Sasteraku Duniaku
Wednesday, 20 June 2012
DOAKAN MOGA HAMBA MENULIS SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA
Putri Rimba Niagara shared her own
photo
.
DEMI KASIHKU KERANA-NYA DARAHKU SEBAGAI TINTA!!!
Like
·
·
Share
·
Monday at 1:04pm
·
Wan Suwandy
,
Irma Sri Kabulatirin
and
Laksamana Mas
like this.
WARISAN KHAZANAH SASTRAMU SASTERAKU
Teman....
Hadirmu pengubat rinduku...
Di kala awan mendung menghitam
Ingin menghempapku
Kaulah yang selalu sudi
Menawarkan diri untuk
Menahan dan melindungiku....
Itu yang membuatkan aku terharu sangat
Beruntung dikurniakan Alllah SWT
Rakan seperjuangan
Yang sanggup suka duka bersamaku
Ukiran-ukiran puisi
Kasih dan sayangmu
Aku bingkaikan
Di galeri
Warisan khazanah sastramu sasteraku
Di istana rimba niagara
Jutaan penghuni rimba selalu
Datang ke galeri tersebut
Kerana setiap kali gurindam puisiku
Dan semua sahabat-sahabatku yang dikasihi
Mereka akan membuat persembahan
Mengikut kreativiti masing-masing
Aku apa lagi suka sesangat
Dunia sastra duniaku
Mereka pula faham
Apa kehendakku...
Makanya hari-hari
Aku teruja untuk
Bergurindam berpantun bersyair
Aku hanya fikir melahirkan karya
Sesudah siap
Mereka mengambil peranan masing-masing
Untuk merealisasikan karyaku
Untuk dijadikan bahan seni bernilai tinggi
Agar dapat diwariskan ke generasi kini dan akan datang
Dari zaman ke zaman
Hadiah dari moyang untuk anak cucu yang tercinta
Makanya aku
Memerlukan sangat-sangat
Dukungan/sokongan daripada semua temanku
Teman-temanku adalah
Sumber ispirasi aku berkarya
Tak kiranya apa jua kerjayanya
Niat di hatiku...
Setiap rakan fb
Aku hendak
Koleksikan karyaku dengan
Mereka semua
Kalau boleh setiap rakan fb ada
Sebuah buku untuk mereka
Sebab itu rakan fb yang tak aktif
Aku tak dapat hendak
Menghasilkan ilham untuknya
Dan aku tak berani hendak ambil ramai
Bukan kerana ego
Tapi aku tak mampu
Menghasilkan karya untuk mereka
Aku rasa bersalah kalau
Setiap rakan fb tak dapat aku
Beri perhatian seperti mana
Rakan-rakan yang lain...
Setiap rakan fbku terlalu berharga
Lebih berharga daripada permata berharga....
Moga mereka hendaknya sentiasa faham
Akan keadaan aku
Mengabdikan diri pada
Dunia sastra...
Nanti mana tahu
Suatu masa nanti jika diizinkan Allah SWT
Semua ukiran gurindam puisiku
Menjadi ukiran kasih dan cinta
Yang tak ternilai harganya
Kerana dihasilkan
Sepenuh jiwa dan rasa kasih sayang
Yang teramat dalam pada semua
Semata mohon mendapat
Nilaian dari-Nya dan redha-Nya Ilahi
Aamin Aamin Ya Rabba A'Lamin
PUTRI RIMBA NIAGARA
18 Jun 2012
Like · · about an hour ago ·
Ahmad Tajuddin, Werdys Kalbary and Tengku Shawal Tengku Aziz like this.
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
18 Jun 2012
Monday at 1:14pm
·
Like
·
1
RAKAN SASTERAKU BAGAIKAN PELANGI YANG KUTUNGGU KEHADIRANNYA
Terima kasih semua sahabat sastraku...
Kalian hadir bagaikan pelangi yang kutunggu
Sungguh indah! Tak jemu memandang...
Indahnya panorama di kala itu
Aman...
Damai...
Tenteram...
Subhanallah aku syukur!
Sebelumnya kufikirkan dalam benak fikiran yang tumpul ini
Kenapakah kalian selama ini tidak memunculkan diri?
Adakah kerana ketidaksempurnaan karyaku?
Atau aku yang tak sempurna berbicara dengan kalian?
Aduh! Kenapa aku suka berperasangka pada kalian?
Maafkan aku kalian
Allah ampunkan aku
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi...
Kenapa kalian tega membunuh anganku?
Sedangkan kita perjuangkan pena yang sama
Adakah karyaku tiada seni ? Tiada jiwa?
Bilang sama aku...
Biar aku perbetulkan biar ada seni dan jiwa
Bila mereka membacanya tertusuk
di kalbu dan di jiwa
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa Kejora nggak mahu berkongsi sinarnya padaku
Apakah kalian takut ilmumu akan berkurangan jika
dikongsikan samaku?
Aduh! Maafkan aku karena berperasangka lagi
Kufikir dengan benak fikiran yang tumpul lagi
Kenapa purnama nggak mahu senyum padaku
mungkin karyaku lari dari visi dan misi sebenar
tak sangka aku...
tahukah kalian...
sudah kuperahkan sepenuh fikiran untuk mencurahkan
idea dalam berkarya...tapi kalian langsung tak
terihsan pada karyaku malah dipandang jelek
ditertawakan lalu direnyukkan dibalingkan ke sungai rimba
Nangis aku kalian...
Itulah yang membuatkan lukaku bernanah
bertambah parah
hatiku sengaja kau biarkan luka
tanpa sedikitpun ihsan
sejambak bunga kasih yang kuberi pada kalian
racun berbisa yang kau simbahkan ke lukaku
tidak puas lagi dengan itu
kau bebat pula lukaku dengan simbahan asid
Aduh! Sakitnya sampai tak tertahan...!
Tak apalah kalau itu boleh membahagiakan kalian
kurela asalkan hidupku tidak menyakiti hati kalian
apa tah lagi melukakan kalbu kalian!
Tapi pabila kufukirkan dengan cahaya iman
Kalian tidak begitu...
Kalian selalu menghargai karyaku
Menyokong segala cita-cita dan perjuanganku
Hingga aku nangis dalam kesyukuran
Bersyukur aku dikurniakan sahabat sebaik kalian
Kita terikat pada ikatan ukhwah puisi jiwa... puisi qalbu
Moga ikatan
ukhwah puisi jiwa...puisi qalbu
dapat membersihkan sifat mazmumah kita dan mereka yang membacanya
Moga setiap karya kita yang terhasil ada nilaian di Sisi-Nya
Amin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba Niagara
18 September 2011
Like · · 18 hours ago near Kuala Lumpur
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
18 Jun 2012
Monday at 1:28pm
·
Like
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
20 Jun 2012
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment