku tak berhajat apa-apa dari kalian
Tapi tolong jangan sepikan karya-karyaku ini
Kerana ianya lahir dari hati dan kasih sayang nan suci
Moga Allah sahaja yang dapat membalas sokonganmu itu
Dan tolong doakan aku agar dapat berpena
Sehingga terhenti nafas
Terhentilah pena
Karya Putri Rimba Niagara
30 April 2012
Monday at 10:04pm
·
Like
HIDUPMU TENANG SETENANG AIR DI KALI SYURGA
Ahmad Tajuddin was tagged in Hasmy Shaari's photo. — with Mohd Jamil and 48 others.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ORANG HASAD : SAKIT JIWA Sahabat.. Janganlah ada HASAD dalam diri... HASAD membuat h
idup MERUGI... Dia akan selalu SENDIRI... Hidup tidak DINIKMATI... Hanya ada dalam SEPI... Orang lain BERBAHAGIA... Diapun MERANA penuh KECEWA.... Orang lainBERSEDIH... Diapun TERTAWA penuh MURKA... HASAD menjadikan HIDUP SENGSARA Si HASUD sesungguhnya SAKIT JIWA Maka obatilah dengan IMAN dan CINTA ~ya Allah jauhikan kami dari mempunyai sikap hasad dengki sebegini,aamiin
PASTI HIDUPMU TENANG
SETENANG AIR DI KALI SYURGA
Hasad buat hati jadi sakit jika dia melebihi kita
Hasad buat hati jadi benci jika dia berjaya
Hasad buat hati jadi suka jika dia tersungkur
Aku benci dia berjaya
Aku suka dia tersungkur
Aku takkan tenang kalau dia berjaya dan bahagia
Dan aku tenang bila dia kalah dan dia derita menunggu mati
Kalau dia mati lagi aku suka
Tiada siapa yang hendak menyakitkan hati aku lagi
Akulah juara segala hasad dengki
Dengki...Dengki...Dengki..
.
Itulah yang suka berhasad dengki
Duhai pendengki yang mendengki
Baik kau buang saja jauh-jauh hasad dengkimu itu
Kalau tidak... kau pasti akan merana
Merana di dunia
Merana di akhirat
Sebesar mana amalan yang kau bawa
Allah pasti tidak akan menerima
Kecuali kau sudah bertaubat
Allah penerimba taubat
Makanya bertaubatlah sekarang...
Sebelum terlambat...
Kalau kau ada hasad dengan aku..
Aku dah maafkan...
Tapi kalau kau hasad dengan orang lain
Pergilah minta maaf dengan mereka
Mereka pun akan memaafkan kau
Kerana mereka tiada mempunyai hasad dengki denganmu
Sebagaimana engkau berdengki dengan mereka
Bila kau dengar mereka berjaya ucapkan tahniah!
Bila mereka tak berjaya beri sokongan pada mereka
Agar mereka berusaha hingga diizinkan Allah berjaya
Jika itu kau dapat lakukan
Pasti hidupmu tenang
Setenang
Air di kali Syurga
Karya Putri Rimba.
25 April 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL HASMY SHAARI & AHMAD TAJUDDIN & PUTRI RIMBA)
25 April 2012
Monday at 10:24pm
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
20 Jun 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment